pada suatu Imam Syafi'e ditegur oleh anak-anak muridnya, mengapa dia memakai tongkat sedangkan dia masih kuat. mengapa tidak menunggu diri benar2 tua dan bongkok tiga barulah sesuai utk memakai tongkat..lalu Imam Syafi'e menjawab, "hari ini usiaku telah mencecah 40tahun. Rasulullah bersabda jika seseorg sudah mencapai usia ni lalu keburukannya lebih banyak dari kebaikannya maka, persiapkanlah dirimu utk dicampakkan ke dalam neraka. aku memakai tongkat ini agar aku boleh pergi melaju dlam ibadah2ku. aku x mahu pandang ke belakang. yang sudah biarkan ia berlalu.."
begitulah kisahnya imam syafi'e yg shinju dgr kat radio ikim pagi tadi...ade lagi sambungan hadis tu bila dah mencecah 50tahun dan 60 tahun. tapi shinju xsempat salin yg 50 tahun tu...sempat yg 60 tahun je..
bila seseorg itu sudah mencecah usia 6o tahun, Allah berfirman, Aku tidak mahu dgr alasan lagi darimu.
masakan tidak, pada usia sebegini, otot2 mula sakit..nk beribadah lebih sikit dah kebas2, tapi Allah berfirman, Aku xmahu dgr alasan darimu...sekian byk usiamu yg Aku berikan sebelumnya kamu tidak memanfaatkannya utk beribadah kepadaku.
tiba2 shinju teringat beberapa mggu lpas lecturer fluid mechanics shinju ada ckp yg, men's life begin at 40...mungkin ade kena mengena ngn hadis ni...tapi xbole la nk bazirkan pula usia sblm 40 tu dgn pkara2 yg maksiat krn tiada jaminan yg dpt memastikan kita dpt mencapai usia 40..dan tiada jaminan jua bahawa pada usia itu kita akn terbuka hati utk bertaubat....maka, wahai pembaca GMS sekalian marilah kita manfaatkan ramadhan yg masih tersisa ni utk memohon keampunan dari Allah atas segala dosa2 silam kita..jgn jadikan dosa2 silam itu penghalang utk kita berubah kepada suatu yg lebih baik..setiap org ade kisah silamnya dan spt yg imam Syafi'e katakan dlm kisah di atas, yg sudah tu biarkanlah ia berlalu..terus pandang ke hadapan. pecut la melaju dlm beribadah...kuatkan keazaman utk membuat transformasi diri! akhir kata, buat pembaca2 GMS sekalian, selamat graduate dari University of Ramadhan dalam 2 atau 3 hari lagi...semoga kita grad dari bulan tarbiyyah ini dgn 1st class degree..anda bisa menentukan sama ada 1st atau tidak degree anda itu..
utk renungan bersama, hayati hadis ini:
Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya
Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)]
jadi antara ciri2 1st class degree itu adlah Allah mengampuni segala dosa kita dan menerima puasa kita sbg suatu ibadah yg ikhlas di sisinya.. sekian wallahua'lam..
3 comments:
syukran sudi share..
su boley jdkn sbg peringatan...
la syukr 'ala wajaba...
Terima kasih untuk blog yang menarik
Post a Comment