bismillahirramanirrahim
Tak kira la bila pun malam al-qadr, dah berlalu atau belum.. apa yang penting teruskan je beribadah. Teruskan menghidupkan malam2 terakhir ramadhan kita. Hidupkan dengan zikir2 dan solat sunnah, dengan muhasabah. Jika tak mampu utk beribadah, cukuplah dengan kita menjauhkan diri daripada melakukan kemaksiatan kepada Allah.
Semalam sewaktu on the way balik rumah dari ofis, saya ada dengar tazkirah daripada ustaz tak ingat nama dia. ingat nama ayah dia je. watar. Radio best 104.10 beliau menceritakan tentang lailatul qadr. Ada beberapa surah yang di ulas berkait dengan lalilatul qadr. yang saya ingat, surah al qadr dan surah ad dukhan. Lailatul qadr adalah malam yang barakah dan malam yang sangat hebat kerana malaikat dan ruh (jibrail) turun ke bumi pada malam itu. Malaikat mendoakan penduduk bumi yang berdoa dan beribadah pada malam itu. Jadi kerana kehebatan inilah kita diseru utk mengejar lailatul qadr.
Masa kecik2 dulu selalu kawan2 ngan ustazah cakap kalau lailatul qadr tu pokok akan sujud (kelihatan tunduk) air akan beku, jam berhenti berdetik la... Saya tak tau la sejauh mana kebenarannya.. Saya ingat masa saya matrix dulu alhamdulillah dengan izin Allah saya dapat bangun qiam setiap malam even saya datang bulan pun saya bangun juga. Tapi saya tak alami apa yang diceritakan ketika saya kecik2 dulu. So, orang cakap orang yang tertentu je akan alami perkara tu.. orang yang ibadah dia superb la. Komfem la saya tak jumpa en..
Tapi, saya dapat percerahan pagi tadi, tak kira la bila pun mlm al-qadr tu kita kena teruskan je beribadah.. Allah Maha melihat dan mendengar. Allah pasti mengetahui. Kelebihan mendirikan malam2 di bulan ramdhan ni Allah pasti akan kurniakan kepada kita! pasti! Dan satu lagi, manfaatkanlah bulan ramadhan ini utk berdoa sebanyak banyaknya sebab Allah buka pintu langit seluas-luasnya bulan ramadhan ni! Setiap doa akan sampai kepadaNya!
ok wassalam!
No comments:
Post a Comment