bismillahirramanirrahim
Saya baru sahaja menghabiskan bacaan post yg panjang lebar
di suatu site yg popular. Penggemar blog ini pasti telah mengkhatamkannya lebih
awal daripada saya. Di sini saya nak lontarkan pandangan saya sahaja. Saya
sumpah tak pro kerajaan seperti mana sangkaan ramai orang. Saya tak cenderung
kepada mana2 parti. Saya cenderung kepada kebenaran sahaja. Siapa yang bawa
alquran dan sunnah sebagai priority dalam pemerintahannya, itu yg saya support
200%.
Sekali lagi saya nak
emphasis, ini adalah pandangan peribadi saya. Manusia biasa yang tak suka
politik yg macam *&%^% kat Malaysia
ni, but I do update dengan perkembangan politik bukan sahaja kat Malaysia tapi
kat Negara lain juga inshaAllah. Saya BUKAN BENCI POLITIK. Saya benci kekotoron
yang dipalitkan pada politik. Padahal politik itu suatu yg suci kerana ia
adalah content dalam islam. Saya hanya budak chemical engineering yang tak
sehebat budak LONDON SCHOOL OF ECONOMY atau pakar penganalisa politik mahupun
ekononomi untuk bicara soal ekonomi ni. Tapi I have my own perspective di atas
apa yg sedang atau akan berlaku pada 2013 nanti.
Saya setuju sangat dengan statement pembentangan bajet oleh
DS Najib kali ini sangat gila. Memang macam nak lingkupkan Negara in 20 years
time. Cuma, saya sebenarnya melihat pada ketika ini, betapa para daie harus
lebih berusaha keras lagi untuk menggencarkan dakwah mereka kepada masayarakat.
Daie harus jadi penyuluh, kaunselor, motivator, bahkan doctor kepada ummah.
Saya sangat berharap agar segala insentif, rebat, baucer dan segala mak alah
kesenangan yg diberikan kerajaan dapat menjadi sesuatu yg boleh memperbaiki
sosio kehidupan rakyat. Saya tak tahu macam mana, masih mencari idea. Tapi saya
sangat yakin setiap satu perkara tu akan ada benefits kalau benar saluran dan
haluannya. Yang sempat saya fikir, nanti
dapat baucer buku, saya nak beli buku banyak2, kemudian buat personal library
kat rumah baru nanti. Buku memasak, total motivation, international jewish,
fiqh, raudhatussolihin, dan macam2 lagi. Pastu nanti dah banyak general
knowledge, boleh tulis buku sendiri. Boleh
beri kesedaran dan dalam masa yg sama, menjana pendapatan di dunia dan akhirat
inshaAllah.Walaupun buat masa ni, saya tak layak lagi jadi penulis buku jauh
sekali majalah. Takpe, kalau banyak membaca, usaha, doa, tawakal, mesti
Berjaya!
Pada hemat saya, pencerahan tentang hidden agenda bajet 2013
tak perlu dihurai panjang lebar dalam site tersebut. Rasanya rakyat Malaysia ni
dah sangat mudah nak dapat maklumat daripada blog2 politik yg bersepah2 kat
alam maya ni. Saya sangat mengharapkan agar para daie blogger dapat menjadi penyuluh,
kaunselor, motivator, bahkan doctor dalam menangani krisis ini menerusi
approach tarbiyyah itu sendiri. Maksud saya, entri yg di pubish kalau boleh lebih
banyak mengupas tindakan yang harus ummah lakukan untuk mengelak daripada
perkara2 yg buruk daripada berlaku keatas Negara Malaysia yg tercinta ini daripada mengupas panjang lebar permasalahan yg dihadapi.
Tulisan kita mampu mempengaruhi pembaca. Mampu mempengaruhi cara berfikir dan kemudian tindakan mereka. Memandangkan tuan rumah site tersebut sangat
hebat penulisannya dan ramai pula follwers nya, Jadi, saya sangat mengharap entri mengenai
bajet 2013 ini harus lebih banyak menekankan tentang tindakan yang seharusnya
dilakukan oleh kita sebagai rakyat. Instead of reveal ke“setan”an agenda mana2
pihak.
Apapun, sama2 banyakkan bersyukur atas nikmat keamanan dan
subsidi2 lainnya yang akhirnya mampu membantu kita untuk lebih mendekat dengan
Allah. (kalau xde system pengurusan air yg bersih, kita semua sakit, ada x daie
yg berupaya nak berdakwah ke sana sini?) Anda nanti kalau dah dapat semua gula2 dari kerajaan tu, guna dengan baik. Guna untuk pancing redho Allah. Nak beli apa2, fikirkan kita akan mati esok, apa yang aku buat(gajet atau peralatan yg dibeli) mampu tak nak hantar aku ke syurga? Jadilah hamba Allah.
Bajet yg di bentangkan tu Cuma proposal atau sudah finalize
ea? Kalau sekadar cadangan, boleh salurkan suara rakyat menerusi medium
tertentu untuk menyatakan ketidaksetujuan kita. Tapi saya yakin yg di pertua
kat parlimen tu pasti lebih bijak lagi tidak rabun dalam menentukan masa depan
yg gemilang buat Malaysia! kalau memang dah diluluskan…daie kenalah jadi
trouble shooter utk solve problem ni sekarang dan pada masa depan.
Jangan panjangkan isu dan permasalahan. Serabutkan fikiran
dengan 1001 solusi. Letihkan badan dengan segala plan tindakan daripada solusi
yg dikenalpasti efisien.