bismillahirramanirrahim
terima kasih kepada adeq dan dr.mujahidah yg memberikan komentar membina! alhamdulillah masalah iktilath sudah semakin berjaya dikendlikan dengan baik. pertamanya haruslah sentiasa mengharapkan pertolongan dan rahmat Allah utk sentiasa mmelihara hati kita dan keduanya, harus tegas dan bertindak sewajarnya didalam muamalat tersebut agar tidak terjadi fitnah. mata yang memandang terlalu bnyak, hati yg berprasangka pun banyak. sama ada prasangka baik atau buruk. semua manusia menilai diri kita. hakikatnya Allah sedang menilai tarbiyyah yg tertanam dalam diri kita. kehidupan ini mmg satu ujian utk Allah mengetahui siapa antara manusia itu lebih baik amalnya.
"yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu siapa diantara kamu yg lebih baik amalnya.dan Dia Maha perkasa Maha pengampun" (Al-mulk:2)
begitulah kehidupan. harus sabar dan sentiasa memohon perlindungan Allah dari pkra2 yg di murkainya.
penceritaan diteruskan,
seterusnya saya belajar ttg pengorbanan dalam halaqah, then, ditayangkanlah kepada kami sewaktu sem 1 di matrix video2 palestin, kerosakan ummat islam di Malaysia, sikap umat islam yg xsensitif dgn persekitaran yang mana video2 tu telah mencetuskan satu perasaan, dan semanagat! revolusi kebangkitan untuk menyedaran manusia dari kelalaian mereka harus segera dilakukan! bermula dari diri sendiri dulu.sampai bila saudara kita di palestin harus menelan kepahitan dan keserakahan israel laknatullah?! umat islam ibarat satu tubuh jika satu anggota terasa sakit, maka sakitlah seluruh anggotanya. jika saudara kita di palestin kita ibaratkan tangan kita, seperti mana dlm hadis tesebut maka andai tangan itu ditoreh dgn parang yg tajam, nescaya seluruh anggota badan kita akan berkongsi kesakitannya! bukan hanya tangan yg sakit, seluruh badan jua sakit.
lalu, kita di sini, di Malaysia ini adakah kita merasa seperti mana yg disabdakan rasulullah dalam hadis tadi? apakah kita menyelami dan cuba menghayati kesusahan yg dihadapi oleh saudara kita di palestin? apakah yg dikatakan dengan menghayti? mari kita telusuri analogi ini.
jika tangan yg ditoreh dgn parang tadi dalam kelukaan, apakah yg akn dilakukan oleh anggota2 lain? pastinya impuls di hantar ke otak untuk mengambil alatan yg akan bisa memulihkan luka yg dlam itu kn? lalu bkerjalah kaki, mata, tangan yg lagi sebelah untuk mencari ubat bagi megurangkan kesakitan, wajarkah kalau kita nk hilangkan kesakitan tu kita duduk sahaja menangisi kepedihan itu dan mengharapkan org lain yg datng utk merawat kita? mengharapkan ah chong, chandra, barbara, clarissa utk dtg rawat kita? entah bila la mereka akan datang. kalau datang pon pastinya sangtlah lambat. untung je kalau dorg nak rawat. kalau mereka enggan?
jika kita sendiri ada kemampuan untuk merawat luka kita, kenapa mesti kita duduk sahaja?menuggu org lain yg memulihkan luka tu? kenapa tidak kita lakukan kolobrasi dengan seluruh anggota lain yg tiada cacatnya utk memulihkan sebelah tangan yg terluka?dan secara logiknya pon inilah yg akan berlaku. bila tangan kita tertoreh, kita akn gunakan segala kudrat yg termampu ada dlm diri kita untuk merawatnya tanpa perlu menunggu org lain yg rawat.
begitulah umat islam hari ini. jika umat islam di palestin, xin jiang, naratiwat dan mana2 lagi bumi2 di mana umat islam tertindas, maka kita harus bangkit utk berkolobrasi! andaikanlah malaysia ni kaki, arab saudi mata, dan palestin yg terluka itu tangan kita yg tertoreh. apakah kita tegar untuk membiarkan tgn itu kelukaan sendirian? apakah kita sebagai angota lain pada tubuh yg sama xdapat merasakan kesakitan itu? bagaimana jika kita bertukar tempat? malaysia menjadi tangan yg terluka, palestin menjadi kaki. kalau palestin xmahu bergerak utk mencari ubat, maka kesakitan la kita! walupun kaki jua berkongsi kesakitan , tapi tangan yg mengalami itu merasa lebih lagi sakitnya.
apa yang boleh kita lakukan untuk saudara kita di palestin? pertama doakan mereka dlm setiap solat anda, doakan jua kehancuran buat israel laknatullah! kemudian ambil berat ttg keadaan mereka di sana dan sampaikan perkara itu pada coursemate, jiran dan sesiapa sahaja disekeliling anda. dan yang terakhir dan tidak kurang penting adalh boikot barang2 israel. contohnya starbucks, McDonald, nestle, (nescafe, milo, coco crunch, honey star, nesltle corn flakes, kit kat dan banyak lagi. tgk2 la siapa pengeluarnya) ni ntara contoh yg selalu kita makan.
dulu saya pon susah juga nk boikot ni sbb barang2 boikot ni mmg murah2 dan sng nk dapatkan. tapi percayalah sedikit pengorbanan masa dan wang kita utk mcari y xboikot, itu semua adalah pahala. anggaplah itu infak kita dlm memperjuangkan nasib saudara di palestin. kerana itu jangan cari barang2 keluaran org bukanislam. sebab kita nk berinfak, maka carilah barangan buatan melayu islam. dapat jua kita memajukan industri kecil sederhana di Malaysia ni. sekarang pun da banyak pengusaha2 mkanan melayu. dan yg paling tersohor sekarang adalah HPA industries sdn bhd. kalau ada kemampuan yg lebih, berbelanjalah di mana2 cawangan HPA berdektan kediaman anda.di sini ada link utk mengetahui lebih lanjut ttg barang2 boikot dan salasilahnya, boikot israel dan amerika
setelah di beri kefahaman tentang itu, barulah saya mula memboikot dan menyebarkannya pada teman2. kemudian ujian ttg pengorbanan x terhenti hanya di situ, akn besambung.nk study pula..
6 comments:
alahai.. sambung lagi? hehe
UKHT, x sabor den nak baco seterusnya... =)
dr.mujahidah: hehe juga.....ye bersambung....penat la menaip...
alhanun:=) sabo ye ukht...inshAllah ana cuba memberikan penulisan yg sebaik mungkin
dr.mujahidah : x kan dah penat kot?haha sabarlah dalam menunggu..cewah !!
GMS : huhu..Ahcong anak sapa tu??ant bukan akhwat HPA ke..macam u.sadiah lak..hehe..ayam program dulu ayam HPA tau x..haha..Alhamdulillah ~
adeq: anak sape2 je la...anak kepada ayah dan ibu dia la...owh ana anak dan kakak kepada akhwat HPA..ana tgk HPA pendekatanny sgt bagus utk warga yg seumur dgn mak n ayah ana....pgrm mane satu ni ukht? sPm ke? oh rugilah ana xmakan ayam time sPm tu..
bukan daaa...rehlah tarbiah Ukm..hehe..
Post a Comment