Wednesday, April 27, 2011

BADAR, penentu nasib Islam


Mungkin ramai yang tahu tentang perang BADAR ialah perang pertama Islam menentang kafir quraisy tapi sejauh mana sirah ini dihayati?Tahukah anda bahawa peperangan ini bukanlah peperangan yang diduga oleh Rasulullah?Tahukah anda bahawa tentera Islam hanya mempunyai 2 ekor kuda ketika itu? Tahukah anda bahawa Rasulullah menangis sampai teresak-esak memohon janji daripada Allah?Tahukah anda bahawa para sahabat begitu takut menghadapi peperangan ini?
Perang BADAR adalah perang yang paling penting dalam dunia Islam.Masakan perang ini tidak penting sehingga Rasulullah berdoa:
Ya Allah,jika Engkau kalahkan Islam pada perang ini,nescaya tidak akan ada lagi manusia yang akan menyembah Engkau….
Perang ini menyaksikan bahawa 313 orang kaum Muslimin yang mempunyai 2 ekor kuda dan 70 ekor unta menentang 1300 orang Kafir Quraisy yang mana mempunyai 100 ekor unta,lengkap berbaju besi dan bilangan unta yang sangat banyak.Tentera Islam dipimpin sendiri oleh Rasulullah dan tentera Kafir Quraisy dipimpin oleh Abu Jahal.Tentera Islam menunggang kuda dan unta secara bergilir dan mereka hanya bersenjatakan pelepah tamar,cangkul,batang kayu dan batu.Manakala tentera Kafir lengkap berpedang.
7 Ramadhan tanggal bersejarah,tarikh di mana berlakunya pertumpahan darah,antara tentera berhala dan tentera Allah.Pokok cerita,tentera Muslimin keluar 300 orang lebih untuk menunjukkan kekuatan negara Madinah,tidak terlintas lansung untuk berperang. Khafilah Abu Sufyan menjadi sasaran,bukan untuk ditangkap atau dibunuh,tetapi untuk digerunkan.Namun, takdir telah menentukan peperangan akan berlaku,Abu Sufyan menghantar utusan ke Makkah untuk meminta bantuan ketenteraan.Abu Jahal tanpa berfikir panjang telah mengerahkan 1000 orang lebih untuk turun berperang.
Maklumat tentang serangan Abu Jahal bocor kepada Rasulullah,tanpa berlengah,Rasulullah terus mengumpulkan sahabat-sahabat daripada Ansar dan Muhajirin untuk bermusyawwarah.Belum sempat musyuarat berjalan lebih jauh,Miqdad Bin Al-Aswad lekas bangun dan mula berpidato:
“Ya Rasulullah (SAW)!, Kami tidak akan mengatakan kepadamu seperti apa yang dikatakan oleh bani Israel kepada Musa (AS), ‘Pergilah kamu bersama Tuhanmu, kami duduk (menunggu) di sini’( Dalam surah Al-Maidah). Pergilah bersama dengan keberkahan Allah dan kami akan bersama dengan mu !”.
Rasulullah gembira mendengarnya namun Rasulullah diam kerana dalam hati baginda,baginda memang yakin dengan kaum Muhajirin dan kini,Rasulullah menunggu pengakuan daripada kaum Ansar.Melihat Rasulullah diam,seorang sahabat Ansar,Sa’ad Ibnu Mu’az, bangun dan berpidato:
“Demi Allah, Kami telah beriman kepadamu, sehingga kami akan selalu membenarkanmu. Dan kami bersaksi bahwa ajaran yang engkau bawa adalah benar. Karena itu, kami berjanji untuk selalu mentaati dan mendengarkan perintahmu. Berangkatlah wahai Rasululah Shalallahu ‘alaihi wasallam, jika itu yang engkau kehendaki. Demi Dzat yang telah mengutusmu dengan nilai-nilai kebenaran, seandainya engkau membawa kami ke laut itu, kemudian engkau benar-benar mengarunginya, niscaya kami pun akan mengikutimu. Sungguh, tidak akan ada satu pun tentara kami yang akan tertinggal dan kami tidak takut sedikit pun kalau memang engkau memper temukan kami dengan musuh-musuh kami esok hari. Sesungguhnya, kami adalah orang-orang yang terbiasa hidup dalam peperangan dan melakukan pertempuran. Semoga Allah memperlihatkan kepadamu berbagai hal dari kami yang dapat memberikan kebahagiaan bagimu. Maka, marilah kita berjalan menuju berkah Allah.”
Rasulullah sangat gembira mendengar kedua-dua pengakuan wakil daripada 2 kaum itu,lantas baginda bersabda:
