bismillahirramanirrahim
“eh kuatnya bau nasi minyak!! Dari mana datangnya ni?”
gurauan cikgu nazri disambut riuh oleh guru2 lain yg berada dalam ruang
pengajar. Cikgu nizam hanya mampu tersenyum dan menggelengkan kepala. Muak dan
jenuh dengan gurauan sedemikian rupa.
Ingatkan anak dara je kena usik macam ni bab2 kahwin..
hatinya mengomel
“saya nak tunggu ada tuan puteri yang minta rakyat jelata
masuk meminang cikgu.” Bidas cikgu nizam, tak mahu kalah.
“sudahnya tak menikah lah cikgu, mana nak adanya zaman
sekarang ni orang nak kahwin main pakai pengumuman bagai.. paling tak pun pakai
website soul-maker” cikgu hazimah menambah.
“akak tolonglah buatkan 1 akaun utk saya kalau macam tu.!
Saya pun takde masa nak google n fact find. Mana yang ok, akk roger saya je.”
Cikgu nizam tanpa nada menuturkan. Tangannya ligat menekan calculator, menjawab
soalan ujian 2 yg akan diadakan seminggu lagi.
"Ok la, nnt akk da buat akk inform kamu. Sibuk beno gayanya
cikgu nizam ni. Saya ke depan dulu la ya, student saya dah sampai tu.” 2 batang
marker dan pembaris besi dicapai sebelum cikgu hazimah menyarung kasutnya untuk
masuk ke ruang bengkel.
“Ya allah, lama sudah kutunggu dia. Aku sabarkan hatiku
menantinya. Ya allah, kau gerakkanlah hatinya untuk bertemu denganku. Aku tak
tahu ya allah, apakah dia jodoh yang Engkau takdirkan buatku. Ya allah sudah
tiba masanya buatku memahami erti pernikahan untuk beribadah kepadaMu semata.
Inilah masanya aku merasa aku ingin menikah kerana aku mahu beribadah kepadaMu.
Aku ingin mengejar pahala yang berlipat kali ganda yang engkau janjikan kepada
hambaMu. Aku tak mhu kerugian masa dan segala nikmat yang engkau berikan
kepadaku atas perkara sia2. Terkadang aku terlupa menundukkan pandanganku pada
wanita bukan muhrim, dan aku berdosa. Andai sahaja ada yang halal untuk aku
renungi dan menyenangkan hatiku. Aku terlalu ingin untuk membina keluarga yang
meninggikan syariatMu dalam isi kehidupannya. Dan aku tak temukan jalan lain
untuk mencapai seglanya ini selain dari menikah. Ya allah, tapi kau maha tahu
akan aku hambaMu yg sgt lemah ni. Apakah aku sudah mampu untuk berkomitmen, dan
hingga saat ini, ya allah, engkau maha tahu betapa sakit dan peritnya aku
menanggung perasaan rindu ini. Memendam perasaan ini sendirian. Hanya engkau
dan aku ya Allah.! “ pecah suara tangis nizam. Sayu dan lirih pengakuannya.
Kedua tangannya menutup wajahnya. Bahunya pula bergegar kuat kerana esakannya.
Sudah 6 tahun dia menunggu sesorang yang dia tak pasti
statusnya. 6tahun dia bersabar menunggu tanpa pengetahuan si dia. Masa yang panjang.
Kesabaran yang luar biasa. Hampir sahaja dia dijodohkan dengan zawiyyah. Oh,
tepatnya sekarang ini Dr Zawiyyah. Anak kepada rakan karib merangkap business
partner syarikat papanya, Serumpun Holdings. Tahun lepas, ketika papa dan
mamanya begitu mendesak nizam untuk segera menikah dan meyakinkannya untuk
menerima zawiyyah yang saat itu masih dalam pengajian. Ketika itu zawiyyah
sedang Clinical years di HUKM. Seorang gadis yg bijak, santun, sejuk mata
memandang, bicaranya sopan sekali, auratnya Alhamdulillah tiada yang akan
menjadi beban buat nizam. Setelah mereka dipertemukan dalam satu jemputan makan
malam di rumah zawiyyah, nizam menyatakan persetujuannya kepada mama untuk
menikah dengan zawiyyah.
