bismillahirramanirrahim
Nurul Fairuz gusar memikirkan ke mana hala tuju keluarganya pada malam itu. Dia sangat berharap kehadiran keluarganya ke bumi Batu Bersurat itu tidak berlalu sia-sia dan penuh kebosanan. Namun, dia juga tidak pasti ke mana tempat menarik utk mereka tuju kerana dia masih tidak arif selok belok daerah Manir itu. Kakak sulongnya akhirnya memutuskan utk membawa mereka sekeluarga ke Kuala Terengganu. berjalan-jalan di bandar menikmati waktu malam dan berjalan kaki. Sengaja memilih utk berjalan kaki setelah kereta di Parkir berdekatan Pantai Chendering. Jalan punya jalan, tak sedar sudah memasuki jam 11pm. Anas, anak kepada kakak sulong perlu bersekolah pada keesokan harinya.
Akhirnya Nurul Fairuz mengajak kakak-kakaknya pulang kerana memikirkan Anas yang akan liat bangun esok pagi. Abang Fikri suami kepada kakak sulong memandu mereka sekeluarga pulang dengan MPVnya. Sesampai sahaja di rumah, jam sudah menunjukkan satu pagi. Mereka sekeluarga menyiapkan anak masing-masing untuk tidur. Kemudian bergilir-gilir menunaikan solat isyak. Ketika Nurul fairuz hendak solat isyak, ternyata dia sudah terlambat utk berjemaah dengan abang iparnya itu. Dia menunaikan solat isyak sendirian dan dalam masa yang sama abang iparnya bangkit menunaikan solat sunat 2rakaat. selesai salam beliau bangkit lagi menyambung 2 rakaat. selesai salam, bangkit lagi. Rakaat terakhir. Doa dan munajat yang panjang. Nurul Fairuz yang hampir seminggu tidak menunaikan qiamullail merasa termotivasi melihat abang iparnya.
Pernah suatu ketika, kakak sulungnya berkata "masa belajar dulu memang bercita-cita nak cari ustaz buat suami, tapi takpelah tak dapat ustaz pun Allah bagi yang Barunakstat (baru nak start) pun okla"
Nurul Fairuz menhitung diri. Dibanding dengan abang iparnya yang perlu keluar pagi dan bekerja esok, dia lebih santai dan punya banyak waktu berehat. Tapi mengapa harus malas dan berat menunaikan qiamullail?? Selesai berdoa, dia bangkit menunaikan solat2 sunat.
Vitamin qiamullail bersisa hingga keesokan harinya. sudah 3hari dia terlepas dan sengaja melepaskan solat sunat dhuha. Pagi itu usai menjemur baju dan mandi, solat dhuha didirikan. Al quran yang lama terpisah kini diusap dan dialun setengah juzuk.
The End.
Semarakkan cinta rasul. Yang pada mata kita cetek agama terkadang lagi hebat amalnya daripada kita yang punya BANYAK ilmu tapi SEPI medan amalnya. SEKIAN!
1 comment:
mudah2an suamiku jadi teladan yg baik ~NANO D'Fadzr~
Post a Comment