Hurrm..is it shinju had fall in love?? Take a deep breath.
Now exhale.
Ok, sincerely I felt that I’m in love. *wah malunyeeee* Before that, are there anything wrong with
L*O*V*E
C*I*N*T*A
what is CINTA? is it a big sin when we do feel this kind of feeling? Before that, lets check this out
jatuh cinta atau jatuh nafsu?
What are the signs of love? ‘alamatul hub. Tanda2 cinta. kalau demam, tanda-tandanya adalah hilang selera makan, badan rasa panas dan berat, etc. apa pula tanda2 cinta?
1. Banyak mengingat
2. Mengagumi
3. Rela atau redha
4. Bersedia berkorban
5. Takut
6. Mengaharap
7. Mentaati
Jika ada ketujuh-tujuh symptom diatas, sayugia nyatalah anda sedang jatuh cinta! sekali lagi,
Jatuh cinta atau jatuh nafsu?
Cinta itu sangatlah suci. Bahkan antara salah satu asma’ Allah al-husna adalah. Al-wadud, iaitu maha mencintai. Apa beza ar-rahman dan Al-wadud. Penyanyang dan Mencintai? Menurut Amr Khalid dlm salah satu bukunya, Ar-rahman itu bersifat general. Ia diberikan kepada semua makhluk, sementara Al-wadud pula bersifat spesifik. Hanya tertuju buat org yg tertentu. Jadi, cinta juga terkandung dalam nama dan sifat Allah. Maka, cinta adalah sesuatu yg sangatlah suci.
Nafsu pula kontradik daripada cinta. Pernah suatu ketika saya menulis tentang nafsu. Keegoan dan kedegilannya di sini [masuk link] jadi, nafsu ini sifatnya sentiasa akan mendorong manusia ingkar pada Allah
Jatuh cinta atau jatuh nafsu bergantung kepada bagaimana perasaan itu di baja? Dengan ketakwaan atau maksiat. Terdahulu telah saya katakana bahawa cinta itu suci. Merupakan salah satu sifat dan asma’ Allah. Maka apa2 sahaja yang dibajakan pada cinta hendaklah menepati kehendak pencipta cinta.
Cinta yang mampu membangun rasa rindu dan taat pada Allah, yg dijalin kerana mengharapkan keredhaanNya tanpa sedikit pun mengharap keuntungan dunia. Tidak dicemari dengan perbuatan2 maksiat baik yang kecil atau besar. Tidak mencabar api neraka Allah.
Thus, is it true that shinju had fall in love?
Kalau ikut symptoms yang disenaraikan diatas, mungkin ya, shinju sudah jatuh cinta pada seseorang dan uniknya, this is love at first sight. First meet. It almost a years we had never seen.
Pertemuan pertama adalah pada sebuah daurah yang dijalankan secara underG oleh geng2 kami. Hehehe. Kepada sesiapa yang terlibat sila rahsiakan sampai mati ya. Jadi, di situlah pertama kali saya bertemu dengannya, tidur sebelahnya, berkongsi pendapat dan meng “argue “ beberapa perkara dengannya, sehingglah saya tahu perkara sebenarnya. Sungguh, peribadi dan keteguhan hatinya dalam memelihara kesucian cinta sangat saya kagumi. Demi menjaga cintanya kepada Allah, maka dia berani utk membuat satu keputusan yg besar dalam hidupnya. [bagi saya besar la] hebatnya tarbiyyah yang diterima hingga membangun mahabbatullah yang mendalam dalam jiwanya. Benarlah, cinta itu membuat manusia berani berkorban.
Tak sangka, pada usia seawal 21 tahun dia telah mengikat tali pernikahan nan suci dengan zaujnya. Bagi saya, ini satu keputusan yang besar. Kuliah, nikah, dakwah. Berat bagi saya. Namun, tidak bagi sesosok insan yg sangat saya cintai ini. Lama kami tak bertemu. Saya hampir dapat bertemu dengannya baru-baru ni, tapi atas permintaan yang harus lebih saya taati, maka Allah masih belum izinkan kami utk bertemu.
Pada awal September nanti beliau akan mengadakan walimahnya. Ya Allah izinkan kami untuk bertemu. Izinkan kami utk meluah rindu. Izinkan kami untuk berkongsi sendu, saling menghapus air mata. Ya Allah permudahkan kami untuk bertemu. Semoga saya dapat berjumpa dengan semua akhwat2 saya di majlis beliau nanti. Kak nisa, insan yg saya cintai. Cinta pandang pertama. Rindu akak… tahniah!!! Moga terus berkekalan, dimurahkan rezeki. Saya nak anak saudara! cepat akak!
sayang kak nisa sayang kak nisa sayang kak nisa sayang kak nisa sayang kak nisa
sayang kak nisa sayang kak nisa sayang kak nisa sayang kak nisa sayang kak nisa
Once akhwat, always be one! Kepada akhwat yang mengajar saya erti ukhwah, yg membuat saya merasai kenikmatan ukhwah, saya akan berusaha untuk berpegang teguh dgn janji yang pernah kita ikrarkan bersama;
Ukhwahfillah Abadan abada!
Ana uhibbukifillah!
Memetik kata2 akhwat yg saya mula kenali di HO, kemudian DNHLS: “Dia aturkn antara kita dlm 1 pertemuan. Dlm pertemuan itu dipautkan 2hati. Dlm 2hati itu Allah berikan 3rasa, kasih ,syg dn cinta. Dlm 3rasa itu diselitkan 4tujuan, berkenalan,berkawan, berteman dan bersama.dlm 4perkara itu tersembunyi 5perktaan, teman baik sentiasa bersama kita. Dlm 5perkataan itu tersmbunyi 6impian iaitu, jujur, setia, memahami, menghargai dan mengigati. Dan dlm 6impian itu tersimpul 7huruf iaitu SAHABAT selamanya..uhibbuki fillah ukhti..”
Alhanun nur! A.k.a nurullah..huhu..miss u all!