Monday, June 17, 2013

Makan roti canai pun perlukan Kuah!

bismillahirramanirrahim

"angah busy tak? meh jap tolong ajar aku trigo..tak faham la macam mana nak guna rules tu semua." abid mengambil tempat dibirai katil berhadapan dengan zatie. 

"sekejap ea. angah tengah isi mutabaah korang ni. Nak evaluate sekali. Lagi 20minit angah free." zatie sibuk mengalih dan mencatit kertas2 kecil yang tertulis mutabaah 6orang mutarabbinya termasuk abid. Abid yang memerhatikan kakaknya sejak tadi bingkas dan menuju ke pintu bilik, "angah cepat sikit tau. aku tengok tv dulu sementara tu." 

********************************************

angah: so, kau ikut rules yang macam dalam handout ni. Aku da laminate sejak zaman aku SPM lagi.

Abid: yelah2.. thanks. mudah-mudahan dapatlah terkenan excellent ko dengan pakai khazanah2 ko ni.

angah: syirik dowh pecaya camtu. Mana ada aci nak main terkenan-terkenan je nak berjaya. Kena usaha.

Abid: aku usaha dah la. Ko nampak aku buat buku latihan ni, bukan buku sekolah pun aku inisiatif sendiri  kot. Dah kira rajin aku ni kot. Hujung minggu macam ni aku tak merambu dengan kawan2.. paling2 hujung minggu aku dengan kawan2 kau la.

angah: iyela abid.. kau ni aku cakap sebaris ko cakap seperenggan. aku cakap seperenggan, satu kertas karangan kau jawab!

Abid: you better know me.

angah: Tapi kan bid, ko lack sikit la usaha part yang lain tu. Sebab tu kot kau ni susah faham sikit even ko dah revise banyak kali and dah cuba try buat banyak latihan.

Abid: which part?

angah: Mutabaah ko.

Abid: huh.

angah: no offenses ok. Aku just nak sedarkan ko la in case ko mmg jenis kaki tak sedar diri kan, know what, ko punya mutabaah tak pernah luar biasa. Biasa2 je... Yang capai target benda yang sama, yang tak capai target pun benda sama jugak. ko setakat ni x penah go beyond target la. paling maksimum cukup2 capai target. Tau x zahira yang baru ikut halaqah tahun ni pon da start istighfar 500x seminggu, ma'tsurat 5, qiam pun dah capai target. Ha, cakap pasal qiam, kenapa aku tengok ko dari pada 3 minggu lepas asek tak lepas je qiam?

Abid: aku tak tersedar la..sedar2 da subuh je..

angah: ko kunci jam tak?

Abid: kunci je tapi tak terbangun pun.

angah: ko bangun nak matikan jam je? ayah kan tak bole bising2 pepagi..

Abid: yelah aku bangun nak matikan jam je la

angah: see, ko punya keinginan tak kuat. Kemahuan tak bersungguh ntah2 takde keinginan nak bangun pun, so Allah pun taknak tolong org yang tak nak tolong diri sendiri.

Abid: Angah, skin deep la ko.

angah: it ain't crime right?

Abid: it does! ko ni angah, kau tau x aku mmg nk bangun betul, tapi nak buat camane, tak terjaga. Ala lagipun benda sunat je.

angah: Benda sunat la kena jaga betul2. If benda sunat pun ko boleh ringan2kan, tak mustahil la sooner or later benda yang wajib pon ko hikayatkan jugak..

Abid: Aku tak mampu ngah.. I know myself better. Lagipun ko penah dengar tak hadith yang rasulullah cakap dekat isterinya, Aishah amal yang paling dicintai Allah adalah amal yang istiqomah. So, biar sikit asalkan istiqomah ngah. Tu yang penting, jangan gelojoh.

angah: Indeed. Tapi ko x pelik ke kenapa ko bole dengan rela hati buat latihan admath berkajang-kajang dihujung minggu yang damai ni. Dah la almost setiap petang ko ada kelas bukhari tu. Balik pukul 6 setiap hari. Malam pulak 3hari seminggu tuisyen kat oliven. Pastu skang ni wiken kot. Dah siap kerja sekolah tak payah la susah payah nk buat latihan admath ni. Ko tak penat ke?

