awwalul kalam abda'u bi bismillahirahmanirahim..
Alhamdulillah Allah memberi kekuatan dan idea utk shinju terus menari-narikan jemari ini di atas keyboard usang laptop toshiba biru ini..Hampir tandus idea utk terus menulis namun ilham dariNya yg terlintas terus menyuntik kekuatan buat shinju utk berkongsi ibrah dari filem Ketika cinta Bertasbih 2 karya kang abib yg sgt ku kagumi karyanya.yang menjadi pennerus tarbiah dalam hidupku yg menambahkan keinginan ku utk terus menyelami lagi nikmatnya hidup dalam lingkungan islam yg sebenar..susunan perencanaan Allah amat cantik buat hamba-hambaNya..namun di kala ini bukan bicara itu yg menjadi tumpuan shinju utk terus menarikan jemari ini..lets talk about the film..ibrah yg shinju dapat pertamanya, tentang khaerul azzam.seorg yg sgt gigih berusaha dan sgt sabar dalam menghadapi ujian dari Dia. bygkan je la semua gadis yg dikhitbah tidak menjadi pasangannya. bila sama2 dah berkenan ada pula rintangan lain yg menghalang..belum jodoh kali..yg paling shinju dapat detect dalam filem ni adalah kang abib mengingatkan shinju pada satu hadis rasulullah yg maksudnya, seseorang wanita itu dikahwini atas 4perkara:kerana hartanya,keturunannya, kecantikannya dan agamanya.maka dapatkanlah yg beragama nescaya berkatlah tanganmu(hidupmu) -HR bukhari dan muslim-
kalau tgk hadis ni yg first kriteria calon isteri adalah hartanya..dalam filem ni, ank pak Jazuli, Milatul ulya, vivi sendiri semuanya boleh kata berada..paling nampak kaya sekali ank pak Jazuli rumahnya besar,ada guard, kereta lebih 5!!! (fuh............!!bahagia hidup pak Jazuli tu..) tapi azam xde pula membatalkan niatnya utk lamar ank pak Jazuli tu. langkah mantap diatur ke dalam rumah agam tu dan bicara mula disusun utk menyatakan hasrat kedatangannya tanpa rasa rendah diri. kebanyakan org akan rasa rendah diri dgn perbezaan taraf hidup biarpun azam bukan la miskin pun tapi kalau nak compare life dia dgn pak Jazuli tu mmg macam langit dgn bumi la...
ibrah kedua..shinju tersentuh sangat part ni first time tgk nangis sungguh2 sampai terkantoi ngn mutarabbi yg tiba2 singgah ke petak bilik utk ambil soft copy Geng Pengembaraan bermula!!(lupa nak kunci pintu) malu dibuatnya bila mutarabbi kata, "eh shinju ko nangis ke?! ya Allah tak penah aku tgk ko camni.." diselangi dgn tawa nakalnya..(potong mood ar budak ni tgh feeling cbuk plak dia!)..scene ibu azam meninggal..touching sangaaaaaaaaatt!! ibrah yg dapat diambil, sangat beruntung azam sebab ibu dia pergi dikala dia telah memenuhi segala harapan dan permintaan ibu tercinta.. kalau tgk sepanjang cite ni azam memang seorang anak yg taat pada ibunya..bila disuruh berhenti keje courier ye dia berhenti utk jaga hati ibu sedangkan kerjayanya baru bermula dan kalau diberi sedikit masa lagi dia pasti jadi businessman yg terkenal sebab dia mmg seorg yg sgt gigih dan bersungguh-sungguh dalam setiap pekejaannya. kemudian ttg rina, kawan husna yg azam sendiri dah tgk orgnya dan berkenan pun dgnnya tapi siibu pila yg x berkenan..hmm diturutkan jua kehendak ibu utk tidak memilih rina sebagai pasangannya. dan diakhir hayat bu ea tercinta, dia meminta azam utk menghantarnya berjumpa kiyai lutfi..walaupun berat azam mahu memenuhi prmintaan tersebut kerana hujan pada waktu itu namun ibunya yg begitu teruja tetap bertegas utk berjumpa kiyai lutfi membuatkannya akur dan ditempuh juga hujan itu dgn menaiki motor. walaupun diakhirnya, azam tidak berhasil memurnikan hasrat bu ea yg mahu tauziah diberi oleh kiyai lutfi, namun sedayanya segala kemahuan bu ea telah dipenuhi.. bu ea pergi dikala azam sendiri bagi shinju telah menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai anak dgn baik..lantas shinju teringat ibu dirumah..jgn kata satu dua permintaannya shinju tak tunaikan tapi rasanya semua yg dia mahu shinju tak nak buat sebab shinju sendir yg selfish dan overpampered kemahuan shinju sahaja mesti dituruti kemahuan mereka shinju pandang enteng..huhuhu mummy, ayah shinju minta maaf.....shinju sedang memperbaiki diri..
