Saturday, February 6, 2010
Allah
isu kalimah Allah yang sekarang makin sunyi bicara tentangnya..ape ye keputusan akhir mahkamah?..sama2 kiata tunggu! shinju juz nak share je pendapat peribadi shinju berdasarkan kajian yg taklah banyak sangat..pada pendapat shinju, boleh je org bukan islam utk guna nama Allah yg dirujuk sebagai tuhan...sebab apa? sebab dalam al fatihah sendiri dalam ayat kedua dan dalam beberapa lagi surah lain banyak yg menyebut tentang Allah adalah tuhan sekalian alam. nak petik surah (2:139) maksudnya,[ katakanlah (muhammad), apakah kamu hendak berdebat dengan kami tentang Allah sedangkan Dia adalah tuhan kami dan tuhan kamu. bagi kami amalan kami bagi kamu amalan kamu, dan hanya kepadaNya kami dengan tulus mengabdikan diri.] rasulullah pun dah kata Allah tuhan mereka. memag Allah tuhan sekalian alam kan.. dan kita umat islam mengimani tiada tuhan yg berhak disembah selain Allah dan tiada sekutu baginya... isu penggunaan nama Allah dikalangan non muslim ni sepatutnya bukanlah satu masalah yg besar sampai perlu ada kes pembakaran gereja di sekitar selangor tempoh hari yg mana secara tak langsung mencemari imej dan kesucian islam tu sendiri..saya pun turut mengutuk perbuatan ni kerana ianya mme perlakuan yg tak professional dan rasional langsung. apalah salhnya kita berlapang dada je kerana mereka bukannya menghina Allah. bukankah ini satu perkara yg dapat trigged all non muslim utk kenal Allah sebagaimana kita kenal. sama2 kita doakan sebab yg beri hidayah tu Allah. hidayah bukan di tangan kita, yg kita mampu cuma jadi penyebab hidayah je.ketuk pintu hati diorang. sama ada hidayah nak masuk atau tidak itu urusan Allah. kita hanya mampu doa yg terbaik buat mereka. dan sesungguhnya Allah maha tahu apa yg terbaik buat kita dan mereka... nak kongsi artikel ni tentang org kristian yg sungguh2 pertahankan nak guna perkataan Allah dalam akhbar mereka klik disini ada benarnyakan? memang zaman arab kuno dulu pun mereka guna perkataan Allah juga yg merujuk kepada tuhan. tapi di sini shinju cuma nak ingatkan je la yg hati2 la dgn isu macam ni kerana kalau menurut ikim klik dini menurut artikel tu hakikat mesti sama maksudnya kita faham hakikat yg Allah adalah satu yg tiada sekutu yg menguasai sekalian alam yg tak memerlukan hambanya bahkan hambanyalah yg memerlukannya. begitulah seharusnya difahami oleh org kristian jika mereka mahu menggunakan perkataan Allah. bagus juga kalau kita ambil pendapat ni yg lebih syadid kerana maslahtnya buat islam juga dan nampak islam bukan sesautu yg boleh boleh dipermainkan dan di peringankan tanpa merujuk mana2 dalil2 qat'ie.. shinju rasa disini peranan para da'ie khasnya pertubuhan2 yg diiktiraf utk lebih gencar menyebar risalah dakwah ni kepada non muslim khususnya kristian sepertimana org2 islam mekah yg berdakwah kepada Raja Najasyi ketika hijrah mereka ke habsyah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment