Monday, November 8, 2010

ya Allah didiklah aku..bhgn 3

bismillahirramanirrahim
tarbiyyah sgt sinonim dgn pengorbanan, tiada tarbiyyah tanpa pengorbanan. semenjak dari awal proses pentarbiyyahan saya dia ajar utk berkorban. walaupun kadang2 lambat juga faham dan mengaplikasikannya.

"salam,adik hujung minggu ni planing jaulah IPT kita jadi tau. papehal nanti akak contact",

jaulah IPT.itulah program pertama saya setelah hampir sebulan di tarbiyyah. jaulah ke UUM je. ingatkan ada pengankutan disediakan rupa2nya pengangkutan awam yg tersedia..tapi walau apa pn saya sangat menghargai moment itu. dalam bas kami bertaaruf dengan kakak2 UUM dan student KMK sendiri yg join jaulah tu. di sini, sebenarnya bukan hny saya yg berkorban masa study utk memenuhi program itu bahkan kakak UUM yg menjadi "pengiring"pun turut berkorban.

seperti yg semua maklum, student IPT sibuknya dalm study 2kali ganda atau lebih berbanding student matrix. (matrix 3subjek.kat IPT paling sikit 7subjek). jadi mereka jua mengorbankan masa study mereka. program yg tidak membuahkan sesuatu yg sia2 kerana sgt byk ilmu yg dipelajari melaluinya. di situ saya menambahkan kefahaman saya ttg study krn Allah. di sini, nampak bukan utk mendapat sesuatu ilmu tu mmg perlu berkorban. dan apa yg kita dpt dgn ssh payah pasti sukar bukan utk kita lepaskan.

beginilah setiap kali jika hujung minggu.pasti di isi dgn program2 tarbiyyah yg meambah dan mengukuhkan kefahaman ttg sesuatu ilmu. ketika berprogram antara perkara lain yg diuji pengorbanannnya adlah wang. selaku student matrix yg elaunnya xsama macam biasiswa kat IPT ni, maka dulu saya ni sangat kikir. Sukar utk saya mengeluarkan wang saya bagi tujuan selain study. sebab itu la pesan ayah sblm tinggalkan saya kat matrix masa hari pendaftaran tu,

"elaun tu manage betul2..mummy ngn ayh xde duit sgt. baby nk smbung blaja, gienie ngn pearl skola lagi. duit tu cermat2 belanja. beli buku ngn makan je."

saya ingat pesan tu...saya kan xpenah blaja sejauh itu dan ditambah dgn tiada saudara mara bedekatan , jadi kalau kehabisan duit sewaktu tempoh belajar, saya akan menghadapi masalah besar. pada siapa saya nk minta duit? masa tu pun xtau pasal transfer2 duit ni..jadi, bila pergi program di luar pasti kena bayar. pengorbanan kami diuji secara berperingkat. mungkin ini mmg di atur oleh murobbiyah. mula2 bayar duit makan yg agak mahal la juga padahal makanan tu dimakan berkongsi. tapi harganya mcm mkn sorg (xtau la kalau saya je yg rasa mcm tu sbb kedekut sgt). kemudian, balik dari satu prgram ni tiba2 murobbiyah tu minta duit sorg RM3  kalau xsilap utk duit minyak. 5 penumpang=RM15 dari arau ke changlun..huhu kalau keta ana yg pakai NGV tu rm 15 bole pakai 2minggu... kemudian setelah itu x la pulak saya berazam utk x mau ikut halaqah sbb xmau kua duit. bahkan, selepas program tu, murobbiyah akn bagi pengisian yg buat kita rasa nk lagi dan lagi walaupun utk lagi dan lagi tu perlu wang dan masa.

