bismillahirramanirrahim
hari ini dalam sejarah. bertolak dari rumah jam 8.50pm dan tiba tepat di hadapan blok kolej kediaman jam 9.40pm. aduhai hampir sejam sangkut dalam jammed yang luar biasa. lenguhnya kaki kiri saya menekan clutch. rugi tak follow belakang ambulans.. boleh dapat laluan VVIP ditengah-tengah kesesakan. Kesesakan di pekan senai bukan perkara asing. Tapi, tak selalunya kesesakan seperti ini berlaku. Setelah hampir setengah jam terperangkap di kawasan construction depan pejabat pos senai, barulah saya tahu apa yang terjadi. Maha Suci Allah yang masih memberi peluang kepada saya untuk terus hidup memohon ampunan dariNya. Bas tambang, causeway link menuju ke jb (dulu saya naik bas ni masa takde kereta nak balik utm) accident. tak tau langgar apa..kaca bersepah kat jalan raya. deretan kedai seolah kosong tanpa pelanggan.hanya lampu kedai yang tetap setia menemani pemilik dan pekerja premis. macam satu trauma. tak pernah saya lihat town senai sekosong itu pada waktu demikian.
Pagi hari ini (11nov20111)emosi saya agak tidak stabil. seolah-olah kehilangan sesuatu dari sekeping hati saya. hingga akhirnya tangisan mengisi kekosongan itu. Dalam sendu dan kekalutan itu,hadir kata2 yang hidup untuk menembusi ke hati;
wasta'inu bissobri wassolah. ukhti, anti boleh solat? amek wudhuk, solat sunat 2 rakaat. mengadulah pada Allah ukht.. Allah tak pernah mengecewakan hambaNya selama mereka memohon kepadaNya. kesusahan seringkali membuat kita jadi kuat, bergantung harap hanya padaNya. Bergembiralah atas ujian yang datang. uhibbukifillah ukhti!
tiba2 rasa malu sendiri. Sedangkan dulu, saya yang nasihatkan dia seperti ini. kini giliran saya pula mendapat nasihat daripada akhwat yang saya cintai ini. Bahkan kata2nya lebih indah. Malu juga pada Allah. Layakkah diri ini untuk melangkah walau setapak ke syurgaNya yang indah? Yang di dalamnya manusia disibukkan dengan kesenangan-kesenagan, bermewah-mewah, memiliki istana yang indah... di penuhi zamrud, pakaian daripada sutera, perhiasan-perhiasan daripada emas dan perak, sungai2 yang indah.. pelayan-pelayan yang menyenangkan hati..dan...dan...emm.....ingin sekali diri ini menjadi ketua bidadari di sana...
tapi..
tapi...
tapi....
LAYAKKAH AKU???
dah tak boleh nak gambarkan macam mana kecamuknya hati ini. bila tiba2 terngiang di telinga kata2 dari akhwat dalam dauroh beberapa minggu lepas;
"ukhtifillah yang ana sayangi.. ana harap selepas ini kita akan berdakwah bersama.. kita akan berziarah sama2.. dan nanti inshaAllah KITA MASUK SYURGA SAMA2."
takkan saya lupa kata keramat itu. persoalan timbu, layakkah ana berdiri bersama antunna kelak di syurgaNya? sedangkan, apalah sangat yang ana dah sumbangkan untuk dakwah ini.. nak bandingkan ujian yang ana dapat dengan antunna dapat? tak lah seberapa usaha ana di sini. Di sini kami mungkin ditolak...tapi dengan penolakan yang baik. Jika disana, andai kalian ditolak, pasti penolakan yang luar biasa...tapi kalian tidak pernah berhenti apatah lagi melemah. siapalah saya.. T_T
LAYAKKAH???
LAYAKKAH???
Hari ini (11nov2011)juga adik saya menceritakan tentang kisah cinta yang agung dalam halaqohnya, iaitu cintanya Rasulullah kepada umatnya tatkala akhir hayatnya. Saya yang mendengar untuk kesekian kalinya kisah ini setelah pertama diceritakan oleh sahabat saya sewaktu di matrix turut menitiskan air mata kerinduan. Kesedihan tidak dapat dibendung melihat tangisan adik2. Tangis kami kerana rindu. Rasulullah menangis kerana rindukan kita. kerinduan yang tersangat. Sedangkan rasanya inilah pertama kalinya kita menangis merindui baginda. Merindui pengorbanan baginda dalam menyampaikan ajaran islam. Merindui baginda kerana peritnya balingan batu yang diterima ketika penghijrahan ke thaif. Merindui baginda kerana laparnya yang ditanggung hingga batu2 mengelilingi perutnya. Kami rindu baginda yang merindui kami. Yang akan menanti kami ditelaga Kautsarnya. Yang akan memohonkan kepada Allah agar kita boleh disyafaatkan. saya ingin bersama rasulullah di syurga.. al mar'u ma' man ahbabta... saya ingin mencintai rasulullah..saya ingin bersama baginda...
tapi..
tapi...
tapi...
dapatkah aku???
ya Allah hambaMu ini tidak layak untuk syurgaMu. namun, tidak pula daku sanggup ke nerakaMu. terimalah taubatku, ampunilah segala dosaku, sesungguhnya Engkaulah dzat yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ya Rabbul 'izzati daku berlindung dengan redhoMu dari marahMu...perkenankanlah pintaku.. jangan biarkan daku terus di pergurunan ini.. kontang dari cintaMu.. bawalah aku ke lembah keredhaanMu.










