bismillahirramanirrahim
"Saya sayang anda kerana Allah"
Antara ayat tipikal yang sering didengari desawarsa ini. Tapi, hakikat atau falsafah disebalik ayat itu sering dikhianati. Anda kata anda sayang dia kerana Allah, tapi kenapa apa yang dilafazkan di mulut bersalahan dengan apa yang terzahir pada perlakuan. Contoh:
"Abang kena buang kerja. Gaji bulan ni dapat half je." kata si suami kepada isterinya.
"Abes tu, apa plan abang sekarang? abang pegi la cari kerja lain dulu" kata si isteri acuh tak acuh kepada suami. Elok je suami nak pegang tangan, cepat2 dia lari ke dapur.
Hello! dulu masa suami baru dapat naik pangkat bukan main lagi, bertahmid memuji2 Allah. Bukan main lagi melayan suami. Kalau boleh nak buat spa agaknya kat rumah tu untuk merawat keletihan suami yang baru balik kerja. Tapi bila diuji dengan kesempitan hidup sikit, dah mula tarik muka. Mula nak menjauh dari suami. Merasakan suami tak menjalankan tanggungjwab dengan baik. Haila... Patutnya, seperti mana anda bertahmid memuji2 Allah waktu senang dulu, seperti itulah anda harus lakukan saat ditimpa musibah ini. Dulu anda yakin semua kesenangan tu adalah rezeki daripada Allah. Yakin akan sifat Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. Takkan skarang ni pulak anda nak berpaling, cakap perkara yg sebaliknya. Allah tetap bersifat dengan sifat yang sama. Kalau kasih sayang tu memang anda sandarkan benar2 kepada Allah, maka apa jua yang berlaku pastinya takkan mengubah walau semikro pun sayang anda kepada pasangan anda kerana anda sayang dia kerana Allah. Allah kekal. Allah tetap dengan sifat2Nya yang mulia, tak berubah sikit pun. Kalau sayang anda itu bersandarkan harta, harta tu akan habis. Kalau berlandaskan rupa, kulit yang tegang akan kerepot. Kalau berlandaskan keturunan, yakinlah ia bisa pincang. Tapi kalau bersandarkan agama Allah, maka itulah yang akan menjadi penyejuk mata dan penyenang hati sampai bila2.
wink wink...!
"uhibbukifillah!"
ha!! ni satu lagi!!!! anda pernah dengar sebelum ini? atau yang sesama lelaki, "uhibbukafillah". Ni stok2 yang pakai tudung labuh atau tshirt labuh, atau yang lelaki, stok2 yang pakai selaur jeans tapi tak layan korea, yang sentiasa berusaha solat berjemaah kat masjid. Stok orang baik2, ditarbiyyah inshaAllah. Makna perkataan yang dicoretkan adalah, "saya mencintai kamu kerana Allah". Apa fenomena yang saya lihat sekarang, (mungkin saya ni tengok yg negatif je kot) kata2 ini valid hanya untuk mereka yang satu wasilah sahaja atau mereka yang sekapal. Kalau naik kapal lain, atau nak berhenti belayar, seolah2 perkataan yang diucapkan tu terus luput dari ingatan orang yang melafazkannya. dan seakan-akan saya tak pernah berjanji apa2. Atau nak senang faham, cinta yang dilafazkan tersebut bersandarkan kapal. Ia seolah-olah begini, saya sayangkan anda kerana anda sama2 naik cruise dengan saya. Bekerja untuk menjalankan cruise ini bersama saya. Bila orang yang disayangi tersebut mengambil keputusan untuk menaiki bot pula supaya lebih zuhud, maka orang2 didalam cruise tadi terus melupakan individu yang mangambil keputusan untuk meninggalkan cruise terbabit. Bila orang yang menaiki bot tadi menghantar sms kepada individu yang di cruise, meminta panduan bagaimana nak sampai ke pelabuhan kerana mentahnya mereka dalam selok belok perlautan, tiba2 sms tersebut dibalas dengan sinis, "anda kan ada nakhoda yang baru. Tanyalah kepadanya." Eh, rugi ke kalau anda beritahu map yang benar kepada bekas ahli cruise anda tu? Kan nanti anda juga yang dapat pahala senilai dengan mereka yang menaiki bot tu. Anda pun tahu kan mereka nak ke pelabuhan tu untuk melakukan kebaikan. Bukan fahsya'.
