Friday, February 24, 2012

pilihan

bismillahirramanirrahim

Dalam sebuah kelas yang hingar dengan berbagai ceritera manusia, tiba2 senyap dengan langkahan kaki pensyarah yang baru saja sampai.

"aik? ye ke dia ajar kelas ni? x salah ke?"

"patutnya dia ajar kelas mana weh? sape lecturer kita patutnya?"

"hmm...tgk buku yg dia bwk..nmpak perkataan economy."

"eh btol la dia ajar kelas kita! Dr agus ajar project management"

"apa kabar semua? oh semua melayu dalam kelas ni. eh seorang india."

"ok, kita jumpa lagi kan sem ni.. ok saya nak tanya, what come across your mind bila pertama kali nampak nama subjek ni, Engineering economy?"

"byk calculation"

"duit"

"ha duit!" bederai gelak memenuhi ruangan tersebut.

"sebenarnya subjek ni bukan ajar pasal nak buat duit sangat.. subjek ni banyak kepada mengajar kamu membuat pilihan. Nak terima atau tolak projek. nak sain atau tak. Nak pilih CIMB konvensional interest 10% annually atau nak pilih islamic banking yang tade unsur riba? ha pilih la! nak cepat kaya, melabur la kat CIMB 10% bila 10 tahun awak dapat berapa? banyakkan? cepat sikit kaya..cepat sikit masuk neraka kan? ha pilihlah!" sarkastik bunyinya.

tapi sebenarnya, sebagai seorang engineer atau siapa pun kita, tetap saja hidup ini adalah pilihan. apa sahaja yang kita tempuhi sekarang, adalah juga pilihan yang telah kita putuskan utk kita lalui. jadi pilih jangan tak pilih! Sebenarnya saya sangat eksaited nak belajar subjek ni. Tambah pula yang ajar subjek ni adalah pensyarah fluid mechanic saya dulu. Belajar dengan dia mmg sempoi. Tak banyak rules. Tapi strict nak bagi markah. Strict dia pun bersebab! saya suka style dia mengajar. Dan sangat mengejutkan saya apa yang telah diperkatakan dalam kelas semalam. Dr dah berubah.. getus hati saya. banyak sebenarnya perubahan dia.. Dr mmg suka bercerita dalam kelas. Dulu mase kelas Fluid pun dia suka cerita pengalaman dia sebagai pelajar yang sukses, dan agak keduniaan juga, dan satu lagi dia suka cakap perkara2 yang salah (mungkin menurut dia x salah) tentang cinta la biasanya. (haaargghh.. mcm2 cite dia dulu..sakit hati pun ada..tapi maniskan muka je..adab sebagai pelajar kan..) tapi apa yang berlaku semalam agak mengejutkan. saya agak terkesima dengan "ceramah" dia dalam kelas semalam. Alhamdulillah, ada benarnya kata2 beliau semalam, semakin kita berusia, kita akan semakin cenderung pada kebaikan. (walaupun ayt dia bukan camni tapi lebih kurang la)

MENERIMA HIDAYAH ITU SATU PILIHAN

Hidup ini adalah pilihan. Sebenarnya kita terima atau tolak hidayah itu adalah pilihan kita. Dan pilihan kita jugak lah nanti akan menentukan ke syurga atau neraka akhirnya kita. Dengan erti kata yang lain, ke syurga atau neraka kita yang pilih sebenarnya. Allah dah beri peringatan dan pelbagai anologi dalam al-quran untuk kita manusia yang berakal ini berfikir. anataranya;

"...dan Kami telah menetapkan akan kami isi neraka itu dengan jin dan manusia" [32:13]

Allah dah beritahu kan, neraka itu akan dipenuhi dengan jin dan manusia, jadi, kita pilihlah nak jadi mereka yang diisi kedalam neraka itu atau tidak. Allah kurniakan akal untuk kita berfikir dengan rasional, jadi tolonglah gunakan.

"..mereka mempunyai mata, tapi tidak di gunakannya, merka mempunyai telinga tapi tidak digunakannya, mereka mempunyai hati nurani tapi tak di gunakannya. mereka ini seperti haiwan ternak bahkan lebih sesat lagi" [7:179]

saya rasa anda dah familiar dengan ayat ini. Jadi, tolonglah jangan merendahkan diri anda sevel dengan lembu, kerbau, kambing yang tak berakal. Yang tahunya makan tidur dan menyusahkan orang. (lembukan suka duduk tengah jalan pastu mengahalang lalu lintas. kan menyusahkan namanya tu)

HIPROKRIT DALAM BERUBAH

"Akak, saya nak tanya, macam mana saya ni ea? saya rasa nak berubah. rasa nak pakai stokin, handsock, labuhkan tudung, tapi saya takut berat sangat.'

"berat maksudnya?susah nak istiqomah."

"haah."

"ubahlah perlahan2. Pakai tshirt muslimah dulu, then pakai stokin, pastu handsock, dalam masa yang sama perlahan2 tukar style tudung."

"pernah kak saya buat macam tu tapi terhenti tengah jalan sebab saya rasa saya tak ikhlas. Kadang2 rasa hipokrit. Kawan2 pun kadang2 kalau nampak kita berubah sikit, diorang mula la usik2..jadi saya pun tak teruskan."

