bismillahirramanirrahim
alhamdulillah selesai satu konferens di kawasan perkhemahan yang sangat osemmnessss! Seronok dapat jumpa akhwat yang lama dan baru, merubat rindu, bertukar cerita. Saling mengukuhkan iman diatas setipis keimanan yang ada. Satu perkara yang secara peribadi, saya merasakan sangat penting untuk memastikan kita teguh di jalan Allah ini adalah, menghadiri program2 tarbiyyah di luar kampus. Saya sangat merasakan tamparannya dalam program kali ini walaupun function saya dan team dalam program ni kecik je. Kesibukan menyusun proposal dan thesis untuk projek sarjana muda (PSM) betul2 buat jiwa kacau. Lagi pula sem ni ada PBL. memang kacau. ada dalam sebulan juga saya tertinggal program2 di luar kampus sementara teammates saya yang lain semakin gemuk dengan semngat dgn kefahaman tentang dakwah dan tarbiyyah! jeles betul melihat perkembangan mereka sedangkan saya tersangkut kat kerja2 yang menimbun ni. Alhamdulillah dengan izin Allah saya berjaya menghadiri konferens yang baru sahaja berakhir petang tadi. Setelah saya goreng2 dan ayat2 supervisor, yeeayyy!!! dapat pergi dauroh!! Berlima sekereta menuju ke selangor jam 6.30 ptg kot. Hampir pukul 1.30 pagi baru sampai ke tempat program. Saya merasakan kelainan pada journey kali
UKHWAHFILLAH KOOL!!
Saya ni kalau tersesat atau map yang diberikan tak betul memang sesedap oren je saya akan marah orang yang ada dalam kereta. Inilah salah satu perkara yang masih saya cuba untuk atasi. Padahal orang dalam kereta tu tak salah apapun. Alhamdulillah perjalanan baru ni, saya diuji lagi. Dah pukul 12am, kami masih terkapai2 tak jumpe signboard ke daerah yg di maksudkan. Syaitonirrojim dah mula cucuk, darah da menggelegak. Tapi, tak sempat saya marah lagi, baru keluarkan aura puting beliung tiba2 terus lenyap puting beliung tu dengan nasihat daripada teammates di seat belakang. "akak, orang beriman kan penyabar. innallaha ma'sshobirin." walaupun anda mungkin biasa dengar kata2 sperti ni, (saya pun) tapi mungkin keikhlasan hati dan tindakan selanjutnya tu membuatkan syaitan hantuk kepala kat dinding sebab tak jadi buat saya marah! (woah hyper kot) Lepas cakap macam tu, terus dia bercerita segala tok nenek tanaman dan kenangannya di kampung. Saya pun kalau dah dengar org bercerita mmg fokus. So, fokus saya berjaya dikwal oleh akhwat yg OSEM! ternyata anda sangat mengenali saya dan pandai menganalisa saya! tahniah kepada anda. Allah... mana la nak dapat kawan yang macam ni. Ingatkan kita bila kita menyimpang sikit dari jalan lurus, nak sama2 masuk syurga... Best kan bila di tarbiyyah!
I'M HIKING!
