bismillahirramanirrahim
beberapa minggu lepas shinju ada bersembang dengan seorang mak cik ni. Biasa sahaja kehidupannya walaupun bersuamikan seorang jurutera kimia, pengkhususan oil and gas. dikurniakan 4cahaya mata, kesemuanya perempuan. semua permata (oyun)...alhamdulillah keempat-empatnya dibesarkannya sendiri. Menjadi isteri bekerja hanya selama beberapa tahun selepas menikah, dan kemudian berhenti kerja seterusnya menumpu sepenuh perhatian terhadap penjagaan dan perkembangan anak-anak. ketika bersembang dengan beliau, ada beberapa perkara yang mengetuk minda shinju.
zakat
antara perkara yang sangat mengetuk hati adalah, bila mana makcik tu cerita, seorang tokoh usahawan, didatangi seorang pemungut zakat. maka usahawan itu tanya, "pak cik hisap rokok tak?" pak cik pun jawab ya, maka usahawan tersebut dengan sinis mengatakan, pak cik tak layak dapat zakat saya sebab, rokok pak cik boleh beli, tapi nak beri sesuap nasi kat anak isteri pak cik tak dapat. malah meminta-minta zakat lagi.. benar zakat itu wajib dikeluarkan oleh seorang peniaga seperti saya. InshaAllah setiap cukup tempoh saya selalu berzakat. Agar rezeki lebih barakah. seperkara lagi, saya nak nasihatkan pakcik dan saya, serta pak cik sampaikanlah juga pada orang lain. Pak cik dah tunaikan haji? belum? pak cik dah berapa lama merokok? 10 tahun? sekotak berapa lama baru habis? 3hari??!! sekotak berapa ringgit? cuba pak cik kira-kira semula, berapa dah pakcik laburkan duit utk rokok ni? saya yakin pasti jumlahnya lebih dari cukup untuk pembiayaan menunaikan haji! Pak cik kalau mati, tapi tak sempat nak tunaikan rukun islam, Allah akan pertanggungjwabkan semua rezeki yang Dia dah beri. Ya, haji memang wajib kepada mereka yang berkemampuan. Tapi, pakcik utk rokok, pakcik mampu hingga totalnya hampir lebih dari cukup pembiayaan menunaikan haji. so, boleh pakcik nak bagi alasan kat Allah nanti, pakcik tiada kecukupan wang? boleh? tak boleh la pakcik! rokok yg merosakkan tu mampu beli, nak naik haji utk bertamu dirumah Allah tak mampu pula nak pergi.
itulah seperkara antara yang mengetuk minda utk berfikir.. subhanallah...benar sungguh! sebelum ni tak pernah terfikir. bila asyik bayar duit broadband, isi minyak kereta, isi kredit telefon, beli-beli pakaian di mall secara kerap, beli laptop, beli kereta, beli rumah, beli tanah, beli semua la! semua tu kita mampu! walaupun berhabis belasan juta. tapi, nak tunaikan rukun islam pun kita masih tak dapat-dapat lagi. macam mana nanti Allah tnya semua perkara iaitu seperti mana hadis yang tertera dekat bawah blog title ni. ha nak jawab ape? xde duet? xsempat? oo.. utk perkara2 lagha lagi fasad yang lain tu ada je masa dan duit. tapi utk menunaikan hak2 Allah, tiba2 kita jadi kikir yang teramat sangat..sama2 fikirkan..
to be continue
No comments:
Post a Comment