"berangkatlah kamu baik dgn rasa ringan maupun rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu dijalan Allah. yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." (9:41)

kak, macam mana ea kita nak ikhlaskan diri dlm buat kebaikan?
maksud anti?
contoh macam skang ni la. walaupun ana da ada kt dlm bas ni ana still jugak rasa xikhlas utk pergi program ni. sebab tambang bas mahal sgt.
hmm..anti tgk ni.. (di hulur al -quran surah at-taubah ayat 41)
oo..hmm..
faham da? Allah suruh berangkat jua. walaupun dgn rasa berat. dan yg pertama tu disuruh supaya berangkat dgn rasa ringan. macam mana kita nk didik diri utk berangkat di waktu rasa ringan jika bukan dengan waktu terasa berat? kalau kita da terbiasa berangkat dgn rasa berat, maka bila waktu senang, lagi2 la perlu utk berkorban dan inshaAllah dgn didikan dari rasa berat itu jua membuatkan mudahnya utk berangkat ketika senang. relatekan dgn 2:216 yg antunna suka sgt dlam halaqah tu..

saya merasa lega dan stabil setelah itu. pasti ada hikmah di sebalik semua ni...walaupun kita xsuka sesuatu perkara tu, belum tentu lagi yg kita xsuke tu x baik utk kita.. walaupun saya perlu ke perak utk menghadiri program integrate zon (KMPk, KMPP, KMK) selama dua hari satu malam sahaja, tapi saya xmenyesal dengan pelaburan ini. walupun saya tau waktu hujung minggu tu pasti rumate2 saya sedang pulun dgn study mereka smentara saya , di sini. tapi saya tetap bahagia mengorbankan masa study hujung minggu saya utk sesuatu yg lebih bermakna ni.

walaupun saya sibuk menyibukkan diri dgn aktiviti2 halaqah, tapi saya tetap nk buktikan kat rumate2 saya yg benda ni xkan men"decline"kan performance study saya bahkan ia adlah satu catalyst utk excellent! yg mana dlm industri, catalyst dpt mempercepat sesuatu proses dan seterusnya meningkatkan produktiviti industry tersebut. begitu la yg saya aplikasikan pada study saya. makin pergi halqah, makin flying colors performance kita. bagaimana?

dlm halqah kita diterangkan ttg kpentingan tahajjud dan betapa efektifnya waktu tahajjud tu utk otak.

"sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa) dan (bacaan waktu itu) lebih berkesan" -(73:6)

jadi, kita kena rebut peluang ni. bangun awal utk tahajjud, kemudian susuli dgn study. inshaAlllah efektif waktu ini utk study. dan kita pun da faham dalam halaqah ttg study krn Allah. jadi sebenarnya itulah yg menambahkan kesungguhan kita dlm study. org lain mungkin sehari tidurnya 6-7jam. tapi saya selaku org yg ditarbiyyah dikalngan rumate2 saya, maka saya perlu kurangkan tidur saya. mengorbankan waktu tidur pula utk study. tapi kalau tengok kisah ibn rushd, dia xpenah tidur atas katil(tempat tidur) sebab kecintaanya pada ilmu membuatkan dia tidur atas buku2nya..dan pasti tidur dlm keadaan itu xkan lama dek kerana ketidakselesaanya. dan jika ditelusuri pula kisah imam al banna rahimahullah ketika hayatnya, ada seorg sahabatnya mengatakan bahawa beliau, imam al banna tidak tidur. tapi, imam albanna mengatakan bahawa sebenarnya dia tidur. "aku tidur selepas engkau tidur dan aku bangun sebelum engku terjaga"...ini menambah lagi kesungguhan utk mengorbankan tidur kerana org2 yg mmg cita2 nya utk melihatkan tertegaknya islam di muka bumi harus melakukan pengorbanan ini.

