cuti yang agak penat. penat fizikal dan spiritual.huh~ okeh since tajuk dia diari, maka saya akan berkongsi ttg hidup saya. apakah perkara yang saya paling tidak suka sekali lakukan?
nak tau?
--------
cuba teka dulu..
bawak basikal? salah!
basuh pinggan?? saya suka basuh pinggan ok!
saya tak suka pergi beli sayur,ikan,sotong! ya Allah, memang tak suka..stress betul kalau ayah suruh pergi beli sayur,ikan,sotong kat TJ Mart. kan best kalau setiap kali bukak fridge, semua terus ada. tak payah pergi beli. Saya tak suka keadaan pasar. Saya tak suka pilih ikan. Saya tak reti pilih sayur. Pernah sekali, pergi beli sayur dengan ayah..satu tragedi yang memalukan berlaku..serius duarius tigarius malu!!
"ayah, nak beli sayur apa?"
"amek bayam, sawi, kangkung. kobis bunga tu skali. bonda nak buat sup"
"ayah, bayam takde. ada kangkung ni je." sambil menunjukkan kangkung tersebut kepada ayah dari jarak dalam lebih
kurang 2depa.
"apa yang takde nye?yang ko pegang tu bayam la. kangkung yang kat depan tu." menunjuk kearah lokasi kangkung.
jadi...apa yang berlaku?makcik2 dan pakcik2 tak kurang juga adik2 yang turut sama membeli sayur di situ senyum2 sipu kearah saya. saya pun dengan comelnya membalas seyuman makcik2, dan saya pun tanpa banyak bicara sementelah senyum masih tetap terukir amek sawi, kobis, terus ke kaunter.
"ayah, malunya...kenapa ayah cakap kuat2?" saya berbisik kepada ayah setelah selesai membayar.
"takde apa la. biasa la tu." ayah menjawab dengan innocent
"ayah, bayam bukan daun dia lebar pastu ada warna merah kat tgh2 daun tu ke?"
"itu bayam merah. ni bayam biasa. bayam hijau."
"oo.."
maaluuuuuuu....sejak daripada itu, saya akan memastikan ayah tak ikut bersama kalau saya harus ke pasar..huh~ kalau salah beli pun paling2 kena marah kat dlam rumah.
hari ini saya diminta utk beli ikan dan sayur lagi di TJ Mart. huh, ayah saya x gemar ke sana. tapi saya akan tetap membeli semua2 tu hari ini. di pasar malam! ye!! saya sangat suka pasar malam. Jimat minyak!
pengajaran: cuti2 ni belajar kenal sume2 barang dapur. belajar pilih ikan. ingat senang2 pilih je ke?ada caranya tau.. belajar kenal sayur..belajar siang sotong..blablabla..nanti kalau parents takde kat rumah selama seminggu, ke beberapa hari ke, siapa nak masakkan?belajar k! Di samping tu, ini juga merupakan sarana birrul walidain..dakwah family dengan memasak.-walaupun saya jarang masak resepi baru- tak yah banyak cakap. bak kata seorang ikhwah yang mengisi satu slot ketika di matrix, "dakwah family tak perlu banyak cakap. tapi perlu banyak buat. tak semestinya bagi tazkirah, mungkin kemas rumah lebih membekas di jiwa mak ayah."
-biar amal berbicara-
bestkan kalau dapat buat camni dalam family
10 comments:
salam haha.ingat x suka kucen.
tula ana pon kene belaja pertama sebelum memasak ke pasar.
teringat k.saadiah ali bawak saya ke pasar, kemudia tunjuk saya satu persatu barang.
wat a motherly murobbiah she is.i miss her !
ana pon ada jugak sekali haha, lagi la.mama suruh beli dua benda 'daun kunyit dan kangkung seikat'.tapi ana x pasti yang mana.jadi dengan muka TOYA nya, ana g kat kaunter.
"adek tolong amekkan akak daun kunyit n kangkung seikat" sambil dalam hati gelak malu.hohohooho.
dah agak.
adeq memang kan.
meh la datang seremban, shinju n adeq. kita belajar sayur2an bersama k.
nak belajar siang ikan, sotong, ayam pun boleh :)
semalam ana kena masak utk sorang kakak yg baru bersalin. orang bersalinkan perlu banyak halia dlm masakan. ana tanya ustaz (suami kakak tu) 'ada halia x'
ustaz kata, 'tu dl peti sejuk tu. ada kecik tu je'
ana punyalah heran. yg ustz tunjuk tu bkn halia.
'ustaz ni bukan halia ni, kunyit'. ana cakap dgn konfidentnya, walaupun agak ragu2 diprovoke bgitu.
nasib baik dapat bezakan. huhu. xtau la pulak kalu ustz nak test atau ustaz mmg xtahu. huhu
pengajarannya ,marilah kita belajar keakhwatan sementara masih cuti
-teringin nak makan yong tau fu-
haha.. ape ni GMS.. keakhwatan la wei
sy ikut akak g pasar cool jak sy tgk akak pilih ikan n sayur..tp ada satu sayur y akak tunjuk tu sayur kailan tp sy rse tu sayur sawi jepun..hehe
adeq:kucen pun xsuke gak..haha..ooh kak sadiah..windu juga kat dia..memenuhi 1 antara 4 fungsi murabbiah tu..hehe...adik yang tolong ant tu laki ke pompuan?huh~xyah malu ukht..kita kan pembeli..suruh je...
Dr nurul: wahaha..hebat la awak... eh da balik mesia ke?nape x habaq?k3..adeq jom kite g seremban!
Dr.mujahidah: ala kak, tgh blajo le ni..haha..akak pon goreng ayam x lepas lagi.hahaha ade ke masukkan ayam sebelum panaskan minyak?ish3...
sahabatmu: aik?kita sempat pergi pasar sama2 ea? cool kan akak memilih ikan?-menjaga 'izzah- oh, sayur mmg akk x pro sgt..main hentam je..actlly kailan pn akk xkenai..main ckp je..
haha 2 x satu juta la korang nhe.ceit.konklusi semua belum cukup keakhawatan lagi,sudah-sudah la keikhwahan tu.haha.
nurul : ajakan ayam masak merah boleh?
GMS : apa awak-awak ngan madu saya nhe.ish !
Dr.mujahidah : ana rasa akak pon kena keakhawatan.mana ada WEI,ROCK tu.haha.
adeq:bhahaha..da agak da ant mesti melenting pny...ala xrampas la...
Dr.mujahidah tu blaja dari ant la..ke dari ana?sape stat dulu kat HO?
gua rampas madu hang kang baru tau.haha.
ana rasa sebelum HO lg kot.hehe.macam-macam siswi ~
huah10x....gelak tguling2 baca entry nih...buat malu jer....anyway...malu btanya sesat jln kay....
adeq: cis! kajang pak malau kajang berlipat, kajang hamba mengkuang lalu, kalau tuan hamba BERANI, buatlah!!hahhaha *kekejian dalam gelak
dfadr: ala tu namanya blajo... experience is the best teacher.. walaupun experience ni xbole dibongkarkan kepada anak cucu. yup3..bak kata ustaz zul Ramli, "jangan bertanya kepada kejahilan kerana ia menjawab" zaasss..jawapan kejahilan akan menyesatkan..maka kalau x tahu, sila tanya kpd yang tahu dgn cara yg kreatif dan tidak memalukan...hehe..
Post a Comment