Keputusan nizam diterima dgn sangat gembira oleh mama dan
papanya. Segera papanya menghubungi Dato’ Azman untuk bertanya bagaimana
jawapan puterinya. Namun, zawiyyah masih belum ada keputusan dan meminta
sedikit masa.
Hari berganti hari. Minggu berganti minggu akhirnya satu pesanan
masuk ke facebook nizam ketika dia sedang online tengahari itu.
Haura’ jannah is
now online
assalamualaikum. Cikgu nizam, saya zawiyyah. Ada 1 hal yang
saya ingin tanyakan untuk mendapatkan kepastian. Iaitu, adakah cikgu mempunyai
perancangan untk menyambung oengajian ke peringkat lebih tinggi iaitu master
dan PhD? Itu sahaja, syukran.
Mohd Shahrul Nizam
bin Badri
Waalaikumussalam. Oh, patutlah saya cari zawiyyah punya
akaun facebook tak jumpa. Rupanya pakai nama lain. Ok, ttg soalan zawiyyah tu,
to be honest sekarang ni saya takde sebarang perancangan pun utk continue master or PhD sebab saya nak fokus
pada career guru ni. Saya sekarang dah diamanahkan untuk jadi guru disiplin
sekolah, jadi terlalu banyak perancangan yg saya perlu fikir dan atur. Jadi at
this moment saya takde cita2 lagi la nk further study.
Haura’ Jannah is
now online
Okey, dalam 2 atau 3 tahun lagi mungkin akan sambung?
Mohd Shahrul Nizam
bin Badri
Mungkin tidak juga kot. Setakat ni saya memang tak nak
sambung belajar. Pada saya, tak kiralah apa pun kelulusan yang kita ada, pokok
pangkalnya adalah how can us contribute back to the society? If sambung blaja
hanya for the sake of dapat title Dr atau to be employed by company yg well
known and established, nak femes, nak kaya or apa2 la, itu semua spm leaver pun
bole buat. Nak penuhkan poket sendiri, nak kenyangkan perut sendiri, nak
puaskan nafsu sendiri. Tapi, yes! Tak sume orang yg ada higher edu. than
dengree bersikap camtu. Still ada yang fikir tentang society, but sorry to
said, most of them is not. Saya sendiri pun masih tak clear lagi niat, mission n vision
why do I need to pursue master. Tak kuat lagi alasan dan urgency of that.
Haura’ Jannah is
now online
Oh macam tu. Okey, terima kasih atas keterangan cikgu yg
sangat jelas. Cikgu ada nak tanya apa2 dekat saya?
Mohd Shahrul Nizam
bin Badri
J
okey, no worries. Uhm, nak tanya, zawiyyah akan habis belajar berapa lama lagi?
Haura’ Jannah is
now online
In sha allah 2 tahun setengah lagi. Okey, itu sahaja nak tanya? Saya da takde apa2 soalan lagi assalamualaikum
Mohd Shahrul Nizam
bin Badri
Okey, terima kasih. Waalaikumussalam.
Itulah kali pertama dan terakhir nizam berbalas mesej dengan
zawiyyah. Pada malamnya, usai nizam sekeluarga makan malam, papa dan mamanya masuk
ke bilik nizam. Ketika itu dia sedang menyiapkan persediaan untuk kelas
keesokan harinya.
“nizam, papa dgn mama ada nak bagitahu perkara penting ni.”
“apa dia pa? ma? Kenapa tak cakap masa dinner tadi?”
“sebab benda ni private, kalau x private tak perlulah mama
dgn papa kamu ni masuk ke bilik kamu. Depan along dgn shah tadi pon mama da
boleh bagitau kalau x rahsia.”
“wah, serius betul ni ma? Apa halnya ni?”
“petang tadi, dalam pukul 6, datin wana call mama. Dia cakap
zawiyyah tak dapat terima kamu.”