Abid: La angah kejayaan bukan datang bergolek ape..,lagipun tu dah tanggungjawab aku as student la kan. Aku nak SPM kot tahun ni, periksa besar, which determine future path aku nnt camane. Aku tau tahap IQ aku tak se'brilliant' ko. Belajar sikit pun da bole cepat tangkap. Aku ni mmg kena banyak membaca, buat latihan banyak2, discuss dengan cikgu masa kelas bukhari baru la aku bole faham. Aku x gifted macam ko. Ala lagipon setahun ni je work hard sket, nnt da lepas SPM aku enjoy la puas2, tinggal semua buku2 ni..

angah: Then takde istiqomah da kat situ.

Abid: Pardon, which part yang aku tertinggal ni?

angah: naa... tadi ko cakap u know yourself better kan? untuk hal study, aku rasa ko kenal la kot diri ko. Tapi untuk hal iman ko tak cuba kenal diri ko n tak cuba nak improve diri ko. Just now ko kata amal yang paling dicintai Allah adalah yang istiqomah, so ko rasa as long as ko buat mutabaah tu da kira ok la even tak capai target yang penting istiqomah walaupun sikit. So how 'bout study ko tu? belum pun habes lagi aku rasa kalau ikut hukum logik da mmg tak dicintai Allah la kot. Sebabnya ko mmg da niat da pun nak tinggal semua buku2 ni kan? Nampak tu betapa ko mmg da niat utk tak istiqamah pada study kan? 

Abid: angah itu hal dunia la angah.. apa kait dengan istiqomah pula ni?

angah: Double standard. Kenapa nak pisahkan study dari agama? kan aku dah explain study tu ibadah as long as niat and cara pelaksanaannya tu betol. Untuk hal dunia yang ko faham tu, ko sanggup penat lelah, cari kelemahan diri untuk diatasi supaya bole score exam. Yet, untuk iman ko, specifically mutabaah ko, did u ever think how to improve your mutabaah, ko penah analyze apa halangan terbesar ko untuk berubah, and sekaligus fikir solusi utk masalah tu then mutabaah ko become better. ever these questions came across your mind once?

Abid: nope. tak pernah

angah: Sebab tu Allah kata bertaqwa semampu kita tu perlu sama2 disertakan ketaatan kepada Allah dan rasul, serta perlu infaqkan harta yg terbaik utk diri kita dan jaga kita dari sifat kedekut. ko tengok surah 64:16 nnt. So, ko kena setkan masa utk buat mutabaah tu bukan tunggu masa lapang, kena korban sikit masa bukan main aci sempat tak sempat je. Abid, ko kena ingat selalu, kita kat dunia ni ada mission utk menjadi khalifah dan hamba di bumi Allah ni, bukan utk kita mengaut segala kekayaan dan kesenangan yang ada kat dunia ni. Jangan tertipu. know what, dari effort ko ni, mungkin ko boleh excellent SPM, tapi sorry takde siapa jamin ko akan amek SPM tahun ni, mana tau ajal ko before SPM ke..

Abid: ko doakan aku mati cepat ke ngah? 

angah: Bukan la bid, ingat mati ni dapat pahala kan.. just nak mengingatkan ko ngan aku. Lagipun betul apa, bukan aku nk doakan ko mati cepat, cuma Imam ghazali penah cakap yang paling dekat dgn manusia tu kan kematian. So, bagus apa if kita sentiasa merasakan malaikat izrail selalu mengintai kita.

Abid: I see.. betul juga tu. Cikgu2 aku pun ada cite jugak ramai student yang eksiden meninggal dunia sebelum SPM, instead yang meninggal dunia sbab nak g sekolah jawab SPM pun ada! huh.. salah letak priority la aku cenggini

angah: Belum terlambat untuk berubah n betulkan keadaan kan?

Abid: yup! Ngah, ko nak qiam kejutkan aku ea!