"kerehatan bagi seorg muslim adalah aib baginya"-imam ahmad bin hanbal

pengorbanan ini zahirnya tampak susah pada awalnya tapi diakhirnya dan dipertengahnnya mmg mmudahkan dan menguntungkan kita. sebab kita menjadi org  yg lebih prepare lagi stdy nya berbanding org lain sbb kita tau kita xde byk mase utk study laz minit. dan hasilnya, kalau quiz dan UPS, xperlu nk pulun sgt mcm org lain utk stdy sebab kita da prepare..blaja utk igt...blaja utk Allah. bukan blaja utk lupa dan exam semata.

seperti jua catalyst, harganya mahal, cara nk kendalikan in term of the molarity need to be injected to the process unit itu bukan kerja yg mudah.perlu kepakaran tertentu. maka, di awal peringkat utk penggunaanya pasti hadapi masalah dan kesukaran termasuk utk memastikan pembekalan catalyst itu sustain. tapi, once bila kita dapat catalyst yg sesuai, intensity yg sesuai utk sesuatu proces, org yg pakar dlm mengendalikan proces unit tersebut, maka setelah itu kerja akn jadi mudah dan menguntungkan. seperti yg kita tahu, catalyst provide an alternative path for the process to occur more easier. ini akhrnya menyumbang kepada produktiviti yg tinggi dan seterusnya untung berlipat kali ganda jua buat yg berusaha utk me"run"kan proses ni. segala susah payahnya utk memulakan proses ini x sia2. walaupun hasil yg akn dia dapat itu lambat, tapi yakinlah bahawa setiap kesabaran dan pengorbanan itu akan terbayar

ini merupakan post yg terakhir utk tajuk ni,. jadi sebagai kesimpulan, banyak perkara sebenarnya yg kita pelajari dlm tarbiyyah ni sama ada secara langsung (dlm halaqah  atau pengisian ketika program) atau tidak (melalui fenomena2  semulajadi disekeliling kita). tapi saya sendiri sangat menghargai tentang pengorbanan ini. kerana kefahaman yg baik tentangnya dan usaha untuk mempertingkatkan lagi kefahaman itulah yg akan membuatkan kaki kita akan terus teguh menapaki duri2 dan ranjau dlm tarbiyyah ini.. matlamat kita satu, mengembalikan khilafah yg hilang. dan utk memurnikan matlamat tersebut, ia perlu proses dan procedure. semua manusia yg punya matlamat yg sama juga punya proses dan procedure masing2 mengikut kefahaman dan keyakinan masing2 yg tidak bertentangan dgn al-quran dan sunnah. semua org berijtihad utk mencari jln yg terbaik. semua nya kita serah pada Allah utk menilai. jadi jgn lah ada saling cantas mencantas antara satu sama lain.berlapang dada dan saling berkerjasamalah utk matlamat yg satu ini.

"Allah telah menjanjikan kepada org2 di antara kamu yg beriman dan yg mengerjakan kebajikan, bahawa Di sungguh akn menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan org2 sebelum mrk berkuasa, dan sungguh dia akn meneguhkan bagi mrk dgn agama yg tlh Dia redhai. dan Dia benar2 mengubah (keadaan) merka, setelah berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka (tetap menyembahKu) dgn tidak mempersekutukanKu dgn sesuatu pn. Tetapi barang siapa (tetap) kafir setelah (janji) itu, maka ereka itulah org2 fasik." (24;55)

janji Allah ini pasti berlaku sepanjang masa bagi org mu'min yg beramal soleh. akhir kalam, jazakillah khaeyr sudi melapangkan masa membaca tulisan saya yg masih xmatang ni.dan tetap setia menunggu sambungannya. saya baru saja berjinak2 utk menulis jadi jika apa yg diharapkan tak tercapai dlm post ni, maka saya dahului dgn asifah jiddan ála kulli hal... (preferred to read the most rather than write. tapi sampai bile mau jadi penumpang bukan penunggang ) marilah memupuk buadaya membaca dan menulis.

16 comments:

adeq said...

salam..huhu..manis2..ana juga diajar berkorban..berkorban wang salah satunya,untuk menaut hati hq2 mate dan mad'u..padahal ana nhe sangat boros orangnya dan agak mata duitan..haha (zauj sila banyak duit ye)..

dan juga pengorbanan perasaan..ceh serius ana suka mencemburui dan membuat orang cemburu..sampai gadoh2 akhwat.haha comel ~

yes go catalytic converter..haha..