“lah, ye ke? Sebab apa dia reject ma? Baru je tengah hari
tadi dia message nizam kat fb. “
“sebab dah message dgn nizam la dia reject nizam. Dia
sebenarnya nak kalau boleh bakal suami dia tu mesti sama level atau lebih
tinggi la education-nya.”
“oh patutlah dia tanya nizam nak further master ke x. takpelah
ma, nizam rasa pun she deserve someone better, or actually, I, deserve someone
better.”
“nizam, kamu sambunglah study, apa yang susahnya? Bukan
senang tau nak jumpa org mcm zawiyyah tu. Sempurna segala benda kat dia.
Sambung belajar nnt pun menguntungkan kamu juga. Kan pa?”
“betul tu ma. Papa pun fikir mcm tu. Tapi. Yelah kan, kita ni tak bolehlah nak paksa anak kita ma.
Nnt bila da tak bahagia, kita pula yg dipersalahkannya.”
“thanks pa. takpelah mama, nizam okey je. Mama yakinlah,
Allah sedang mempersiapkan sesorang yg lebih baik dari zawiyyah untuk nizam,
untuk mama dgn papa jugak.”
Tapi itu dulu. 3tahun dulu. Kini usianya sudah mencecah 28
tahun. 2 tahun lagi jika dia masih mengekalkan statusnya, maka dengan segala
hormatnya akan mendapatlah gelaran bujang terlajak. Hingga ke saat ini nizam
masih menanti si dia yg dikenalinya 6tahun lalu. Meskipun dia pernah membuka
hatinya utk zawiyyah dahulu, namun dia menyedari bahawa keputusan itu tidak berjaya
memadam ingatan dan pengharapannya terhadap Nora. Si dia yang ditunggu selama
6tahun. Perasaan dan perhubungan ini aneh. Tapi kewujudan dan kehangatan yg
masih serupa walaupun setelah 6tahun tidak berhubung, ini jauh lebih aneh!
Ya rabbul izzati, tolonglah bisikkan pada hatinya kenangan
terhadapku. Terbangkan pada kotak fikirannya ingatan kepadaku.. Aku mohon ya
Allah…. Hadirkan dia ke sekolah tempat aku menabur bakti ini.
Mengikut perhitungan, Nora sepatutnya akan menamatkan
pengajian ijazah sarjana mudanya pada tahun ini. Tahun 2013. Jadi, mungkin
sekarang ini masa yg sesuai untuk aku menyuntingnya menjadi permaisuri hati
aku. Ahahaha… dah berapa kali aku berangan camni.. entah bile la Nora akan
kembali ke sekolah ni. Puas aku cari dia kat facebook tak jumpe. Ni mesti kes
guna nickname. Tu yg x jumpa tu. Ke dia takde fb..? Nora, lama mana lagi saya
kena tunggu awak? Tahun ni adalah tahun terakhir saya tunggu awak. Kalau awak
tak datang juga, saya terima je calon yg kak Hazimah nak adjust-kan tu. Haish,
desperado la pulak aku ni!
_______________________________________________________
Kini November sudah menjengah dan tirai oktober tak lama
lagi akan diturunkan. Bermakna, ada 2bulan lagi tempoh untuk nizam menunggu
kehadiran Nora. Nizam tidak tahu bagaimana untuk mencari nora. Ketika
berkenalan 6 tahun lalu nizam tidak pernah bertanya alamat Nora. Hanya ada no telefon sahaja. Itu pun sejak Nora masuk ke matrikulasi dia sudah tidak dapat menghubunginya lagi. Mungkin Nora sudah menukar no telefonnya. huh, 2 bulan lagi.
Masa yang suntuk.
Akankah hadir Nora sebelum berakhir tahun 2013? Bagaimana
perjalanan menuju ibadah pernikahan yg akn dijalan nizam? Nantikan episode
seterusnya! Bersama Nora atau calon kak Hazimah yang tak dikenalinya?
No comments:
Post a Comment