bismillahirramanirrahim
Seperti biasa, jam 5.30 petang, tiba masanya untuk pergi
mengutip pahala ziarah. Gadis bertudung litup itu mencapai kunci myvi nya. Hajat
di hati nak ke kolej Ungku Omar pada petang itu.
Kereta dihentikan dibahu jalan.
“pak cik, goring pisang dua ringgit. “
Rezeki pakcik ni. Tiba-tiba hari ni malas nak buat kek
batik.
Langkah di atur ke aras 3 blok J.
“assalamualaikum! Ha! Tengok cite ape tu?” terus sahaja dia
menerpa adik2nya yang membiarkan pintu bilik terbuka.
“kak mimi! Aduh! Dengar cite akk memang suka buat keje redah
meredah ni..” ayat itu d sambut dengan seyum tenang mimi, dan mereka saling
bersalaman.
“ahha! Ayat baru tu. Eleh, kalau x buat salah mesti tak
terkejut punya. Kan sumayyah?” plastic goring pisang bertukar tangan. Meminta agar
tuan bilik memindah kedalam pinggan.
“mana ada kitorang buat salah akk. Ni tengok video budak
kecik kena dera la..” fairuz membela diri.
“oh, nanti boleh present
time pembentngan task besok. Meh manja2 ngan akak. Makan goreng pisang!”
sambal kicap di buka
“wah! Lama akak x datang bawak makanan..ehehe….”
“sumayyah diam je dari tadi, anti merajuk ngan akak ke?”
“eh x lah kak. Ada2 je.”
Mimi menangkap sesuatu yang ganjil dari air muka dan
intonasi suara itu.
Selesai makan sambil berborak dan saling meluku kepala,
pinggan yang kosong dibawa ke tandas oleh fairuz untuk di cuci.
Segera, mimi memberi isyarat mata kepada fairuz agar
meninggalkan dia berdua sahaja dengan sumayyah.
“anti ada nak share something ngan akak ni kan? Cakap la. Kita
berdua je ni. Beserta Allah sebagai saksi.” Mimi mula memancing. Tangannya memaut
bahu sumayyah
“akak, kenapa halaqah ni macam susah ea kak? Tengok macam
akak, kena datang ziarah kitorang jauh2, bawa makanan pula bagi free je kat
kitorang. Bebanan akak mesti lagi banyak dari saya. Saya mungkin setakat handle
program hujung minggu je. ”
“anti Nampak susah tu kat akak atau anti yang sebenarnya
rasa susah tu?”
“urmm.. lebih kurang la kak.”
Mimi mengukir senyuman. Tangannya diturunkan dari bahu
adiknya itu. Lantas mencapai tas tangan di kirinya. Terjemahan al quran
berwarna coklat itu di selak dan di belek.
“akak ada dua ayat2 cinta untuk anti. Baca ni.” Quran bertukar
tangan
Dan katakanlah, “bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat
pekerjaanmu, begitu juga rasulNya dan orang2 mukmin, dan kamu akan dikembalikan
kepada Allah yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada
kamu apa yang telah kamu kerjakan.”
Mata sumayyah mula berkaca. “Allah saksikan segalanya” dia
melirih perlahan.
“sumayyah, moga kesabaran anti seteguh nama anti. Sebab tu
jalan dakwah ni nampaknya macam payah. Banyak kerja kena buat. Memenatkan. Tapi
jangan sampai kita jenuh. Apa yang kita harapkan dari tarbiyyah dan dakwah ni? Hanya
duduk berehat dan enjoy bestnya ukhwahfillah? Tak perlu buat apa2..Betulkan la
perspektif kita kalau persangkaan kita pada tarbiyyah ni begitu. Dakwah ni
menuntut pengorbanan yang tak sedikit. Dalam buku rakaizud dakwah, ada
dituliskan, jalan dakwah ni langitnya dipenuhi dengan badai manakala jalannya
dipenuhi dengan duri. Memang tak mudah. Memang menuntut pengorbanan dan
keteguhan jiwa. Setiap amal dakwah yang kita buat, setiap infaq yang kita
lakukan, pertamanya ia untuk mensucikan diri kita, kedua untuk medapat doa
rasul dan ketiga yang paling penting adalah untuk meperteguh jiwa kita. Membina jiwa
kita. Menjadikan kita insan yang berguna dan bermanfaat. Layaknya seperti besi,
bukan seperti buih. Ni ayat cinta yang kedua untuk anti”
Allah telah menurunkan air hujan dari langit maka
mengalirlah ia di lembah2 menurut ukuranya, maka arus itu membawa buih yang
mengambang. Dan dari apa (logam) yang mereka lebur dalam api untuk membuat
perhiasan atau alat2, ada (pula) buihnya seperti arus (buih arus) itu. Demikianlah
Allah membuat perumpamaan tentang ynag benar dan batil. Adapun buih akan hilang
sebagai sesuatu yang tidak bermanfaat. Tetapi yang tetap bermanfaat akan tetap
berada di bumi. Demikianlah Allah mebuat perumpamaan.
