bismillahirramanirrahim
tanggal 23 syawal 1432H. Masih belum terlambat utk saya mengucapkan eid mubarak kepada semua muslimeen muslimat seantero dunia! Bagaimana dgn aidilfitri anda? Amalan bersilaturrahim dari rumah ke rumah adakah masih di praktikkan? sebenarnya saya nak ulas banyak tentang apa yang dah berlaku sepanjang tak ter"update" blog ini. Apapun, inshaAllah akan diceritakan dalam post akan datang. saya tulis apa yang saya ingat je la. Pertama, saya nak cakap tentang gerakan WISH.
apakah WISH?
W: Wealth
I: Intelligent
S: Sophisticated
H: Health
sebuah legasi yang sedang dibina oleh Dr Siti Hamidah seorang motivator yang sangat aktif mengendalikan pelbagai kursus dan seminar berhubung KECEMERLANGAN. -ok ini sungguh tipikal.terlalu formal-
Dr siti ni adalah penasihat akademik saya di UTM bersama beberapa rakan lain. Delegasi WISH ini adalah bermatlamat utk mencapai 4flat semester ini bagi kesemua 14 peserta. Ianya inshaAllah pasti akan BOOOOMM!! doakan kami. Sebenarnya, banyak dah saya pelajari menerusi pertemuan yang diadakan tempoh hari walaupun pertemuan tu sekejap je. -ekceli lama kot, tapi saya yg dtg lmbt.**kenyit mata**
Apapun, inshaAllah dengan orientasi yang jelas, saya yakin WISH GROUP akn berjaya!
Next, saya nak ucapkan tahniah kepada Puan Erma Fatimah kerana menurut saya, rekodnya dimata saya telah dibersihkan beberapa minggu yang lalu menerusi Cekerama TV3, bertajuk ohh Harammm!! setelah sepanjang bulan ramadhan rekodnya telah dihitamkan dlm diari saya menerusi drama bersiri Tahajjud Cinta. Saya bagi 4/5 la rating utk ohh haramm ni. Sangat sarat dengan pengajaran. Lagi bagus cerita ni daripada ketika cinta bertasbih part1&2!! Tak tipu! mungkin ulasan saya ini agak ketinggalan bas, sebab mungkin dah ramai ulas cite ni, apapun isinya ttp evergreen..sebab ia menyentuh hal agama, dan islam itu adalah agama yang evergreen. Ketika menonton drama tersebut saya sempat menaip di henfon saya beberapa perkara yg penting. tapi apapun, saya taip sikit je, kalau anda tonton drama ni, mungkin pengajaran yg akn anda dpt lebih dari apa yg saya tulis ni.
BERHIKMAH DALAM BERDAKWAH
Rahimi yg baru balik dari isketambola, menuntut ilmu agama di sana, menegur sekian banyak kebatilan yang terang2 dihadapannya. Tapi, usahanya utk menegakkan kebenaran tu mendapat banyak tentangan. Antaranya, ketika dia menegur org yg ber"DATING" dalam masjid, qariah masjid yang sibuk memasak bubur lambuk sedang solat asar sebentar lagi akan didirikan, menegur adik angkatnya, sharifah amani daripada berbuka bersama lelaki bukan muhrim,belajar bersama lelaki bukan muhrim, dan yang paling penting, MENUNDUKKAN PANDANGAN.
Ayah rahimi yang kurang senang dengan sikap anaknya yang menegur org lain secara direct tanpa berlapik, menasihatkan agar rahimi bersifat lebih lembut. Katanya, berdakwah ni macam tarik rambut dlm tepung. Kena slow and caution. huh. Tapi saya respek sangat dengan jawapan rahimi, “Dakwah itu bermula dengan kasih sayang namun sekiranya kasih sayang tidak mampu mengubah apa-apa maka kekerasan terpaksa dilakukan.” Katanya lagi, “Sudah menjadi tanggungjawab kita menggunakan pendekatan yang keras sekiranya cara baik tidak diendahkan.” Terus terang saya katakan bahawa dakwah itu selalunya tidak sampai pada masyarakat sekarang kerana kita sibuk hendak menjaga hati namun pernahkah kita memikirkan bahawa mereka yang melakukan kemungkaran itu semakin tidak menjaga hati dan pandangan kita?