Unknown said...

itulah kemanisannya tarbiyyah kita..dan hingga saat ini pn kita tetap diuji dgn pengorbanan yg sama. ana xmata duitan..tapi pantang nampak pape yg menarik sume nk beli..huhu..hrus dikawal segera!nk mengharapkan zauj yg kaya x kot.. sebab kaya tu cepat hilg. ble2 je..yg penting rajin, kreatif, berdikari dan kuat azam! ha ni semua kunci kejayaan..org yg miskin kalau ada sume ni pon blh jd mcm bill gates.

oh pengorbanan perasaan tu pasti ukht..itu la kreditnya kita yg ditarbiyyah ni. belajar utk berlapang dada dan menghormati perasaan org lain mengikut situasi.

catalytic converter, teknologi baru dlm dunia fuels! nice! mmg sesuai utk di kaji oleh org kimia terutamnya ana dan anti adeq!

sherasan said...

salam ya akhwati,
ana baca post enti ni dari awal sampai akhir..memang beri kesan pada ana, alhamdulillah..=)

tulah, tarbiyah mengajar kita untuk lebih memaknai hidup.

jazakillah prkongisannya.

~

Anonymous said...

salam ya ukht.ya ada pembaharuan dlm penulisan ent.udah bisa dibaca dengan baik :)
kenangan di matriks,huuuu~~
sedih dan gembira bila mengingatkan.zaman ketika hati batu mula mencair.
p/s:bagus aplikasikan study ngan situasi.membuat otak ligat berfikir.
ok just my 20 cents.
(^_^)v!

Anonymous said...

salam ukht

just my 5 cent,
it will be much better if you can type the full words.

:)
just my 5 cent opinion

Unknown said...

umat muhammad: jazakillah...semua dari Allah..sudah pulang semula ke terengganu ke?
KN: owh ana ni mmg cpt dgr kata tau..tegur skali je..hehe :p jazakillah khaeyr atas masukan..inshaAllah akn di usahakan utk memperbaiki mutu penulisan dari semasa ke semasa..
anon: haish ni sape pulak... 20 cen da knl.. 5cent ni mcm knl..akhwat kmns kn? bumi tarbiyyah yg dirindui..KMNS...

Anonymous said...

yg pasti bukan ana 5 cents tu.
setia dgn 20 cents hehe...

adeq said...

sapa nak guna 5 cents pulak nhe?haih..kot2 si hamba tu x..haha..mahu bantuan dari unit risikan produksi kah..haha.

sapa la kmns tu,jangan buat kes lak kat sini..hihi..nway semua2 nhe geng2 kmns..baru pasan..hehe..

Unknown said...

unit risikan, sila bantu..sape hamba ni? akhwat ukm la yg penting kn?
haah kat cni kmns sume..ada jgn pembaca yg xkomen tu kmns..
p/s kepada adik2 ku yg membaca blog akak ni, sila kan bertaaruf dgn kakak2 KMNS ni...femes kakak2 ni..aren, aiza n adah mesti kenal..

sherasan said...

aik..awat kmns pulak ni? explanation plez..
apa 5/20 cents?
uih..

Unknown said...

umat: owh sebab kmns bez...!haha...actually the real phrases is my 2 cent.. pandangan atau pendapat utk perbaikan..tapi ada org tu guna 20cent utk menunjukkan identiti diri dlm kerhsiaan..kan KN?
fahamkah umat?

Anonymous said...

pastu ada orang ano guna 5 sen lak.ish3.

ana nak 5 posen la.hehe.kan ada lagu lima puluh sen ~

Unknown said...

haah..sapo la 5 sen tu...ukhtiutmuda, lima posen nak buat hape? buat basuh baju? ha bole2..5sen x leh masuk tabung..

umat said...

ooooh..
paham2, women is complicated~

adeq said...

ant la woman tu.haha.

Anonymous said...

hoho~

just my 5 cent~

Followers