Sunday, July 7, 2013

^^Momento Final sem^^

bismillahirramanirrahim

Saya telah secara rasminya graduated as chemical engineering student (degree je pong) pada 13 jun 2013. Maka warkah ini adalah sbg satu dokumentasi utk saya sepanjang perjalanan saya berada di sem akhir di UTM. Banyak perkara best, horror, menyakitkan hati, rasa macam nak bunuh diri, nak bunuh orang lain, rasa macam nak belanja semua org kat bumi ni, or kdg2 rasa mcm nak isolate diri kat tempat yg jauh dari populasi manusia yg mengenali saya tlh saya alami beberapa kali sepanjang sem terakhir tersebut. 

Saya malas nak amek gamba or scan planner saya utk share kat blog ni.. Karang takut pulak manusia2 especially junior2 nk hadapi final year nnt. apapun, final year adalah satu tempoh yang haibat gilaks utk kita belajar ttg kehidupan dan kenali diri serta kecendurangan kita. First of all post ini mungkin akn bersambung2,  jadi mana2 part yg rasanya tak berguna dan tak memberi input, silalah anda melompat ke perenggan yg seterusnya.

Start sem, mid of february. A week ada masa utk menyusun jadual bagi sem ni. Dalam bulan ni kitorang di beri kumpulan, taklimat dan schedule utk plant design project kitorang. 1 group minimum 4org maximum 5. Semua student tidak terkecuali. Semua kena buat. So, While doing this project sebenarnya kita diberi satu gambaran serba sedikit how wuz life of an engineer actually and paling penting yg saya secara peribadi belajar adalah camane nak faham bos kita dan cuba utk mengurus tekanan kerja yg diberi oleh bos kita setiap HARI. Mujurlah ada teammates yg sgt supportive dan boleh la di bawak berbincang. Dalam masa yg sama juga, ada amanah dakwah yg kena fulfill. Final year ain't a reason utk kita skip dari dakwah. Sibuk ape sangat pon, plant design dengan 4 subjek elektif je la. Personally dakwah tu bukan beban pon. Sumpah gua cakap, banyak je masa gua yg digunakan utk perkara2 yg tak bermanpaat. Kalau disiplin diri betul2 sebenarnya banyak masa dan peluang utk kita cemerlang dan gemilangkan dakwah dan study.

Bulan 3 kitorang dah kena complete kan projek tu sampai MEB. Dahla nak buat PFD mcm nk gila, pastu nak kena defend lagi PFD tu kat supervisor. Bila da finalized then kitorg propose MEB berdas-das kitorg kena tembak dgn SV. Dan satu kerja yg agak diluar kewarasan insan yg diminta oleh sv adalah redesign semula PFD dan propose new MEB. say what?? no way... lemah lutut kitorg nak teruskan lg sesi meeting aritu. Last2 kitorg stick je dgn apa yg dah buat. Cepatkan kerja n present progress yg banyak utk next meeting so that dia lupa apa yg nak kena adjust utk meeting aritu. wahahahahaha! Gila ke apa nak redesign balik. tinggal lagi 3 minggu je nk interim presentation masa tu.. Dahla deals with biomass, aku pulak mmg alergi la dgn perkataan spt microbe, bioreactor, microorganism growth bla3.. aku x amek sains n bio utk SPM. SEKIAN! ..eh tak abes lagi.. Bulan ni jugak, a week before interim presentation saya dan halaqahmate di request oleh murobbiyah utk naik ke perak. BerJaulah. aiyoyo..Kalau ikutkan setan punya kehendak mmg saya tak berangkat la ke jaulah tu. Mujurlah saya jarang menginap di bilik single saya tu.. Jadi kurang sikitlah keberhasilan ajakan setan tu..hehehehe.. Well, sebenarnya tak ada alasan utk kita meninggalkan dakwah. If kita kata kita sibuk n nak tunggu masa kurang sibuk sikit baru kita akan ikhlas utk berdakwah, percayalah esok if kita da kurang sibuk n kita diberi pengarahan yg sama lagi, nescaya kita akn cari lagi alasan lain utk membolehkan kita escape dari pengarahan tu. Tak payah la anda nak menafikan.. Saya da alami pon..Jadi, berangkat dgn rasa terpaksa tu. Nnt dalam perjalanan tu ikhlaskan la niat. 

