Friday, November 18, 2011

Sketsa2 manusia lepas test

bismillahirramanirrahim


“Shinju, kita nak tumpang shinju boleh x? “
“Kita sekali shinju! Kita pun nak tumpang…”

Aik? Tadi pergi dengan siapa? (sekadar monolog prihatin)

“Jom 2 ^_^ dengan senang hati! Soleh sudi menerima.. tadi masa datang kereta penuh tapi yang lain2 ada hal masing2 sekarang dah tak penuh. Naiklah.”

“Shinju!! Dah 1-0! Match paling penting sekali ni! “
“Sapa lawan sape?” Saya yang semestinya bukan pecinta bola sejak dulu hingga kini dah pasti la tak tahu apa2 game.
“Malaysia lawan Indonesia! Indon dah 1. Ni tangah minit2 genting ni shinju!”
“Ha! Artika, awak sokong siapa? Malaysia ke indon?” Kebetulan teman antarabangsa ini menumpang sama.
“Malaysia la shinju. Confirm! Saya suka penjaga gol. (sape nama dia x ingat. Ada khairul kalau x silap) memang hebat la dia jaga gol.”

“Okeh  shinju, stop kat sini. Kitorang nak tengok tv kat blok ni.”
Bergegas mereka turun dan berlari memasuki M22..

Manusia gusar dgn dunia. Takut rugi kalau tak dapat kesenangan dunia. Apa tugas kita yang sedar? Apakah sekadar melihat dan komplen? Menyalahkan orang lain dan lupa menunding pada diri sendiri?

“salam…jangan lupa solat isyak.. 2 saat tiada jaminan kehidupan. Salam sayang.. “
Message sent

Sketsa 2:
“Ukhti, macam mana test energy balance tadi?” saya bertanya kepada junior saya.
“urmm.. cuba dengar suara ni. Mesti dah dapat jawapan.” Juniorku bernada sendu
“saya rasa, saya dah usaha dah..tapi…” dia menyambung
“ukhti, ukhti…jangan macam tu. Sekalipun anti boleh jawab soalan tadi tu, tidak sewajarnya anti merasakan kerana usaha anti lah, anti dapat jawab. Jangan ukhti.. jangan jadi qorun alaf 21 (28:78). Qorun dia claim bahawa kekayaan yang dia miliki tu adalah atas asbab kepandaian dia. Padahal, itu semua kan dengan seizin Allah. Anti makan, pun bukan sebab makanan tu yang buat anti kenyang, tapi dengan rahmat dan izin Allah anti kenyang.. kelak, syurga yang kita rindukan tu pun, andai layak kita melangkah kedalamnya, ketahuilah bukan kerana amal kita yang buat kita dapat masuk syurga. Tapi kerana rahmat dan izin Allah. Kalau Allah x izinkan sesuatu tu untuk berlaku pada kita, ia tetap takkan berlaku. Anti tak boleh jawab, sebab dah memang Allah takdirkan begitu. Dah pasti berusaha tu wajib! Tapi untuk menentukan berjaya atau tak, itu bukan hak kita. Allah takdirkan sesuatu buat kita, inshaAllah itu yang terbaik. Allah nak tegur kita. Mungkin ada dosa2 kita yang kita lupa minta ampun dengan bersungguh2. Anggap itu kifarah dosa. Redhalah dengan takdir Allah. Inikan juga satu ujian. Dan Allah menguji manusia tu dengan nikmat yang baik2 dan bencana yang buruk2 agar manusia itu kembali. (7:168)  Allah rindu tangisan kita. Mungkin Allah suka mendengar rintihan kita. Dah lama tak merintih kot ukht…
Bersyukur dengan semua ketentuan Allah. inshaAllah syukurmu itu akan terbalas. (14:7)..ok ukhti?”
“inshaAllah.. ukht, ana tak solat isyak lagi ni..baru sampai bilik”
“oh ye ke? Ok g solat dulu. Nanti call semula..”

No comments:

Followers