"tak ikhlas? rasa hipokrit ea? urmm.. berdosa tak kalau akak jaga mak akak yang tengah sakit dalam keadaan hipokrit?"

"tak dosa la! Mak sakit kot kak..akak kena la jaga..kan kita dituntut untuk berbuat baik pada ibu bapa macam yang dulu akak pernah cakap."

"kalau akak solat dalam keadaan terpaksa, dosa tak?"

"tak sebab solat tu wajib"

"menutup aurat?"

"wajib"

"menutup aurat dalam keadaan terpaksa?"

"wajib la maknanya kak?"

"ya, wajib tu maksudnya?"

"nak tak nak kena juga buat"

"jadi, rela ke, terpaksa ke hipokrit ke, tetap wajib tutup aurat. Tak berdosa pun kalau kita tutup aurat dalam keadaan terpaksa atau hipokrit sebab itu dah mmg tuntutan agama. Yang berdosa adalah bila antunna dah tahu pakaian antunna tak menutup aurat, kmudian sengaja tak nak perbaiki. Terus dengan pakaian kita yang ketat, jarang, singkat dan style2 lainnya. Tak berubah setelah sampai ilmu kepada kita, itu yang berdosa. "

"tapi kak, kalau kita buat sesuatu kan mesti kerana Allah. kena ikhlas baru amalan diterima"

" betul. macam dalam hadis pertama arbain nawawiyah. jadi, kalau kita terpaksa kita tak dapat apa2. pahala tak dapat, dosa pun tak dapat. yang dapat mungkin penat je. Jadi, janganlah kita sia2kan usaha kita. Once kita rasa terpaksa, kita perbaharui semula niat kita. ikhlaskan diri. Allah menilai niat kita yang paling latest."

"inshaAllah kak, doakan kita semua"

"inshaAllah sama2 kita perbaiki lagi cinta kita pada Dia. Kalau dah takde apa2 lagi, sekarang pun dah lewat, jadi kita tutup halaqoh kita. akak serah majlis kepada MC"

sekian...-kesejukan dalam library fakulti buat post ni-..

6 comments:

D'Fadzr said...

hahah...cam kena dgn persoalan yg dibangkitkan sblm ni....

D'Fadzr said...

I watch Oprah at NTV7 this morning regarding the women lifestyle of other country i think, there is a viewer (woman)from dubai asked questions by Oprah, "are the older women in Dubai should wear cover for their face as you didn't wear it?". The Dubai woman said that wearing the burqa and abayas in dubai is not something religious in nature but rather a cultural practice of the women in dubai ...
so, covering the aura in dubai is not a religious obligation? cover the aura is culture? hmmmm......depa mazhab apa ek? apa hukum ttp aurat in other mazhab?

Nurul said...

pendapat saya kak, hukum tutup aurat tu bukan ikut mazhab.

yg mereka maksudkan dengan adat adalah burqa' dan abaya tu.

contoh macam adat kita, pakai baju kurung.

Allah kata tutup aurat. jadi, kalau org islam di malaysia, biasanya pakai baju kurung.
org islam di dubai,mesir,sudan biasa pakai abaya.

dan itu bukan bermakna T-shirt atau blouse xboleh pakai.

pakai lah apa saja, asalkan tutup aurat. dan bukan balut aurat :)

pastu kalau pasal mazhab pulak, kita ada 4 mazhab kan. dan semua mazhab percaya, wajib tutup aurat.

cumanya, ada bahagian2 yang khilaf/berbeza berbanding mazhab lain.

contoh kita mazhab syafie, wajib tutup semua kecuali muka dan tapak tangan. maknanya, kaki pun termasuk.

ada mazhab lain, tak wajib tutup kaki. cm tu la lebeh kurang. mungkin akak boleh btanya pd org yg lbih berilmu. huhu. sy ni kurg ilmunye. :)

wallahu'alam

Unknown said...

nazirah: kebetulan pula sama.. i sepakat dengan cik nurul. i believe tht semua mazhab tu sepakat menutup aurat tu adlah religious obligation. tiada mandatory. tentang menutup aurat, ada di sebutkan dalam quran antaranya surah annur ayat 31. dan surah al ahzab ayat 59. cumanya praktikal menutup aurat tu tak disebutkan dlm quran. i mean, mcm mana nak tutup aurat. tapi dlam al ahzab ayt 59 tu dia suruh wanita yg beriman agar melabhukan pakaian melepasi dada. itu salah satu praktikal menutup aurat.

macam solat, dalam al quran takde secara sepenuhnya praktikal camne nak solat. rukun2.. kerana itu rujukan kita bukan sebtas al quran sahaja, bahkan sunnah adalah rujukan kita selepas al quran. rasulullah tunjuk mcm mana nak solat. dari takbiratul ihram sampai beri salam.

utk kes aurat pulak, rasulullah ada menegur puteri baginda agar org yg da baligh kena tutup seluruh tubuhnya kecuali muka dan tangan.

wallahu'alam

nurul: kenapa komen byk kali ukht? neway, jzkk ^_^

Followers