bismillahirramanirrahim
“Wahh!! Red velvet!!
Terharunya aku…!”
“Apesal pula nak
terharu?”
“Aku rasa, ko sangat
mengalu-alukan kedatangan aku ke rumah ko ni ngah!”
“Hari ni aku ada mood
nak buat kek. Kebetulan je ko datang time aku ada mood.”
“Egomaniac. Mana Nawwar?”
“Pergi kelas lukisan.
Sedap x?”
“Uhmmm! Gila x sedap?! Mestilah
sedap! Lagilah la kalau dapat free.. hahaha”
“haik dah sudah ke?
Kata sedap, Xkan makan sikit je?”
“kenyanglah ngah! Kau
simpan la dlm fridge. Nanti if aku nak aku amekla. Aku naik dulu ea. Nak rest.
Ngantuk gila wehh!”
“Okeh. Aku simpan dlm
peti sejuk. Ko jangan nak segan2 pula turun amek. Pergilah naik berehat dulu.
Nanti nawwar balik, letih pula ko nak melayan dia. Dia tu dari siang tadi asyik tanya je bila maksu dia nak sampai. Dah tak sabar sangat nak jumpa ko.”
Nora menghempas
badannya ke katil. Lega sangat dapat berehat, setelah badan da dibersihkan,
perut pun dah diisi. Handbag di atas meja lampu ditarik. Tangannya meraba-raba
isi handbag. Mencari smart-phonenya. Found.
Dia menyemak akaun
Whatsapp dan fb. Seharian tidak sempat online. Satu persatu whatsapp dibalas.
Kemudian akaun fb dibuka, dia membalas semua mesej-mesej dan notifikasi yang
penting. Selesai. Butang power off ditekan. Matanya memandang siling, tangannya
menarik bantal golek. Dipeluknya bantal itu untuk membantunya melelapkan mata.
Baru sahaja nak belayar,
“Astaghfirullahal
‘adzim!” Dia kembali mengambil smart-phone dan membuka call-log. Baru teringat
ada orang menelefonnya ketika memandu tadi.
“Hadoi janji 3 jam, ni
dah berejam-jam aku delay! Aiseh!!” tangannya menepuk-nepuk dahinya. Kesal
dengan kenyanyukan sementara yang dialami. Segera dia menelefon kembali nombor
yang tertera.
“Assalamualaikum. Maaf menganggu. Are you
convenient to talk now?”
“Waalaikumussalam.
Well, ya sure.!”
“Encik, saya Nora,
Encik ada call saya dalam pukul 2 tadi. Maaflah, saya tengah memandu, jadi saya
tak selesa nak jawab any calls. Minta maaf sangat ya encik.”
“Tak apa, saya okey je.
Saya khairil. Sebenarnya saya perlu call cik guna telefon ofis tadi. Tapi sebab
saya terlupa dan kebetulan ada hal yang panjang kat luar ofis, jadi saya call
jugalah cik guna personal fon saya. Saya dari syarikat Trane Malaysia. Cik ada
memohon jawatan Engineering sales assistant kan? Saya dari purchasing
department, dan ditugaskan untuk interview cik.”
“Okey, maaf boleh ulang
semula tak nama company tadi? Saya x clear.”
“Trane malaysia.
T.R.A.N.E. By the way, cik masih perlukan kerja ni?”
“oh trane Malaysia. Ya,
masih. Kalau boleh tahu, main HQ company dekat mana? Saya perlu datang
interview di mana?”
“Main office di Subang
Jaya, tapi saya akan arrange satu working trip ke johor la untuk conduct
interview ni.”
“Actually sekarang ni
saya stay dengan kakak saya di saujana putra. So, if need me to come to subang
jaya, wouldn’t be a problem I guess.”
“Great! Awak datang
hari isnin nanti ke office di subang jaya, and terus call saya as soon you
reach there.”
“sure! What time is
that?”
“9.30 am?”
“sounds great! So, see
you later then?”
“Alright! Terima kasih
cik Nora. Assalamualaikum”
“Sama2,
waalaikumussalam.”
Teruja bukan kepalang
lagi Nora! Dia membuka aplikasi note di smartphone-nya
29 november 2013
My first call for job interview. Dah lama jadi
job seeker kat jobstreet. Banyak dah company aq apply. So this gonna be my
first time job- interview experience. Eksaited gileee! Tak kisah camane
resultnya, yang penting pengalaman. 2
disember 2013, tarikh penting!
Saved!
“maksu, maksu… maksu
cantik… maksu”
tok tok tok.. daun pintu bilik nora diketuk si
comel nawwar.
“dah balik puteri korea
maksu! Meh sini, maksu ada hadiah bracelet untuk nawwar.”
“nak maksu… nak..nak!”
nawwar menghulurkan tangan kanannya kepada nawwar.”
Nora memasang gelang
tangan yang dibuatnya khusus untuk nawwar. Tertera pada gelang tersebut
N.A.W.W.A.R
“CANTIK lah nawwar
pakai! Ni atok dengan nenek bagi coklat dengan drawing book.” Nora menghulurkan
paperbag kepada nawwar.
“yeayyy! Bestlah macam
ni hari2, maksu datanglah selalu. Maksu, hari ni nawwar belajar color pantai.!
Cantik tau…!”
“Iya ke cantik? Nawwar
biasanya syok sendiri je, meh maksu judge.” Nawwar mengeluarkan lukisannya.
Kertas lukisan bertukar tangan.
Nora memerhatikan
lukisan ditangannya, memerhatikan setiap warna yang dieloskan pada setiap ruang
pada lukisan tersebut. Warna-warna yang ceria, tapi suasana di pantai agak
melodramatic. Tujuan angahnya memasukkan nawwar ke kelas lukisan adalah untuk
membantu nawwar mengekspressikan perasaannya. Juga sebagai satu saluran untuk mengalihkan
segala perasaan yang tidak seronok yang dialami nawwar. Sejak kecil nawwar suka
melukis dan mewarna. Nora cuba menyelami nawwar.
“Cantik sangat nawwar!
Nawwar pandai pilih warna. Pandai nawwar..,” tak sempat dia menghabiskan
kata-kata.
“nawwar warnakan je
lukisan ni. Sebab yang lukis bukan nawwar. Sir Shahrul yang lukiskan. Nawwar
tengok sir punya drawing book, semua lukisan dia cantik2. Tapi ada juga yang
tak cantik. Dia conteng je.”
Nora menarik nafas
lega. Segala perkara yang dirisaukan tadi sudah terjawab. “Tak aci la nawwar
minta Sir yang lukiskan. MEstilah cantik, sebab sir nawwar kan dah expert.
Kalau dia tak expert, ummi mesti takkan hantar nawwar belajar dengan dia.”
“okey, now nawwar pergi
mandi, tukar baju. Pastu makan. Ummi masak special tau!”
“Lepas makan buat apa
maksu?”
“Maksu nak tidur.”
“Ala maksu ni boring
la!!!”
“amboiii! Tak la, lepas
makan kita main UNO. Ajak ummi sekali. Nak?”
“nak maksu!!! Janji tau
maksu! Jangan tido tau.!”
Tak bosan jugak budak ni asek main uno je setiap kali aku datng sini.
Nora mengeluh di dalam hati sambil tersenyum pada Nawwar.
“So far, those are you
job descriptions. And I think there’s no big differences compared to your
internship. You dah ada pengalaman, and if you encountered any problems, you
can ask all the seniors including me. Any questions?” Encik khairil sedang
menamatkan sesi interview bersama Nora. Dua lagi staf yang turut sama dalam
temuduga tersebut hanya senyum dan tiada lagi bicara yang keluar dari bibir
mereka.
“ After 3 months, and
performance saya okey, saya akan confirm dekat sini kan? Then, how about the
salary?”
“okey, for this first
3months company will pay you one eight and if you confirmed with this company,
we will raise your salary to two five. Any others?”
“No. thank you.”
“Alright, so we’ll see
you next week?”
“yes, in sha Allah.
Thank you for the chance given.”
Semuanya berdiri untuk
meninggalkan bilik mesyuarat. Puan maya menghulur tangan. “ welcome to the
community nora.!”
“thanks puan maya.” Dia
menguntum senyum dan mengalih pandangan kepada encik khairil. Encik fidaus,
seorang lagi staf yang turut sama dalam temuduga tersebut menghulur tangan
kepada nora.
Nora menghadiahkan
senyuman kepada encik firdaus dan membawa kedua tangannya ke dada. “Terima
kasih encik firdaus. Sorry bukan muhrim.”
Meletus gelak tawa
semua orang di dalam ruang mesyuarat tersebut. Encik firdaus, tersenyum dan
memasukkan tangan kanannya ke poket seluar. “Nora, awak jangan ikutkan sangat
perangai tak elok staf2 yang ada kat department kita ni. Lagi la kalau encik
firdaus ni. Dia playboy. Buaya tembaga. Sebab tu tak boleh kawen lagi sampai
sekarang.” Bertambah tawa.