Wednesday, June 5, 2013

Survey The State of the Soul

bismillahirramanirrahim

Sebelum meneruskan, kita watch short vid ni kejap

Selama 22 tahun hidup ni saya memang mati-mati la pecaya sunnah puasa 27rejab tu. hadoi...padahal exact tarikh israk mikraj pun kita tak tahu.. Paling mendukacitakan, bid'ah kot kalau kita niat puasa tu sbb kononnya ada fadhilat tertentu. Dah banyak tahun la saya buat perkara bid'ah kalau cenggitu. ok first, saya bukan ambil jurusan agama ya. Jadi apa yang saya tahu adalah berdasarkan apa yang sampai pada pengetahuan saya. sila bersopan santun utk membetulkan kesilapan saya if any. 

Jadi, pada hemat saya, untuk memperingati peristiwa israk dan mikraj yang mana dah terakam pun israk tu dalam surah al-israk ayat 1 dan mikraj dalam surah an-najm bermula dari ayat 13, elok la kita ambil pelajaran dengan memanfaatkan tarikh ini sbg satu alarm utk kejutkan kita semula bahawa, ummah sedang tenat, dan dunia perlu disembuhkan. Bahkan bumi Israk itu perlu dikembalikan semula kepada umat Islam. Di mana-mana ceruk dunia umat islam ditekan dan ditindas dengan sangat dahsyatnya oleh kaum kuffar. Diperangi secara fizikal dan psychological terus menerus. Semakin hari semakin membuak darah muslimeen muslimat membasahi bumi. Semakin jauh umat islam kini dengan jati diri dan identiti muslim yang harus ditunjukkan lewat setiap gaya hidupnya. 



Maka, gunakan tarikh ini sebagai satu wake up call utk kita cuba mengubah kondisi ummah. Tak payah pergi jauh sampai palestin, chechnya, naratiwat, vietnam, syria, lebanon atau mana-mana negara yang bergolak. Tengok diri sendiri dan persekitaran kita dahulu. Ubah diri kita dan orang2 di sekeliling kita agar kita sama-sama merapatkan saff, bersungguh-sungguh meluruskan aqidah kita, memantapkan iman kita, meninggikan syiar islam, meninggikan kalimatul haq, melentur dan menundukkan hawa nafsu kita agar sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah. Hingga akhirnya islam benar2 tertegak dalam diri kita dan persekitaran kita, hingga benar2 Allah, Rasul dan Jihad menjadi top priority kita, menjadi kesibukan dan tumpuan kita. Setelah itu, moga muncul peribadi-peribadi seperti saidina hamzah asadullah, umar al-faruq, abu bakr as-siddiq, thufail bin amr, muaz bin jabal, jundub bin janadah, kaab bin malik, bara bin malik dan seperti para sahabat, tabi'ien, tabi' tabi'en yang lainnya. Yang mana mereka ini begitu ghairah mencari syurga, ghairah untuk menjadi syuhada' . 


Saat itu, jangan berani2 maruah dan darah umat islam diinjak-injak! Jika di africa seorang muslimeen dibunuh oleh kaum kuffar, maka nantikan kehadiran bala tentera muslimeen dari Malaysia sendiri utk menuntut bela. Pada waktu itu, maruah wanita2 islam kita terjaga, nyawa umat islam seluruhnya terpelihara. Dan bumi barakah lokasi peristiwa Israk itu dapat ditawan kembali seperti mana yang pernah berlaku ketika Perang Salib yang dipimpin oleh Sollahuddin Al-ayyubi. Impian ini hanya akan terlaksana jika benar2 kita mahu berkomitmen dengan agama ini. Dan usaha ini perlu dimulakan dengan sekecil2 perubahan dan keazaman yang kuat dalam diri setiap individu muslim.! Bukan duduk pung pang pung pang berjela-jela bagi tazkirah pastu balik bilik main game, sebuk fb, tido berpanjangan, makan tak ingat dunia, ikhtilath tak jaga, tahajjud tinggal, tilawah satu juz seminggu, marathon movie tak hengat dunia, lepas stairway to heaven, twilight lepas tu Merlin pulak pastu smallville pulak, pastu dah habes cite omputih layan SSID pulak, pastu cinta dan wahyu konon2 islamik padahal lagi byk buang masa dariapada gained faedahnya cerita tu...pastu nak expect islam menang.. come on people, wake up! Ini bukan agama magic, duduk goyang kaki pejam mata, pastu *ting* khilafah tertegak. nope. Jom berubah!



Sekian Wallahua'lam.

Followers