“Majulah ke depan dan yakinlah yang Allah telah menjajikan kepadaku satu dari keduanya (khafilah dagang atau perang), dan demi Allah, seolah olah aku telah dapat melihat pasukan musuh terbaring kalah”.
Maka tentera Islam pun mula berjalan mendaki gunung BADAR dan mereka berhenti seketika untuk berehat.Tatkala inilah seorang sahabat yang bernama Hubab Bin Mundhir darang mendekati Rasulullah dan bertanya adakah pemilihan tempat ini sebagai medan peperangan merupakan wahyu Allah atau tidak dan baginda menjawab tidak tetapi tempat ini pilihan musyawwarah.Lalu Hubab memberi pendapatnya supaya tentera Islam berpindah ke selatan,tempat yang berdekatan dengan sumber air.Kemudian membuat kolam persediaan air dan menghancurkan sumber-sumber air yang lain.Rasulullah bersetuju dengan cadangan Hubab. Seusai Hubab memberi cadangannya,Sa’ad Bin Muaz pun memberi cadangannya yang mana dia ingin membangunkan benteng kepada Rasulullah sebagai tempat berlindung dan ini juga diterima oleh Rasulullah.
Rasulullah pulang ke khemah bersama dengan Abu Bakar.Dan pada waktu malam,Rasulullah sujud begitu lama sehingga serban yang dipakainya jatuh.Air matanya mengalir hebat.Zikir ‘Ya Hayyu Ya Qayyum’ tidak henti-henti daripada mulut Rasulullah.Abu Bakar yang berada di tepi baginda ketika itu menegur nabi dan memberitahu bahawa:
“Wahai Nabi Allah,cukuplah bagi mu mengingatkan Allah tentang janji-janji Nya.Sesungguhnya Dia akan memberikan apa yang dijanjikan Nya kepada mu.”
Bukanlah Rasulullah tidak yakin dengan janji Allah,tetapi Rasulullah juga manusia.Terdetik juga di hatinya gerun dan takut.Jadi kepada Allah sahaja dia meluahkan segala-galanya.Kemudian Allah menurunkan wahyu Nya:
” Agar Allah swt menetapkan yang hak ( Islam ) dan membatalkan yang batil ( syirik ) walaupun orang-orang yang berdosa itu tidak menyukainya.””[ QS; Al-Anfal : 9 ]
Keesokan harinya,sebelum tentera Kafir datang menyerang,Allah telah tidurkan semua sahabat dengan tujuan supaya mereka semua mempunyai tenaga yang mencukupi ketika peperangan.Bangun dari tidur,mereka mandi.Selepas mereka sudah selesai bersiap, tiba-tiba mereka didatangi oleh tentera Kafir yang sangat ramai,luar daripada jangkaan mereka.Hakikatnya,mereka tidak tahu tentang bilangan sebenar tentera Quraisy,Rasulullah merahsiakannya supaya mereka tidak gentar sebelum peperangan.Hati manusia mana tidak gerun melihat musuh yang begitu ramai,malah lengkap bersenjata.Rasulullah tahu mereka takut,lalu baginda menadah tangan meminta pertolongan daripada Allah.
“Oh, Tuhan! Penuhilah janjiMu untuk memberi kemenangan. Kalau umat yang kecil ini binasa (kalah), maka akan menanglah agama berhala dan tidak akan ada lagi orang yang menyembah Mu di muka bumi.”
Abu Bakar juga tidak dimaklumkan tentang bilangan musuh yang begitu ramai,hanya Nabi sahaja tahu bilangan mereka.Abu Bakar juga turut gerun dan takut dan dia memegang kain penutup kepala nabi dan berkata:
“Ya Nabi,Allah tentu akan memakbulkan doa Mu dan Allah pasti menolong kita mengalahkan musuh yang ramai ini”
Nabi tersentak mendengar doa Abu Bakar.Lalu wahyu daripada langit pun turun, ”Hai, Nabi! Kerahkanlah orang-orang Mu’min itu bertempur! Dua puluh orang Mu’min yang sabar, akan dapat mengalahkan dua ratus orang musuh dan seratus orang (Mu’min yang sabar) akan dapat mengalahkan seribu orang-orang kafir, kerana orang-orang kafir itu tidak mempunyai dasar yang teguh.”
Kemudian Nabi mengambil segempal pasir dan melontarnya,sebagai tanda menyuruh tentera Islam maju ke depan.Tentera Islam maju ke depan dan akhirnya Abu Jahal berjaya dibunuh.Tatkala Jeneral mereka mati,maka lari bertempiaranlah tentera kafir quraisy tanda kekalahan.
Semoga Sirah ini menjadi pengajaran buat kita……
originally collected from: http://azzariyat.com/blog/2009/09/06/perang-badarpenentu-nasib-islam/

