Tuesday, July 19, 2011

bear=org kaya

bismillahirramanirrahim

kenapakah tajuknya begitu? ok chill la. jap saya explain, bukan nak menghina sesiapa ok! *kenyit mata*

org kaya = banyak duit

duit =  wang

berduit =  beruang

hey! berwang la, bukan beruang!

isn't it's sound the same? leks ah.. jom layan ni,


well, post ini bukanlah untuk membicarakan siapakan gerangan hambaNya dalam vid ini. Tapi saya nak tadabbur surah al baqarah ayat 254....jadi, apa related nya dgn vid ni? kebetulan sebenarnya. Lepas subuh tadi saya tilawah dan baca ayat ni. Kemudian saya buka fb>youtube>search other related video, maka terjumpa lah saya vid ni!

" wahai org2 yg beriman! infakkanlah sebahagian rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari ketika tidak ada jual beli, tidak ada lagi persahabatan dan tidak ada lagi syafaat. orang-orang kafir itulah orang yang zalim." [2:254]

kaitannya pada video di atas adalah, untuk urusan yg memuaskan nafsu kita memang mudah nak keluarkan duit. Tapi bila untuk urusan yang memberi manfaat buat agama dan ummah keseluruhannya kita liat ek?! makan sampai berpuluh ringgit, baju nak branded2 padahal kalau beli yg tak ori org bukan tau pun... tapi, ramai orang tak kesah kan berhabis duit?

Bila halnya nak beli buku, derma, infak untuk meninggikan islam, tak kira infak duit, masa, kreativiti, tenaga, idea, etc. Kita akan berfikir2 dulu. Rugi duit tak? Kalau bagi dapat apa? Legal ke tak ni??! Dapat kupon potongan harga tak?

Kadang2 kita nampak macam membazir bila nak bersedekah ni, padahal sebenarnya itulah yang harus kita utamakan. Duit tu akan dan sentiasa ada bila kita berusaha. Dan yang pasti, duit akan habis juga dan once habis, secara fitrah ia akan ada balik. Dunia kan ada keseimbangan. PERSOALANNYA! ke manakah duit kita habiskan? ia akan habis, tapi habis ke mana? melabur untuk saham akhirat atau dihabiskan demi kepuasan dunia?

Kepada kita2 yang ada duit, perhatikan aliran duit kita. Jangan bertangguh untuk berinfaq di jalan Allah, kerana refer balik firman Allah kat atas tu, Allah menuntut kita utk menginfaqkan sebahagian dari harta kita di jalan Allah. Bukankah ini satu perintah? Dan bukankah perintah itu menjadi wajib?.. Jangan menyesal di akhirat kerana penyesalan pada waktu itu dah tak berguna. BE PROACTIVE! pergi cari tabung masjid, buka websites yang dapat menyalur bantuan kpd golongan yang memerlukan, cari halaqoh, usrah, bulatan gembira atau apa sahaja yang seerti dengannya untuk anda salurkan segala kelebihan yang anda ada! Don't waste your talent! hey, bakat pun boleh memberi impak yang sangat besar tau untuk ummah!

Wahai manusia, kamulah yang paling memerlukan Allah. Allah itu maha kaya lagi terpuji. Rezeki itu adalah urusan Allah. Janganlah kita kedekut sangat untuk memberi. Setiap infaq itu akan melipatgandakan lagi rezeki. Rezeki mungkin bukan dalam bentuk harta tapi ketenangan, diteguhkan hati [2:265], anak-anak yang menyenangkan hati, dapat kawan2 yang jujur, rumahtangga aman, tiba2 dapat diskaun saman.*sigh* dan lain2.

ok sekian!

No comments:

Followers