Amalan menegur perbuatan tak bermoral dikalangan masyarakat kita ni semakin asing. Bahkan, para ustaz pun tak semua yang berani menegur maksiat didepan mata. saya hairan betul, kenapa la kita ni sibuk sangat nak berlapik2 dalam percakapan, sampai tak tersampai mesej yg kita nk jelaskn pada mad'u kita dek kerana corner sana, corner sini. Why not just, be clear. Ini salah. Awak ingat, masjid ni tempat nak mengikat kasih ke? salah satu teguran rahimi ketika menjumpai sepasang remaja yang berpakaian solat sdg bersembang mesra di tepi masjid. SUMPAH RESPEK! Org pergi masjid nak beribadah, tapi dia pula amek kesempatan nak melepas rindu. haish!
DI SAAT KEBATILAN ITU DIPROMOSIKAN SECARA BESAR-BESARAN TANPA SILU DAN SEGAN, KITA PULA YANG TAKUT DAN RAGU UTK MEMPROMOSIKAN ISLAM.
Berhikmah ke kalau mesej dakwah tak sampai?
IKHTILATH
Ini satu lagi isu yang sangat bagus! Rata2 masyarakat di Malaysia kurang memerhatikan masalah ini. Sharifah Amani adalah adik angkat rahimi yang dibela dari kecil. Maka, ada batasan aurat yang perlu dijaga. Ini masalah yang kurang diberi perhatian. Hanya adik susuan sahaja yang tiada masalah aurat. Jadi, bukanlah rahimi itu bersikap terlalu syadid, tapi dia menjaga maruahnya dan agamanya. hey!
Kemudian, berbuka puasa bersama rakan. Memang sangat dianjurkan utk kita ni makan secara berjemaah. Ramai2, lebih berkat. Tapi, tak boleh bersama dengan bukan muhrim. Apatah lagi duduk semeja! 2 lelaki dan 2 perempuan satu meja. Siang penat berpuasa, malam menghabiskan pahala puasa. Saya puji tindakan rahimi yang mengarahkan adiknya pulang terus ke rumah, menaiki teksi, bukan membonceng motosikal bersamanya. Walaupun pada awalnya amani berkeras juga untuk tidak menurut dengan alasan, dia dah dapat izin mak nak makan dengan kawan2.
Ketaatan itu pada siapa dulu ya? Mak atau Allah? Cakap siapa yang kita nak patuh, Mak atau Allah? jangan kerana kita, terfitnah ibu bapa kita ke neraka.
Perkara yg sama juga berlaku ketika amani membawa pulang rakan sekuliahnya, lelaki ke rumah utk studi bersama. Rahimi apalagi bila nampak adiknya berdua sahaja di meja makan, terus dihalaunya budak lelaki tadi dan paling best bila lelaki tu minta maaf kat rahimi, dia membalas, "MINTA MAAF PADA ALLAH. KAMU BALIK, BUAT SOLAT TAUBAT." Sekali lagi amani menentang, "apa masalah abang? org dah mintak izin mak nak bawak dia belajar kat cni. kitorg bukan duduk dalam bilik. Ini tempat umum bang." terus masuk bilik.
saya pelik betul la. Dulu org berdating di tempat sunyi kerana malu kalau org lain nampak. tapi, sekarang org berdating di tempat umum. adoyai, tanpa segan silu bermaksiat dihadapan umum. Mak rahimi pulak, dengan tak boleh blahnya, tegur jugak rahimi, "mi, kamu ni jangan keras sangat dgn adik kamu, untung dia nak berkawan depan kita. Kamu suka kalau dia buat benda2 tak elok belakang kita?" aduhai mak rahimi. mak saya pun marah dgn sikap mak rahimi ni. bonda kata, "kalau dah kat depan kita dah berani bawak jantan balik rumah, belakang kita apatah lagi!" terbaik la bonda!!
KEIMANAN
Ini sangat menarik. Jalan cerita yang sangat mencuit hati dan menambat hati, ditambah dgn mesej yg vavavum membuatkan anda sentap ketika menontonnya. "nah depsosit rm500 utk langsir ni." kata mak rahimi kepada tukang jahit yg datang dirumahnya bagi persiapan hari raya. Dengan lemah lembut, rahimi menyentap ibu dan penonton dengan jawapannya, mama, kenapa langsir je yang mama perbaharui, iman kita ni tak pula mama terfikir utk baharukan. Langsir yang ada ni pun elok lagi, kalau duit langsir ni mama sedekah atau infaqkan kan lebih baik. SENTAPKAN?! bonda pun sentap..hehehe. pastu, macam nak mengahalau ramdhan je buka lagu raya dlm bulan puasa..bla bla bla..
DON'T PLAY WITH SUNNAH!!