Friday, April 15, 2011

membuat pilihan

bismillahirramanirrahim


Anda suka berdakwah? Tahu kewajipan dakwah? Tahu cara-cara berdakwah?
Alhamdulillah, dewasa kini, ramai orang yang sudah boleh terima perkataan dakwah. Dulu, apabila hendak sebut DAKWAH pun rasa payah. Malu. Takut di panggil ektremis dan macam-macam lagi.

Generasi remaja zaman sekarang juga sudah ramai yang bersedia untuk melaksanakan dakwah. Kewajipan dakwah tidak boleh dipertikaikan lagi.

Kita mahukan ilmu

Apabila kita memasuki alam universiti, banyak perkara baru yang kita akan belajar dan mahu belajar. Dalam proses ini, apa yang kita mahukan adalah menuntut ilmu sebanyak mungkin. Tidak kira apakah ilmu itu samada ilmu dunia atau akhirat.

Banyak juga tawaran yang akan kita dapat dari pelbagai kelompok manusia. Ada yang menawarkan halaqah, usrah, ceramah, liqo’ atau apa sahaja pada kita. Namun, pilihan segalanya di tangan kita. Samada mahu hadir ke semua acara atau tidak ikut serta langsung.

Apa yang saya cuba cadangkan di sini adalah, pergilah ke semua acara yang di jemput. Dan nilailah ia dari semua aspek. Mungkin pada awalnya kita akan mengira bahawa kita hanya mahukan ilmu tidak kira ia dari siapa. Maka, kita akan pergi sahaja ke mana-mana majlis ilmu yang ebrlansung. Namun, kita perlu ingat, sampai satu tahap, sampai satu masa nanti, kita perlu memilih manakah majlis ilmu yang paling baik buat kita untuk kita berkomitmen terus dengan ia.

berkomitmen di sini bukanlah sekadar istiqamah mengahdirkan diri ke situ dan menerima sahaja, malah, menjadi orang yang akan menggerakkan pula majlis itu. ataupun orang yang akan mengajak orang lain turut mengerakkan majlis itu, memberi sebanyak mungkin dan merekrut ramai lagi orang untuk menjadi sama seperti anda bahkan lebih baik.

kita bukan sahaja menerima ilmu, namun kita perlu memberinya

itulah dinamakan generasi RABBANI. generasi yang belajar dan mengajar.

Kepelbagaian

Dulu, agak sukar untuk saya terima adanya kepelbagaian kelompok. Pada saya, kenapa kita tidak bersatu? Kenapa ada berbagai-bagai kelompok? Sehingga saya rasa agak pening. Mungkin ramai juga yang mengalami seperti apa yang saya alami.

Namun sekarang saya faham. Kepelbagaian kita mungkin salah satunya kerana kita berbeza pendapat dan cara. Ada sesetengah di antara kita menggunakan cara ini, ada pula yang itu dan ada pula yang lainnya untuk mencapai tujuan yang sama. Namun, itu bukanlah bermakna kita umat islam berpecah dan saling bermusuhan.

Proses Memilih

Sukarkan untuk memilih sesuatu yang kita rasa semuanya boleh memberi manfaat pada kita. Sukar juga untuk memilih sesuatu yang bertembung dalam satu masa. Seperti contoh, memilih halaqah atau ceramah ataupun memilih halaqah atau usrah dalam masa yang sama. Mungkin akan berlaku kekeliruan dalam pemilihan.

