Wednesday, July 13, 2011

Matahari terbit dari barat

bismillahirramanirrahim

Tajuk mungkin agak ketinggalan "bas". Namun, saya sangat terkesima baru-baru ini ketika mendengar perbualan beberapa orang yang menyatakan bahawa ;

Prince william dan kates sudah muslim? mendiang puteri deanna islam? benarkah??!

org2 eropah sdg disibukkan dengan urusan mengkaji al-quran? ye ea?

Ini mungkin ada benarnya kerana kebanyakan penemuan saintifik di pelopori oleh mereka dengan disandarkan sumber penemuan kepada al-quran.

hurmm...dikala org bijak pandai berlumba-lumba memperdalami islam, namun org islam yang dangkal berbondong-bondong meninggalakan islam! Berapa statistik orang murtad di Malaysia? Negeri mana yang tiada permohonan untuk murtad? hampir semua negeri ada. [kelantan tiada.ok] Yang mendominasi adalah negeri sabah. Kita semua maklum pendakyah kristian begitu giat mendakyah masyarakat di sabah. Bro Shah kirit ada menyatakan ketika saya menghadiri ceramah beliau di USIM 2tahun lepas bahawa 60% penduduk sabah adalah bukan beragama islam. Ya, saya akui agama rasmi sabah bukanlah islam seperti yang termaktub dalam akta Malaysia yang seterusnya dimasukkan ke dalam perlembagaan Malaysia.

Tapi haruslah kita tetap terus bekerja menyampaikan agama Allah ini kepada semua. Saya tidak hairan mengapa kristian begitu luas tersebar di sabah kerana kita semua maklum komuniti di sabah adalah komuniti yang masih berada di tahap ekonomi sederhana [tidak di semua tempat], maka kita lihat di sini para mubaligh ini memainkan peranan utama mereka dalam membela nasib manusia. Para mubaligh ini sanggup merentas hutan, lautan [ada laut ke?] hidup dalam kesusahan dan kepayahan demi memperluas misi mereka. Dan satu hal yang harus kita fikirkan, dari mana datangnya dana yang begitu banyak untuk menampung keperluan mereka dalam misi dakyahnya?

"kerana orang-orang barat lebih banyak berkorban daripada kaum Muslimin. Mereka memberi lebih demi agama mereka ketimbang apa yang diberikan kaum Muslimin demi agamanya" (tarbawi edisi 5 Th.1) -juga dipetik dari buku quantum tarbiyah.

nah!! terasa macam kari kaw x?pedas kan?? jom kita menerobos sempadan diri jap. Zakat harta daripada gaji kita, dah kita tunaikan? Haq sedekah jariyah kepada faqir miskin menerusi tabung masjid,surau,adik2 yang kutip derma, dah kita lunasi? tahniah kepada anda yang menjawab, YA! Ataukah kita menjadi golongan yang pura-pura macam tiada orang di rumah ketika adik-adik yang suci ini memberi salam di luar rumah? atau orang yang buta sekejap bila nampak tabung pembinaan ma'ahad di pasar malam? (T_T) sungguh kerasnya hati kita. Inginkan sebuah kemenangan tetapi sangat bakhil untuk membayar harga kemenangan tu. [bercakap kepada diri sendiri T_T]

Ini baru cerita tentang umat islam yang dekat di mata, dalam negara. Belum cerita lagi tentang umat islam di palestin. Kita berhutang nyawa dan darah dengan mereka. Kita harus lunasi ini! Merebut kembali masjidil aqsa, memenangkan kembali islam yang diinjak dan dicalari kafirin laknatullah alayhim bukan satu amanah yang hanya dipertanggunjawabkan kepada saudara kita di palestin sahaja, justeru kepada kita semua yang bangga menjadi seorang muslim! Satu fenomena yang dangkal di kalangan orang islam di Malaysia tentang isu boikot. Bila suruh boikot, mulalah alasan,

"abes nak makan apa?semuanya boikot!" 


"ekonomi dunia hilang keseimbangan tahun 2008 sebab semua boikit amerika tahu?!"


"Agama melarang kita berlebihan dalam berbelanja. Jangan membazir..." sambil membawa plastik tesco yang banyak.