ibrah ke3, sewaktu ana dan furqon di hotel. sewaktu ana minta cerai, disitu nampak hikmahnya mengapa kuasa talak itu ditangan suami bkn isteri. keadaan agak tegang keduanya saling kecewa dgn sesama mereka.ana yg marah waktu itu lantas meminta cerai dan tidak bersimpati sikit pun pada furqon.(org tgh marah..)tapi furqon dgn tenang cuba kawal keadaan dan sebolehnya minta agar bisa ada jalan lain selain penceraian. nah! nampak lelaki mmg tenang dan cermat tidak sewenangnya dilafazkan cerai. cuba kalau talak tu kat tgn isteri? bape kali kena rujuk agaknya..asal marah je cerai, dah ok rujuk balik..hmmm..ibrah seterusnya pada scene yg sama, betul la kata ustaz mahyudin sarip tempoh hari bahawa lelaki ni penyabar..kalau tgk pada scene ni fuqon bebaskan ana tanpa dia murnikan syarat yg pada awalnya dia minta agar dipenuhi. tenang je dia lepaskan ana."aku nikahi kamu dgn baik2 dan aku lepaskan kamu dgn baik2 juga" ..(tapi kalau ini sekadar lakonan, tarik balik la pembenaran kata2 ustaz mahyudin tu..) ibrah seterusnya yg saya kira terakhir, pada scene elliana mula berjilbab dgn iringan lagu yg sgt pas dgn situasi tu..antara baitnya..
langkah pertama ku berkaca diri apakah ku layak utk engkau..langkah kedua....
nak cite pasal langkah pertama dalam lagu ya habibi ni. waktu tu elliana mmg sedang berkaca diri(tgk cermin) sambil mencuba beberapa helai jilbab.. manusia fitrahnya ingin disayangi dan itulah yg melanda elliana. perasaan cinta pada azam hendak dimurnikan dgn mencuba utk menjadi pasangan hidup azam. dan lngkah pertama adalah nilai diri adakah dia pantas utk azam?seorang lulusan al azhar university, sangat taat pada agama, sangat alim ttg agama dan bergelar ustaz(waktu ajar kitab al-hikam)..lalu dia seorg artis dgn kehidupan sosial dan klimaksnya tidak berjilbab apa pantas utk azam? kan janji Allah perempuan2 yg baik utk laki2 yg baik dan laki2 yg baik utk permpuan2 yg baik pula. (24:26) so kalau nak pasangan kita yg baik kita dulu kena jadi baik..macamtu la percaturannya..ok shinju dah penat and tak habis study lagi ni..mggu dpn test2..aja aja fighting shinju!! bila dah berusaha sempurnakan dgn tawakal yg total..jgn fikir dah usaha tara mana(kita dah usaha sehabis baik sebelumnya)..semuanya kita serah pada Allah dialah yg maha tahu ape yg terbaik utk kita..
2 comments:
salam. izinkan beta mengkomen
saje je~
nti dah tgok citer ni? ana belum. malas. AAC pun x pernah habis tengok.
sang murobbi best! tu tgok byk kali pun takpe.muhammad the last prophet ke.. best banget! ^_^
p/s : shinju jd supplier soft copy ke? huhu. sampai mutarobbi pun dtg minta kat murabbiah
salam perjuangan ukhtifillah
oho! tuanku patik terima segala komen.. ana dah habis tgk..mase cuti raye cina aritu..tgk byk kali sebab jadi translator utk mad'u..mane ade supplier softcopy! kebetulan ade..
Post a Comment