Namun, apa yang mahu ditekankan di sini, pilihlah berdasarkan apa yang terbaik buat diri kita. Dan pastikan ia terbaik buat iman kita. Tak mungkin kita dapat berkomitmen dengan 2 benda dalam satu masa. Ia dapat di analogikan seperti kita memilih mengambil 2 kos dalam masa yang sama iaitu perubatan dan forensik. Bagaimana kita hendak berkomitmen pada kedua-duanya? Pasti amat sukar dan akhirnya kita akan memilih satu sahaja yang terbaik buat diri dan hidup kita.

Maka, ada baiknya kita terus memilih satu sahaja dan berkomitmen sungguh-sungguh dengan apa yang telah kita pilih. meskipun proses memilih ini amat sukar dan bisa menitiskan air mata, namun akan ada manisnya bila kita merasainya dan menghargainya sepenuh jiwa.

Jangan buat sia-sia

Apabila kita telah berkomitmen dengan sesuatu, pasti kita akan sedikit sebanyak mengetahui latar belakang management yang kita ikuti. Sekali lagi, nama sesuatu management bukanlah segala-galanya, tapi pastikan ia berpegang teguh kepada al quran dan sunnah.

Berdakwah kerana nama sesuatu management adalah satu usaha yang sia-sia. Jika kita tidak tahu nama management apakah itu, maka perlunya kita tsiqah sahaja pada murobbiyah kita bahawa apa yang kita tempuhi ini adalah sesuatu yang terbaik bagi diri kita. Murobbiyah perlu juga menerangkan tentang sirah yang berkait rapat bahawa nama bukanlah segala-galanya. yang penting adakah kita telah berbuat atau tidak? Apakah jika kita tahu nama management kita, akan membuatkan kita lebih bersungguh-sungguh dalam dakwah kita?

Semoga kita terus membuat pilihan dan terus mencari. Meskipun proses yang kita jalani ini sangat lambat, ingatlah bahawa kuantiti tidak menjamin kualiti!

hati-hati dalam memilih kerana ia menentukan masa depan anda

p/s: proses memilih itu sebenarnya payah. artikel ini bukan bermaksud untuk mengajak anda bersama saya. sekali lagi, pilihlah yang terbaik buat iman anda.

hasil karya asli: ukhti siti rahayu

Thursday, April 14, 2011

sinergi!!sinergi!!sinergi!!

bismillahirramanirrahim


alhamdulillah wa syukr liLLAH!! sinergi kini sudah sampai ke edisi keempat..alhamdulillah..buat semua yg berada di skudai dan kawasan sekitarnya...ambil perhatian!!
kini anda boleh mendapatkan majalah sinergi di U-mall!! boleh dapatkan di kedai Pustaka Zinnirah. berhadapan dengan Restoran Ayam Penyet Fast Food. berdekatan dengan pintu masuk berhadapan HPA.
dapatkan sekarang!!

Monday, April 11, 2011

jom fikir!

bismillahirramanirrahim

beberapa minggu lepas shinju ada bersembang dengan seorang mak cik ni. Biasa sahaja kehidupannya walaupun bersuamikan seorang jurutera kimia, pengkhususan  oil and gas. dikurniakan 4cahaya mata, kesemuanya perempuan. semua permata (oyun)...alhamdulillah keempat-empatnya dibesarkannya sendiri. Menjadi isteri bekerja hanya selama beberapa tahun selepas menikah, dan kemudian berhenti kerja seterusnya menumpu sepenuh perhatian terhadap penjagaan dan perkembangan anak-anak. ketika bersembang dengan beliau, ada beberapa perkara yang mengetuk minda shinju.