“Nora, lepas ni panggil
kak maya je, khairil dengan daus ni pun tak perlu ber-encik2. Khairil ni pun
sama je. Dua2 bujang terlajak. Jangan masuk perangkap diorang.”
“ in sha allah kak maya, saya takkan masuk punya. Pakai baju besi siap2.
Jumpa buaya tembaga ke, buaya darat ke, in sha Allah takde apa2 punya.” Nora
membuang kekekokan yang dialami. Rasa macam plastic interview tadi. Macam ada split
personality pulak diorang ni. Tadi bukan main ketat lagi muka. Sekarang bukan
main sengal lagi perangai. Nora bermonolog.
“hello, angah. Aku on
the way balik ni.”
“how was the interview
sis?”
“Alhamdulillah. Lancar.
Aku start minggu depan. Kat subang jaya. Actually awal2 ni x berat sangat sebab
aku kena ganti sorang staf ni, dia dah nak berhenti. So, sementara notis satu
bulan dia ni, aku kena belajar la dengan dia jobscope dia.”
“Alhamdulillah. Sekejap
je ko rehat. Sekarang dah kena kerja. Eh, aku sebenarnya nak jumpa kawan aq jap
lagi. Sampai petang. Nak minta tolong ko boleh?”
“mesti pasal nawwar
kan? Kalau nawwar takpe. Kalau tolong masakkan, aku tak nak. Nanti laki ko
komplen je.”
“hahaha. Taklah, aku
dah siap masak semuanya. Ada dessert sekali. 2jam lagi nawwar balik dari
sekolah kebangsaan. Nanti pukul 3.30 ko bawak dia pergi drawing class. Pastu
pukul 5 ko amek dia balik. Nanti dalam 6.30 aku balik rumah ya.?”
“baiklah. Aku gerak
sekarang.”
“terima kasih
adindaku.”
“Maksu, hari ni maksu
boleh temankan nawwar sampai balik tak kat kelas drawing nanti?”
“Ala, kenapa? Nanti
maksu takde kawan la kat sana.”
“Boleh la maksu.. kawan
nawwar tu, mama dia selalu temankan dia sampai habis kelas drawing. Bolehlah
maksu.Maksu tengok nawwar melukis…”
“Iyelah. Maksu
temankan. Tapi tengoklah berapa lama maksu boleh tahan. Nanti kalau maksu bosan
maksu jalan2 kawasan dekat2 situ.”
“yeayyy! Jom maksu!
Bawak duit lebih sikit maksu. Nanti balik kita singgah beli ais krim”
“Maksu beli untuk maksu
je. Dah cepat siap.”
Oh, kat sini rupanya
kelas drawing nawwar. Banyak juga option lain. Kenapa la angah x masukkan
nawwar kelas music? Bukan ke angah suka dgn precussions semua ni? Kalau angah
yang suka, baik angah je yang masuk kelas music tu, buat apa nk suruh nawwar
kan? Haha. Apeke sengal la aku ni.
Nora berdiri di sebalah
tingkap sliding kelas muzik. Dia berasa sangat kagum melihat kanak-kanak lelaki
yang sedang bermain piano. Alunan muzik itu sangat menyentuh hatinya. Pada
hematnya, kanak-kanak itu lingkungan 4 atau 5 tahun. Di tepi kelas disediakan
tempat duduk bagi penjaga yang datang. Kelihatan 4 orang wanita sedang merakam
segala aktiviti yang sedang berjalan di dalam kelas tersebut. Nora melangkah ke
kelas melukis pula. Berbeza dengan kelas muzik, kelas lukisan hanya dikelilingi
pagar kayu separas pinggang. Cantik dan sangat menarik perhatian hiasan yang
dibubuhkan pada pagar tersebut.
Matanya menangkap satu
objek hitam di atas kerusi sebelah luar kelas. Naluri inkuirinya semakin
membuak. Segera dia mencapai beg tersebut. “beg lukisan. Siapa punya ni?”
hatinya bermonolog. Dia mengeluarkan kertas-kertas lukisan di dalamnya.
Membelek depan dan belakang kertas lukisan tersebut untuk mencari kalau-kalau
ada nama yang tertera. Setiap karya seni yang ditatapnya membuatnya mahu
melihat lagi dan lagi. Walaupun tidak berwarna, tapi cukup mempesonakan. Kini
dia sedang memegang sebuah lukisan. Kali ini sudah siap berwarna. Sangat hebat!