Slot masuk hutan ala2 PLKN. Tapi seingat saya masa saya PLKN di desaru dulu tak lah seteruk ni rintangannya! Ekceli bukan teruk, tapi mencabar. Allah.. Paling best pak cik yang handle kami, minta kami berbaiah sebelum masuk hutan. BAI'AH! Tersimpul urat saya, tiba2 pakcik ni nak bai'ah bagai... tapi bai'ah simple je. Dilarang bercekak pinggang sepanjang trekking, sape cekak pinggang ketuk ketampi sekali. Tapi, apa yang saya lihat di sebalik perkara ini adalah sesuatu yg sangat luar biasa. Kejujuran adalah perkara yang hampir tiada di kalangan umat ini. Tapi, betapa kerana sebuah sumpah setia yg da di lafazkan, walaupun pakcik dan krew2 nya tak nampak, tapi kami tetap menghukum diri sendiri bila sedar diri da bercekak pinggang. Hampir semua akhwat. Ada tu yang ditegur then, tak nak buat tapi lepas cakap sekali je, "jujur dengan diri sendiri ukhti" terus buat ketuk ketampi.. Allah bersihnya la hati adik2 ni.. Rempuh halangan sepanjang trekking ni memang merembeskan peluh tak kira jantina da! baju memang da tak rupa baju, kasut masing2 bertukar jadi but lepas dah masuk selut separas lutut. Masuk lumpur, panjat tanah yg 90 darjah kecerunan, cari jalan sendiri tanpa ada marshall yg jaga kat check point. hanya bunyi wisel sebagai panduan, masuk terowong dlm keadaan berjalan itik, (terowong ni ok lagi) last masuk terowong yang macam sampah!!! (paling tak tahan terowong ni! nak muntah kejap!) busuk, air deras, pastu kena jalan macam komando kena lalu bawah kawat duri. anda boleh bayangkan? eyyewww!! Saya dah mula bersu'uzhon dengan pakcik yang sengaja memberikan arahan tu. Keluar je terowong tu tudung macam nak tanggal dek kerana air deras yang menolak. cepat2 keluar dari tempat yang teruk tu! pastu pergi ke checkpoint seterusnya. "lepas ni apa pula pakcik?" muka da merah, kaki da buat tap dancing menandakan meter kesabaran semakin menurun. "ikut laluan ni pergi kat depan sana. ada sungai. bersihkan diri kat situ. Last." ringkas.
SYURGA DAN KENIKMATANNYA
Saya dengan mata bersinar terus berlari ke arah yang dimaksudkan, da tak pandang kiri kanan terus lari... gedebush!!! masuk dalam sungai yang subhanallah indah. Air bersih, tak macam sungai yg kami lalui sepanjang treking. Sejuk sangat2. Baca ma'tsurat dalam air sampai terketar2... sejukkkkkk... tapi best. Hilang rasanya semua kepenatan dan rasa sakit hati sepnjnag merempuh halangan. *senyum sampai telinga* Allah.. baru je dapat sungai dunia.. Tak la hebat mana pun nak banding dengan syurga.. Kat syurga sungai susu, sungai madu, sungai yang suci.. kata teammates "Allahu akbar.. tak sabarnya nak masuk syurga..." bergetar hati saya dengar.TERSENTAK!. Dada yang riang ria ribena jumpe sungai mula sesak dan sebak.. Time baca ma'tsurat tgh2 sungai dalam keadaan berbaring sambil memandang langit, hati mmg da sebak sangat.
"allahumma anta robbi lailaha illa anta kholaqtani wa ana 'abduka wa ana 'ala ahdika wa wa'dika mastatho'tu. 'adzubika min syarrima shona'tu abu ulaka bi nikmatika 'alayya wa abu u bidzanbi faghfirliy faiinahu la yaghfiru zunuba illa ant."
Pecah tangisan kami. Menghabiskan ma'tsurat dengan sedu sedan. jarang dpt buat macam ni. Jarang dapat peluang untuk penghayatan seperti ini. Sayang sangat kat teammates, kat akhwat semuanya! Nak mandi manda lagi sama2 lepas ni.. tapi kat syurga... T_T
subhanallah. Segalanya indah bila Allah menjadi tujuan dan tumpuan. Alhamdulillah, syukur ya Allah atas peluang ini. Doakan saya dan kita semua terus kuat untuk memenuhi segala peluang utk berkonferens!
kenapa camior? sebenarnya tu coklat beryls yg saya sgt suka dari form5 lagi! masih ada di pasaran dan saya masih mencintai coklat ni! premis 1: saya sangat cintakan camior. premis 2: tarbiyyah itu sama macam camior! conclude: saya cintakan tarbiyyah!!
3 comments:
haha kasut ana putus boh kat selut lumpur tu.
senyum balik kat nurul.. :)
adeq mmg cari penyakit. org suruh pakai kasut hang pakai sandal. sudahnya ant habiskan sampai checkpoint mana?
ana da lukakan kasut anti.. pastu lupe nk bwk blek tggl kat kem... tak pela biar la pakcik tu pakai bwk msuk utan. ana bayar nnt
Post a Comment