Saya suka lagu apa dah jadi yang diubah suai dlm cite ni. Ada part yg last tu, siang puasa tapi mlm tak buat solat terawih, pastu ada suara latar cakap, "ala sunat je!!!" adoyai, yang sunnah tu la kita kena jaga kan? kenapa meringankan perkara sunnah? pandang separuh mata je. bila cakap pasal sunnah, maka kita sandarkan pada siapa? RASULULLAH SAW kan? Kata mengaku umat muhammad tapi bab sunnah, tak nak pula ikut. ikut sunnah2 yg boleh untungkan dia je. cthnya, meminta agar di maafkan sbb nabi pun maafkn umat, meminta nk kawin lagi sebab nabi pun menikah lebih dari 1. Solat terawih setahun sekali je. Dalam bulan ramadhan je. Grab la peluang. Saya puji perjuangan rahimi dalam mendakwahi keluarganya.
PERHIASAN DUNIA.CAUTION! MUSLIMAH AHEAD
Sepanjang cerita ini, rahimi sangat menjaga pandangannya. Sikapnya yang suka menegur kesilapan org lain dan membuatkan farahana dan sahabatnya berpakat untuk goda rahimi dan menjatuhkannya. Tapi, keikhlasan dan ketulusan selalu menang. Rahimi sentiasa membenteng diri dia dengan menjaga diri dari senjata terampuh di dunia, iaitu mata. pandangan mata selalunya jatuh ke nafsu. Jadi bila bercakap dengan farhana, dia selalu tutup pandangannya. Hingga akhirnya, farhana juga yang pada asalnya kurang senang dgn sikap rahimi yg asek mengharamkan semua benda, menjadi faham dan bersetuju dengan rahimi. "dah mmg betul pun apa yg dia cakap. memang benda tu salahkan, takkan nak kata halal jugak?!" dialog rita rudaini atau, farhana yang dah terpesona dgn akhlak rahimi.
Tapi yg tak bestnya, bila farhana ni da bertukar perasaan daripada benci kepada suka terhadap rahimi, dia dgn honest menyatakan perasaan itu dihadapan rahimi. "awat?org yang pakai serban ni tak da hati ka?memang tak kenal cinta ka? kami suka hang pa. hang pa suka kami dak?" dengan gugup dan segera agkt kaki, rahimi menjawab, "maha suci Allah pencipta cinta dan maha mencintai farhana..astaghfirullah.. astaghfirullah..subhanallah..." vrrroooom!! terus pecut motor.
Lelaki ni memang kuat. Kalau berlawan secara fizikal memang susah la nak kalah. Tapi, aduhai senangnya lah lelaki ni nk kalah dgn wanita. Senang ditundukkan oleh wanita. Sedang org yg warak pun boleh tersungkur ke neraka krn wanita. Jadi nasihat saya buat dri sendiri, kalau anda suka atau ada feeling sayang pada seseorang lelaki, maka tolonglah pendam. Itu kan satu jihad. melawan nafsu. Kasihan pada iman lelaki yang anda admire itu kerana ia mampu terrosakkan oleh luahan anda itu. Macam dalam cerita ohh haramm ni. "ya, Allah farhana, mengapa engkau sungguh menggoda" aduhai.. kesian kan? hilang zuq nak beribadah sebab hati dah beri pada dunia. Cinta menyerang sesiapa sahaja. Jadi pandai2 anda menimbang perasaan anda. adakah itu cinta atau nafsu?
Kerana sebuah luahan perasaan, prinsip tergoyahkan. Dia tak bagi adik dia makan dgn lelaki, tapi dia sendiri pergi bazaar ramadan dengan farhana dan anknya. kan. tengok tengok! urrmmm... senang cite jangan main perasaan lama2. Kita manusia, wajar je ada rasa suka, kasih, admire kat yg berlainan jenis. itu memang fitrah. Tapi jangan jadikan fitrah ini satu fitnah! Jangan melamun lama2, dah sedar cepat2 istighfar dan berazam tak nak buat lagi da! saya akui ianya sukar, tapi inilah yang termudah dlm route to heaven. Syurga Allah kan mahal..
terima kasih juga buat penulis skrip yang superb utk drma ni.
ok la sampai sini dulu. tahniah kepada saya kerana sudah menulis kembali.
3 comments:
TERBAEEEKKKK!!!!!!
I WISH ! I WISH !
nak join gak WISH leh x, hehe.All d best ukht, 4 flat sem ini ana terima cabaran ant tu..hoho - dekan pun x lepas lg, ada hati -
x apa, biarkan cita setinggi awan..cuma tangan perlu panjang mencecah awan, menghilangkan kabut-kabut yang mencengkam.
marha marha !
we'll see at the end of the sem.. nak join wish group? haahaha..ukht 4 flat utk Allah!!! khLIFah dan hamba yg ingin memberi yg terbaik buat rabbnya..
Post a Comment