bismillahirramanirrahim
Topik yang sangat bagus telah dikupas oleh Dr Zaharuddin Abd Rahman rabu lalu. On the way saya pulang semula ke UTM 2hari lps, IKIM.fm menyiarkan satu program soal jawab bersama ilmuan yang sangat saya sanjungi ini. Mahar bagi seorang wanita itu bukan harga yang diletakkan pada dirinya. Masyarkat sering rigid mengenai perkara ini. Kalau anak perempuannya ada degree, maka mas kahwinnya mesti harga RM10k keatas. kalau ada master, RM20k ++ . Atau pun melihat pada kerjaya seorang anak. Jika gadis itu seorang arkitek, doktor, jurutera atau apa2 sahaja professionalisma yang boleh dibanggakan, maka sah2 mas kahwinnya menelan ratusan ribu ringgit.
sedangkan mulia atau hinanya wanita yang bakal dikahwini itu bukanlah berdasarkan nilaian mas kahwinnya. Tetapi ianya terletak pada taqwanya kepada Allah. "sesungguhnya org yg paling mulia diantara kamu adalah org yg paling bertaqwa" [49:13]
Jika seorang gadis, dinilai pada mas kahwinnya, apa ukuran anda terhadap Saidatina Fatimah bt Muhammad yang mana maharnya hanyalah sekadar baju besi saidina Ali? Sedangkan di akhir hayat Rasulullah, baginda berbisik kepada Fatimah bahawa, dia akan menjadi penghulu wanita di syurga. So, anda yang mas kahwinnya rm77777777, ada jaminan macam ini? Atas parameter apa kemuliaan itu anda tetapkan?
Dr Zaharuddin juga ada menyatakan fenomena kahwin cerai kahwin cerai terutama dikalangan selebriti yang mana mas kahwinnya sungguh diluar jangkaan. Bahkan majlis pernikahannya sangat hebat, sewa ballroom(jika di hotel) satu kepala rm60. kalau seribu tetamu? dan selebriti pulak...mana ada seribu je tetamu dia..beribu ribu woo... kan berlaku pembaziran di situ. Berpanjangannya sesebuah rumahtangga , sangat dipengaruhi oleh keberkahan selain daripada dengan keizinan dan kehendak Allah.. Bagaimana ikatan ini akan barakah andai permualaannya sahaja sudah ada agenda maksiat. (pembaziran itu maksiat kan?)
Jika anda meletakkan harga anda pada wang, ketahuilah wang akan habis, bahkan akan mengalami inflasi.. Jadi ketika itu, anda nak letak harga anda di mana?
Jadi, marilah kita fikirkan bersama. Mulia itu diukur atas dasar taqwa bukan material.
sekian terima kasih!
2 comments:
salam
menarik entri anti.iA,banyakkan menjadi dari mencari.
lelaki yang baik utk perempuan yang baik dan sebaliknya.
waalikumusslam.... parents yg bertaqwa utk anak2 yg bertaqwa.. (tiba2~ valid x?)
Post a Comment