Seakan tiga dimensi. Dia melihat bangunan dan suasana yang terlakar pada
lukisan itu. “eh, macam kenal la tempat ni. Kat mana ea? surau kat belakang ni
macam familiar. Warna bangunan ni pun. Haaa!!!”
“Maaf puan.” Satu suara
menyapa nora dari belakang.
Nak tercabut jantung
aku! Baru dapat ilham tadi. Tuan punya beg da datang ke?. Perlahan-lahan dia
memasukkan kembali lukisan-lukisan tersebut ke dalam beg sambil berpusing
kebelakang menghadap pemilik suara.
“Ini encik punya ya?
Sorry ya saya tengok tak mintak izin. Saya ingat nak cari siapa tuannya, tu
yang saya tengok tu.” Nora tidak berani mengangkat muka. Malu.
Beg bertukar tangan.
Nora beranikan diri bertentang mata dengan pemilik beg tersebut.
“Sorry again ya.” Nora
memaksa senyum. Dia berasa pelik melihat orang di hadapannya dari tadi hanya
tersenyum. “Saya tunggu anak sedara saya.” Sengaja berbahasa basi. Mengelak
kekok.
“Noraisha kan?”
Kencang berdegup
jantung nora. Dia cuba memerhatikan wajah di hadapannya dengan teliti. Matanya
sesekali dikecil dan dibesarkan.
“Oh, saya kena pakai ni
kot baru awak cam.” Cermin mata pada poket depan kemeja-T dicapai.
Nora tersenyum. Dia
menggelengkan kepala. “Saya tak ingatlah. Encik tak salah orang ke?”
“Aina Noraisha Binti
Imran. Best student SPM 2007 Teknik Kuala Selangor. Saya Cikgu Shahrul la. Yang
interview awak dulu lepas ambil result SPM. Saya ada ambil gambar dengan awak
berdua masa Hari Graduasi dulu. Ingat tak?” Dia mengambil tempat di kerusi
sebelah Nora.
“Oh, cikgu Shahrul
Nizam! Cikgu ingat saya lagi? Ya Allah, saya hampir tak cam cikgu.!” Nora
separuh menjerit kerana berasa teruja.
“Biasalah, budak pandai
memang segan nak tegur cikgu-cikgu diorang.”
“Apa pulak cikgu, saya
memang tak cam cikgu. Lagipun cikgu masuk sekolah tu time saya dah grad dari
situ kot. Jumpa sekali dua je lepas ambil results dulu. Cikgu pun makin putih,
makin tough! Pandai wife cikgu jaga cikgu! Cikgu buat apa kat sini?”
“Memanglah makin putih
sebab sekarang buat kerja dalam bengkel je. Sekolah kita kan dah naik taraf
jadi kolej vokasional, so sekarang saya ajar electronic studies je. Tu yang cerah sikit.”
“Eleh, cikgu malu la tu
nak mengaku guna garnier ke nivea for men ke kan?” Tawanya masih tersisia
“Yang tu haruslah! For
hygiene purpose.” Semakin gamat tawa mereka.
“ssshhh.. budak-budak
tengah fokus la cikgu.. Cikgu buat apa kat sini? Cikgu tak beritahu lagi.”
“Drawing class ni,
sayalah yang handle. Ni kelas saya. Jadikan hobi sebagai extra income. Saya
target nak kahwin tahun ni.” Matanya tepat menatap anak mata nora.
“Lahhh… Sir Shahrul
yang nawwar cakap tu, cikgu la! Cikgu belom kahwin lagi? Ke belom tambah satu
lagi?”
Tiada jawapan. Nizam
hanya menatap wajah nora. Nora yang kekok mengalih pandangan ke dalam ruangan
kelas. Dia melambai kepada Nawwar. Nizam turut mengalih pandangannya kea rah
Nawwar.
“In shaa Allah saya
akan kahwin tak lama lagi. Nawwar tu anak sedara awak ya? Kreatif dia. Selalu
happy datang class.”
“Nawwar memang talented
dari kecik. Bakat mewarna dia ummi abah dia detect dari dia 3tahun. Sekarang
tengah sharpen talent melukis.”
“Aisha, saya kena masuk
sekarang, sebab 15minit lagi kelas nak habis. Kena check semua hasil
pelajar-pelajar. Boleh exchange phone number?”
“Sure. Meh sini number
cikgu saya call.”
“0187654321. Terima
kasih. Saya ada satu lukisan nak bagi awak. Dekat dalam kereta. Nanti tunggu
saya dekat car park bawah? Kereta saya neo hitam. WYK 21”