“Faham perumpamaan
ni?”
“buih akan hilang sebab tak bermanfaat, tapi besi yang beri
banyak manfaat akan kekal.”
“ya. Sama seperti kita. Buih tu nak wujud senang je, kocak
je air pasti buih akan tercipta. Tapi besi? Ia harus di tempa pada suhu dan
tekanan yang sangat tinggi. Nak cairkan timah yang tak sampai 50% besi kat bengkel elektrik tu pun suhu pematri kita
lebih 100 darjah celcius kan? Tapi walaupun terpaksa melalui proses yang sukar,
namun di akhirnya besi tu la yang jauh lebih kekal daripada buih, yang sekali jentik, terus
hilang.”
“jadi, kesusahan dan kepayahan ini untuk membentuk saya
menjadi besi?”
“Alhamdulillah kalau itu yang anti faham. Untuk menjadi org
yang kekal kerana manfaat yang mampu diberikan buat ummah. Kita nak bina besi,
bukan buih2. Semakin lama kita ditarbiyyah, harusnya kita menjadi lebih peduli
dengan kondisi umat islam sekarang. Dengan kesedaran tu, kita da tak toleh
kebelakang lagi. Kalau dulu halaqah enjoy, riang gembira, tapi sekarang setelah
kefahamn dan kesedaran anti da bertambah, anti sewajarnya berbuat sesuatu yang
lebih dari sekadar halaqah.”
“InshaAllah, baru saya faham kenapa saya kena buat semua
benda ni. Jazakillah khoyran. Cuma saya takut, sekarang ni faham, semangat,
tapi nanti seminit lepas akak balik kang, saya berbolak balik pula hati.. mcam
mana ni kak?”
“atau dengan kata lain, akan terjadi fenomena future atau
down kan?”
“yup2.”
“Ubatnya, istighfar, amek wuduk, jangan menyerah dengan tipu
daya syaitan. Tingkatkan lagi kualiti dan kuantiti mutabaah. Moga dengannya,
hati kita lebih bersih dan seterusnya, hilang rasa down tu. Berusaha untuk
terus ikhlas ye ukhti?”
Tak semena2 tubuh mimi dirangkul. Kepala sumayyah sudah
berada di bahu kirinya.
“akak, saya bersyukur sangat dapat jumpa tarbiyyah ni. Saya nak
tetap terus di sini sampai saya mati memperjuangkan agama ni.”
Pada ujian yang mendatang, kepayahan yang menyinggah,
keputusasaan yang membelot keimanan, kembalikan kepada Allah. Adukan segalanya
kepada Dia. Teruskan istiqomah. Terus melaju. Jangan pandang lagi kebelakang
kerana seringkali belakang itu melemahkan. Anda ada Rabb yang Maha pengampun,
Mohon ampunan darinya. Anda ada Rabb yang maha mendengar, mengasihani,
mencintai, adukan segala yang terbungkam dalam benak anda kepadaNya. Jangan sesekali
melepas anugerah tarbiyyah ini. Jangan sesekali menolak setiap peluang amal
yang dibentang kepada kita. Sabarlah kerana di akhir kesabaran itu indah.
2 comments:
salam alaik, sangat bermakna.
mohon izin share.
waalaikumussalam. share je sebarang kebaikan. tiada milik saya.
Post a Comment