Ingin sahaja saya dengan penuh adab ketimuran menyekeh kepala orang yang cakap seperti ini. huh! tersangat  ingin sekali. Awak, bukan semua barang makanan kita tu boikot.. saya cuma nak awak gantikan milo dengan koko radix ke, vico ke..atau jenama lain yang halal lagi tak boikot. Untuk point kedua tu, tahukah anda bahawa fenomena ini sudah membuktikan bahawa kesatuan ummah dapat melumpuhkan gangster dunia, amerika laknat. Nampak tak betapa sekarang ini, semuanya nak bergantung dengan amerika. Kalau ekonomi amerika jatuh, satu dunia jatuh juga.. weh, sape pulak yang men"declare " amerika negara penanda aras? Tak boleh tukar ke? ya, saya tahu pembaharuan akan memerlukan masa yang panjang dan mungkin penderitaan yang teramat. Tapi, jika itu harga sebuah kemenangan mengapa perlu ragu? Dalam nak tegakkan agama Allah bukan selamanya perlu berkorban harta. Jiwa pun kena korban tau. Ada orang yang mengorbankan dirinya utk mencari keredhaan Allah. [2:207]

Point ketiga, inilah orang malaysia. obses sungguh dengan benda2 murah. Tesco memang nak kena! dengan ganjaran daripada clubcard, siapa yang tak terliur?? Ah, tengok ni. Kesungguhan org kafir nak memonopoli pemikiran dan gaya hidup org islam. Saya rasa, pasti banyak dana yang org atasan keluarkan untuk menjayakan rancangan ni. apa tidaknya, tesco di kenali di seantero dunia. Kalau tanya org, awak beli blablabala kat mana? tesco! murah, dapat ganjaran blablabla.... nampak kesungguhan diorang? Makcik, pakcik, saya tahu kalau makcik dan pakcik berbelanja di giant, tiada ganjaran nilai mata, belanja kat jusco nak kena tunggu jcard day baru berbaloi, belanja kat hpa, semuanya mahal, tapi ada nilai mata juga dan kalau optimis, makcik boleh kaya! sekalipun begitu makcik, sampai bila kita nak tolong orang kafir makcik? bila tengok saudara sendiri melarat, hanya perkataan kesian je yang mampu membuktikan rasa simpati. Simpatilah pada diri makcik sendiri! Makcik ni lokek! nak tolong bangsa seagama pun berkira! pentingkan poket sendiri! perut sendiri! [mau sakit jantung kalau saya cakap camni depan makcik2] Beli barang yang mahal, tapi membwa manfaat yang banyak buat ummah itu membazir ke? derr, duit tu Allah yang bagi. rezeki tu datang dari Allah, kenapa kita ni sombong sangat untuk membelanjakan kembali rezeki tu di jalan Allah? Allah yang memiliki rezeki. Optimis la dengan janji Allah. Harta yang kita sedekahkan tu takkan jadi berkurang. bahkan akan dilipatgandakan! [2:261]
 Dunia ni seimbang. Kalau habis, Allah akan tambah lagi. trust me. eh, trust in Allah!! [55: 7-8]

seterusnya, isi perbualan mereka,

tony blair kaji al quran! ha?? former british prime minister recites quran? ya ke?

anda gunalah kemahiran mencari maklumat dengan menggunakan google search engine ya. Cari sendiri kesahihannya. Menurut pembacaan saya, figuritas berpegangan Anglican ini setiap hari membaca quran dan menyatakan bahawa quran is a way ahead.. kakak iparnya sahaja sudah memeluk islam beberapa tahun lalu. Mungkin dengan hidayah Allah serta doa daripada kita semua agar Allah membuka hatinya akan membuat beliau berani maju dan memeluk islam. Insha Allah.

Saya meminjam kata-kata seorang course-mate saya yang sangat terkesan dihati sekalipun sudah 2 sem berlalu,

fenomena berbondong manusia kembali kepada agama Allah di negara eropah membuatkan ulamak mentafsirkan bahawa boleh jadi matahari terbit dari barat adalah bermaksud sinar kegemilangan islam itu terang suluhnya dari barat, menyimbahkan cahayanya ke seluruh dunia.

sekian.

3 comments:

Pencacai Alim said...

pohon syahid senang di akhirat..

Unknown said...

ha?? macam x sampai je.

D'Fadzr said...

prince william n kate dah bercerai laaa....

Followers