zakat


antara perkara yang sangat mengetuk hati adalah, bila mana makcik tu cerita, seorang tokoh usahawan, didatangi seorang pemungut zakat. maka usahawan itu tanya, "pak cik hisap rokok tak?" pak cik pun jawab ya, maka usahawan tersebut dengan sinis mengatakan, pak cik tak layak dapat zakat saya sebab, rokok pak cik boleh beli, tapi nak beri sesuap nasi kat anak isteri pak cik tak dapat. malah meminta-minta zakat lagi.. benar zakat itu wajib dikeluarkan oleh seorang peniaga seperti saya. InshaAllah setiap cukup tempoh saya selalu berzakat. Agar rezeki lebih barakah. seperkara lagi, saya nak nasihatkan pakcik dan saya, serta pak cik sampaikanlah juga pada orang lain. Pak cik dah tunaikan haji? belum? pak cik dah berapa lama merokok? 10 tahun? sekotak berapa lama baru habis? 3hari??!! sekotak berapa ringgit? cuba pak cik kira-kira semula, berapa dah pakcik laburkan duit utk rokok ni? saya yakin pasti jumlahnya lebih dari cukup untuk pembiayaan menunaikan haji! Pak cik kalau mati, tapi tak sempat nak tunaikan rukun islam, Allah akan pertanggungjwabkan semua rezeki yang Dia dah beri. Ya, haji memang wajib kepada mereka yang berkemampuan. Tapi, pakcik utk rokok, pakcik mampu hingga totalnya hampir lebih dari cukup pembiayaan menunaikan haji. so, boleh pakcik nak bagi alasan kat Allah nanti, pakcik tiada kecukupan wang? boleh? tak boleh la pakcik! rokok yg merosakkan tu mampu beli, nak naik haji utk bertamu dirumah Allah tak mampu pula nak pergi.

itulah seperkara antara yang mengetuk minda utk berfikir.. subhanallah...benar sungguh! sebelum ni tak pernah terfikir. bila asyik bayar duit broadband, isi minyak kereta, isi kredit telefon, beli-beli pakaian di mall secara kerap, beli laptop, beli kereta, beli rumah, beli tanah, beli semua la! semua tu kita mampu! walaupun berhabis belasan juta. tapi, nak tunaikan rukun islam pun kita masih tak dapat-dapat lagi. macam mana nanti Allah tnya semua perkara iaitu seperti mana hadis yang tertera dekat bawah blog title ni. ha nak jawab ape? xde duet? xsempat? oo.. utk perkara2 lagha lagi fasad yang lain tu ada je masa dan duit. tapi utk menunaikan hak2 Allah, tiba2 kita jadi kikir yang teramat sangat..sama2 fikirkan..
to be continue

Wednesday, April 6, 2011

sekeping cinta

bismillahirramanirrahim

Aisyah benar-benar keliru dengan sikap kekasihnya. Siang, malam, mesejnya satu pun tidak berbalas. E-mailnya terus lengang seiring dengan waktu yg terus berlalu. Dia sangat tertekan waktu itu. Aisyah memerlukan seseorang untuk menjadi tempat luahan bicaranya, tempat mengadu segala keperitan, tempat berkongsi suka dan duka.
Masih segar lagi diingatannya sewaktu dia dan Tariq bersama,kemana sahaja tentu mereka akan berdua. Setiap kali hujung minggu, sudah tentu panggung wayang akan menjadi destinasi utama mereka. Duduk berdua-duaan menjadi perkara yg amat dinantikan olehnya. Namun kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Tariq bukan kekasih yg dikenalinya dulu, dia kini tidak lagi bersamanya untuk berkongsi suka dan duka. Janji-janji manis Tariq untuk bersama-sama membina istana berlandaskan syariat seakan-akan terkubur kini. “Kau jantan penipu! Kau pendusta! Aku benci kau!” hari demi hari, hati Aisyah makin kuat menjerit melepaskan kebencian, namun yg berkunjung hanyalah kerinduan terhadap seorang mahluk yg bernama lelaki itu.

Sehinggalah pada suatu hari, Aisyah bertemu dengan seorang gadis di sebuah program motivasi. Pertemuan didalam sebuah majlis yg singkat itu tidak diduganya membuahkan sebuah persahabatan yg berkekalan. Gadis itu amat lembut pekertinya. Auratnya dijaga rapi dan tutur katanya diatur sempurna. Danisya, itulah nama yg diungkapkan gadis itu sewaktu Aisyah menghulur tangan tanda perkenalan. Mulanya Aisyah tidak tertarik untuk mendekati gadis itu, namun kepetahan dan kebijaksanaannya berbicara, akhirnya hati Aisyah tertarik untuk mengenalinya dengan lebih rapat.
Sejak mengenali Danisya, Aisyah mula mendekati Islam sebenar-benarnya. Itu tidaklah bermakna Aisyah yg dahulu jauh daripada agama, namun kini dirasakannya perjalanan kehidupannya lebih terpelihara. Jika dahulu dia memakai tudung gaya moden yg menonjolkan dadanya, kini tudung itu menjadi bertambah labuh. Jika dahulu, T-shirt dan jeans menjadi pilihan pemakaian hariannya, kini jubahlah pula yg menjadi pembalut tubuh agar tidak menjadi bahan tatapan lelaki-lelaki berhidung belang. Hari demi hari, Aisyah seakan-akan mampu melupakan Tariq. Kini Danisyalah dunianya, segala masalah dikongsikan bersama. Kehadiran Danisya mampu menggantikan tempat Tariq. Yang anehnya, Danisya seolah-olah seperti Tariq versi wanita baginya.

Saban hari, semakin ramai yg gemar untuk berdampingan dengan Aisyah. Dia amat bahagia kini kerana dikurniakan ramai sahabat yg ada untuknya meluahkan rasa suka dan duka. Ramai pemuda cuba untuk mendekatinya, namun Aisyah segera menolaknya kerana dia sedar, cinta kepada seorang lelaki mampu membunuhnya. Apa yg dinantikannya kini hanyalah CINTA kepada ilahi dan bukannya cinta sementara rekaan syaitan bertunjangkan hawa nafsu. Cinta selepas kahwin menjadi idamannya kini. Bila dan siapa orangnya, biarlah Allah sahaja yg menentukannya.

Kini genaplah lima tahun pengajiannya di Institut Perguruan Kampus Gaya. Minggu hadapan, dia akan mula bercuti. Aisyah sudah mula sibuk mengemaskan barang-barang untuk pulang ke kampung halaman. Tiba-tiba Danisya datang mengirimkan sepucuk surat kepada Aisyah. Tanpa sebarang bicara, Danisya berlalu pergi. Perlahan-lahan, Aisyah membuka sampul surat berwarna biru itu. Hatinya berdebar-debar, kerana dia kenal benar dengan tulisan tangan disampul surat itu. Tulisan insan yg pernah membuat hidupnya sengsara dahulu.

Assalamulaikum,

Kehadapan Aisyah binti Abdul Halim, gadis yg selalu kusayangi sejak dahulu, kini dan InsyaAllah, untuk selama-lamanya. Maafkan diriku kerana telah lama menghilang tanpa sebarang berita. Aku pergi bukan kerana ingin meninggalkanmu tapi aku pergi kerana aku mahu mencari CINTA dariNya.

Mungkin dahulu aku pernah membawamu kedunia penuh kelalaian. Atas desakan hawa nafsu, aku mengajakmu melanggar batas-batas syariat. Mujur, aku tersedar lalu kutinggalkan kamu sendirian merangkak dalam kepayahan. Aku turut berduka kerana kehilanganmu. Siang, malam, hari-hariku terasa perit tanpa adanya kamu. Mungkin kau tidak menyedari, aku sering memerhatikan kamu. Mesej-mesej pertanyaan khabar darimu sengaja kubiarkan tidak berbalas. Maafkan aku.

Kuhadiahkan kamu adikkku, Danisya sebagai penggantiku, teman sewaktu kamu senang dan susah. Segala perkembangan tentang kamu, selalu kutanyakan kepada adikku. Kadang-kadang ada juga kau mengeluh tentangku, saat itu, aku terasa berat untuk menjauh darimu. Namun, aku perlu berbuat begitu, kerana aku perlukan masa untuk mengambilmu sebagai isteri. Ilmu agama perlu kuperdalami, ilmu dunia perlu kutuntut agar aku mampu mencari rezeki buat kita berdua.

Kini sudah tiba masanya untuk ku sunting dirimu. Apa yg perlu kau tahu, saat kamu membaca surat ini, rombongan meminang telah pun kuhantar kerumahmu. Kuharap kau sudi untuk menerimaku sebagai suamimu.
Sekian, wasalam.

Yg Benar,
Tariq.

Aisyah terdiam seketika, hatinya berbunga. Dalam esakan tangisan dia tersenyum. Dia bahagia kini. Tidak disangka, insan yg dahulunya dianggap pengkhianat, penipu dan pembelot rupa-rupanya seorang kekasih yg sejati. Benarlah, begitu indahnya cinta andai ada CINTA kepada Allah Yang Maha Esa. Aisyah mula menyambung kembali tugasnya. Tidak sabar untuknya pulang menanti hari-hari bahagia apabila dia dan Tariq disatukan nanti. Indahnya hidup berlandaskan syariat, itulah kisah Tariq dan Aisyah, anda bagaimana?

Hasil Nukilan : Jazulfadli Jamaludin

Followers