Wednesday, June 5, 2013

Survey The State of the Soul

bismillahirramanirrahim

Sebelum meneruskan, kita watch short vid ni kejap

Selama 22 tahun hidup ni saya memang mati-mati la pecaya sunnah puasa 27rejab tu. hadoi...padahal exact tarikh israk mikraj pun kita tak tahu.. Paling mendukacitakan, bid'ah kot kalau kita niat puasa tu sbb kononnya ada fadhilat tertentu. Dah banyak tahun la saya buat perkara bid'ah kalau cenggitu. ok first, saya bukan ambil jurusan agama ya. Jadi apa yang saya tahu adalah berdasarkan apa yang sampai pada pengetahuan saya. sila bersopan santun utk membetulkan kesilapan saya if any. 

Jadi, pada hemat saya, untuk memperingati peristiwa israk dan mikraj yang mana dah terakam pun israk tu dalam surah al-israk ayat 1 dan mikraj dalam surah an-najm bermula dari ayat 13, elok la kita ambil pelajaran dengan memanfaatkan tarikh ini sbg satu alarm utk kejutkan kita semula bahawa, ummah sedang tenat, dan dunia perlu disembuhkan. Bahkan bumi Israk itu perlu dikembalikan semula kepada umat Islam. Di mana-mana ceruk dunia umat islam ditekan dan ditindas dengan sangat dahsyatnya oleh kaum kuffar. Diperangi secara fizikal dan psychological terus menerus. Semakin hari semakin membuak darah muslimeen muslimat membasahi bumi. Semakin jauh umat islam kini dengan jati diri dan identiti muslim yang harus ditunjukkan lewat setiap gaya hidupnya. 



Maka, gunakan tarikh ini sebagai satu wake up call utk kita cuba mengubah kondisi ummah. Tak payah pergi jauh sampai palestin, chechnya, naratiwat, vietnam, syria, lebanon atau mana-mana negara yang bergolak. Tengok diri sendiri dan persekitaran kita dahulu. Ubah diri kita dan orang2 di sekeliling kita agar kita sama-sama merapatkan saff, bersungguh-sungguh meluruskan aqidah kita, memantapkan iman kita, meninggikan syiar islam, meninggikan kalimatul haq, melentur dan menundukkan hawa nafsu kita agar sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah. Hingga akhirnya islam benar2 tertegak dalam diri kita dan persekitaran kita, hingga benar2 Allah, Rasul dan Jihad menjadi top priority kita, menjadi kesibukan dan tumpuan kita. Setelah itu, moga muncul peribadi-peribadi seperti saidina hamzah asadullah, umar al-faruq, abu bakr as-siddiq, thufail bin amr, muaz bin jabal, jundub bin janadah, kaab bin malik, bara bin malik dan seperti para sahabat, tabi'ien, tabi' tabi'en yang lainnya. Yang mana mereka ini begitu ghairah mencari syurga, ghairah untuk menjadi syuhada' . 


Saat itu, jangan berani2 maruah dan darah umat islam diinjak-injak! Jika di africa seorang muslimeen dibunuh oleh kaum kuffar, maka nantikan kehadiran bala tentera muslimeen dari Malaysia sendiri utk menuntut bela. Pada waktu itu, maruah wanita2 islam kita terjaga, nyawa umat islam seluruhnya terpelihara. Dan bumi barakah lokasi peristiwa Israk itu dapat ditawan kembali seperti mana yang pernah berlaku ketika Perang Salib yang dipimpin oleh Sollahuddin Al-ayyubi. Impian ini hanya akan terlaksana jika benar2 kita mahu berkomitmen dengan agama ini. Dan usaha ini perlu dimulakan dengan sekecil2 perubahan dan keazaman yang kuat dalam diri setiap individu muslim.! Bukan duduk pung pang pung pang berjela-jela bagi tazkirah pastu balik bilik main game, sebuk fb, tido berpanjangan, makan tak ingat dunia, ikhtilath tak jaga, tahajjud tinggal, tilawah satu juz seminggu, marathon movie tak hengat dunia, lepas stairway to heaven, twilight lepas tu Merlin pulak pastu smallville pulak, pastu dah habes cite omputih layan SSID pulak, pastu cinta dan wahyu konon2 islamik padahal lagi byk buang masa dariapada gained faedahnya cerita tu...pastu nak expect islam menang.. come on people, wake up! Ini bukan agama magic, duduk goyang kaki pejam mata, pastu *ting* khilafah tertegak. nope. Jom berubah!



Sekian Wallahua'lam.

No comments:

Followers