Jaulah mmg akan me"reveal"kan sikap kita yg sebenar..Kita memang blh knl watak seseorg dgn permusafiran yg panjang. Mencabar betul jaulah ni. Ada yg terlepas exit ipoh shah alam then exit tol sg besi, 1 ikut NKVE, 1 ikut guthrie. last2 kat tg malim berjumpa jugak tiga2 kereta. Walaweh gerak mlm2 mmg syiooook.. Then ziarah rumah akhwat yg dah mendirikan rumah tangga dan tlh pun ada anak. Akhwat yg sgt superb ketika bujangnya dahulu dan kini masih menyengat bahkan sharing dirumah beliau walaupun diganggu dgn ank2 akhwat (yg grrrrr bising btol) masih menyengat dan makan dalam!  Memang sentap ah. Terima kasih ukht! Pastu pergi cameron. Ini pertama kali saya ke sana. Aiyoyo byk jgk perkara yg memeningkan kepala ttg akhwat. Turun dari cameron mmg epic. Sayang takde sapa2 buat liputan berita je. Tak pela yg penting kami berjaya menyelamatkan 1 nyawa.

Bulan 4 macam biasa, plant design berjalan. Beban makin berat. Pastu test dan quiz bertimpa2 utk subjek2 elektif. Bulan ni juga kami buat daurah M.E.G.A. Sedikit demi sedikit kefahaman di tunjukkan melalui komitmen mad'u. Pastu di akhir bulan ni kami diminta utk ke kL. Hehehe sekali sekala kena give and take juga.. Seriously, saya mmg tak berapa nk dapat terima apa yg terjadi pada malam tersebut. Saya tak suka ditegur dan diancam mcm budak sekolah.. Dan mmg sampai saya bertolak balik ke johor pon saya masih tak dapat nak berlapang dada dengan apa yg terjadi. Kemuncaknya saya eksiden di lebuhraya tangkak-pagoh. Waktu tu hujan lebat gile. Saya pulak tak sedar diri bawak viva je pon perasan mcm bawak 4WD. Ikrimah mmg mengalami kecederaan yg teruk. Mujur kami tak ada apa2. Kami mmg sgt bernasib baik. Tadi saya tgk berita ada gadis kemalangan dan penghadang jalan menembusi kereta beliau dan beliau cedera parah. Cara kemalangan beliau dan saya sama. Cuma effect nya tak sama. Bila tengok berita tu saya rasa kehidupan saya pada hari ini mmg satu peluang yg sangat BESAR yg Allah beri. Saya tak bole sia2 kan nyawa ni dgn benda2 yg tak berpekdah dan buat perkara2 yg kecil. saya kena buat Big Thing!!!

Bulan 5 kegilaan memuncak. bulan terakhir utk siapkan plant design project. Presentation adalah pada 3jun2013. Bulan ni jugak la lecturer pon sibuk nak marathon buat second quiz, tests, assignments utk fill up carry marks. 4 elektif 4 cabaran setiap kali bangun pagi. Ala tapi salah kitorang jugak sbb tarikh quiz ngn test kitorg yg pilih sendiri atas suara majoriti, so kita patut bole prepare awal la kan.. Bulan ni dakwah mengalami penapisan. Alhamdulillah black pearl yg dicari semakin ditemui.

Bulan 6, final project presentation. Bukak booth, kena kritik juga dgn sv pasal seni hias booth kitorg. Hm nak buat mcm mana, mana la kitorg nak expect engineer kena jadi mcm kanak2 riang yg eager dgn warna warni . kitorg pakai 2 color je utk booth. ye la taknak warna warni nnt nampak tak matured dan tak professional. 5jun2013 1st final paper. (composite) 7jun paper optimization 10jun paper petrochemical 13jun paper matlab. 10.30am saya keluar dewan dan officially graduated!

END of sem. End of degree year. UTM wuz great learning place. MMg universiti tarbiyyah malaysia la!

2 comments:

izzah said...

so complicated

Unknown said...

apa yg complicated nye?

Followers