bismillahirramanirrahim
bukankah Kami telah menjadikan bumi sbagai hamparan, dan gunung sebagai pasak?dan kami menciptakan kamu brpasang-pasangan, dan kami jadikan tidurmu untuk istirahat, dan kami menjadikan malam sebagai pakaian. (78:6-10)
zahirlah sifat2 kesempurnaan Allah pada penciptaanNya. Segala yang diciptakan sangat saling memerlukan dan melengkapi. Dijadikan malam itu masa untuk beristirahat. isnin baru ni, saya tak boleh tidur. study dan online sahaja malam tu.Maklumlah study week.. langsung tidak dapat melelapkan mata. Terus sambung dgn pekerjaan lainnya sehingga 5pagi. sempat tidur diatas meja belajar selama lebih kurang 10minit sebelum azan subuh. lepas subuh saya masih tak dapat juga lelapkan mata. Saya sambung mencerna Chemical Reaction Engineeering sehinggalah jam 850. Alamak dah 850!!!!! saya bermalam dibilik akhwat malam tu. segera saya mengemas barang2 dan berangkat pulang ke kolej saya. saya ada temu janji dengan orang tersayang di masjid larkin jam 10pagi.
usai bersiap dan solat dhuha, aduhhh mata dah mula rasa memberat. Lawan jugak! kena tunaikan hak org lain. amek roti, kunci kereta terus saya bertolak ke larkin sambil bersarapan dalam kereta. mujur jalan tak sesak. saya berjaya sampai 958pagi. Tapi mereka belum sampai lagi. Sementara menunggu, saya membaca buku sambil tersengguk sengguk.
pertemuan berjalan dengan lancar alhamdulillah. tiba masa berangkat pulang. Baru jam 1215tgh hari. Saya balik ikut jalan tampoi. wahhh! betapa panjangnya jammed! Banyaknya trafik light. mungkin masa saya pilih untuk keluar tu tak strategik. Waktu lunch hour kot. wahai! saya sangatlah tidak dapat membendung rasa mengantuk. Walaupun buka radio, tetap sahaja tak dapat mengurangkan rasa mengantuk saya. Tambah pula DJ yg bertugas memutarkan lagu yang sangatlah mendodoikan. Lagu2 etnik kreatif pula. Sumpah mendodoikan. Trafik light sgt lama sbb simpang yg sgt byk. Dan percayalah! Terlalu lama menunggu lampu merah bertukar hijau telah membuatkan saya tertidur dengan sangat lena!!! ya, saya tertidur dekat trafik light depan menara lembaga hasil sebelum angsana. Di situlah tempatnya! ngantuk sangatttt!
tak tahulah berapa lama saya tertidur, yang kejutkan saya seorang lelaki cina separuh umur, ketuk2 pintu kereta saya. wahaiii!!sangat maluuuuuu.. bukak mata, da takde kereta kat dpan. mujur paling depan dekat lampu trafik tu ada kreta rosak.jadi, org lain mgkin takkan pernah sangka saya juga adlah punca kesesakan.hoho!
jadi, inilah yang terjadi bila kita mlawan fitrah. Malam untuk berehat, namun saya telah menyalahgunakan malam untuk mebuat perkara2 lain. Moralnya, tolong jgn memandu dalam keadaan anda tidak bersedia. ^_^ nanti akan menyusahkan orang lain sahaja.
islam agama fitrah,sesuai dengan keperluan manusia.segala kewajipan yang di taklifkan kepada kita semuanya punya signifikan tersediri dalam hidup kita. Ada kelebihan dan keperluan pada tubuh atau seluruh kehidupan kita
terhadap segala kewajipan tersebut. wallahua'lam.
7 comments:
tu lah g tido skrg..sekarang da pkul bpe wat post.aduiyai
salam. haha, ana mengucapkan takziah atas malu ant tu. kalau x kena maki o.k la ukhti.
lain kali kalau nantok tido la kejap tepi jalan k, barang lima minit. hargai nyawa ant, ingatlah org yang ant sayang tu (ana la) hehe.
sahabatmu:ana da tido dulu la..tu baru bangun tu,..ana tido awal kot smalam sampai terlepas slot kat ikim..huhu
adeq:tido tepi jalan? ant tak sayang ana ape ke? inshaAllah ana akn pastikan perkara ini tak berulang.
antara sebab kenapa banyaknya kes terjadi di kalangan pendakwah adalah kerana bersangatan dalam bermusafir hingga mengabaikan soal keselamatan.
apatah lagi bagi seorang akhwat.
sebab itu bagi pemusafir, rasulallah menganjurkan bermusafir lebih dari seorang, saranan ini diberatkan lagi kepada muslimah kerana ada hadith saranan nabi untuk muslimah bermusafir dengan mahramnya.
nasib baik tertidur di jalan yang ramai orang, bgmn kalau tertidur di jalan yang gelap dan tidak ramai orang.
itulah hikmah dari saranan rasulallah saw.
akh zikri: ana bukan bermusafir sgt pn.. sebab ingat boleh control lagi.larkin ngn skudai dkt je. rupenya tak bole jgk.. tak sengaja tertido.
ttg bermusafr kena lebih dari seorang tu bukan jatuh wajib kan? cuma sgt dianjurkan. rasulullah suka kan? iallah next tym lebih berhati2. jzkk 4 info.
ada orang terharu... hehe.
ana tidak layak untuk memberikan fatwa, cuma boleh mengambil hukum dari apa yang sudah ditetapkan oleh Nabi Muhammad kemudian ditafsirkan oleh ulama hadith yang terkemudian.
bab musafir wanita muslimah sudah diperjelaskan secara panjang lebar.
maka, bolehlah kita mencari beberapa fatwa penting berkenaan musafir wanita.
antara web yang sangat bagus dalam hujah dan dalil yang kuat adalah web almanhaj.or.id, search safar muslimah.
Post a Comment