Yang lebih tragis lagi adalah, bila orang yang menaiki cruise terlalu ramai. Maka, ada yang akan rasa terpencil. Mungkin dia ada melakukan satu kesilapan di dalam cruise. Lalu, dengan kesilapan tu dia malu dengan penumpang dan kakitangan crusie lainnya. Apa yang dilakukan adalah memencilkan diri kerana malu. Akibat terlalu lama memencilkan diri, tambahan pula dapat melihat keseronokan manusia bermain banana boat di tepian pantai, maka apabila cruise berhenti di persisiran pantai tersebut, dia memilih untuk meninggalkan cruise kerana sudah tidak lagi dipedulikan dan malu. Dia mengambil keputusan untuk berada di pantai itu menikmati keseronokan dan sisa2 hidupnya. Yang peliknya, orang2 di cruise tetap sahaja meninggalkannya. "kami beri kata dua, nak teruskan belayar dan sampai ke garisan penamat atau nak berhenti di sini dan terus membusuk di sini?" Apesal tiba2 nak berkata dua ni.. anda tak selami lagi permasalahan dia. Tak beri peluang untuk dia baiki kesilapan. Tak berlemah lembut untuk membasmi kemungkaran, tiba2 anda nak gunakan kekasaran. (kasar bahasa atau perbuatan) Ape kes kan. Dia pun tak tahu yang anda ambil berat tentang dia. Pastu bila next time anda sampai lagi ke pantai tu, anda nampak dia dengan riang gembira berseronok kat pantai tu, anda komplen, "inilah jadinya bila dah tinggalkanlah cruise. Tak sedar diri ada tujuan yang patut di tujui." amboi2 statement macam malaikat btol!. "dia yang pilih untuk tinggalkan cruise. Kita dah beri peringatan tapi dia yang tak nak. buat apa buang masa dengan orang yang enggan ni". walaweh. tak menahan btol.
Ingatlah, anda pernah cakap kepadanya, UHIBUKIFILLAH/UHIBBUKAFILLAH. Tak kiralah apa jua yang terjadi kepadanya, sampai bila2 pun, anda sayang dia kerana Allah. Bila sayangkan seseorang itu kerana Allah maka fikirkanlah syurga untuk dia. -Credit to hilal asyraf-. kalau sayang seseorang kerana Allah, bantulah dia untuk meraih syurga.
sekian!
post yang sarkastik buat mereka yang memahami!
7 comments:
hahaha. weh, best giler citer cruise and bananana (suara tv3) boat. haha. cruise and boat, sampan ad x? hehe.
^_^ nice post.
But, lain kesnya kalau si suami tu sendiri yang menjadi asbab membuat "cinta" mereka pada awalnya kerana Allah bertukar sebaliknya.
Mungkin kena buang kerja tu, sebab amik rasuah, tak dengar cakap bos, atau sikap2 sendiri yang datang kerja lewat, tak datang kerja, tak buat kerja seperti yang diharapkan departmentnya, buat kerja acuh tak acuh dan sebagainya. Sedangkan si isteri dah pesan dan selalu ingatkan si suami. So.. wajar2 je isteri bersikap macam tu bila suami kena buang kerja.
hmm..
adeq: BANANANA.... sampan takde la.. da outdated
kak AB: Kalau kesnya begitu, saya setuju dgn pendapat akk. Tapi yang saya coretkan di sini adalah sebaliknya. Ha, akk boleh kupas isu ni. Cane kalau suami yg mcm tu? PAtut diceraikan ke atau cane...
post yang sentap..
Nak menarik perhatian sang mutiara sinju soleh..
"Yang lebih tragis lagi adalah, bila orang yang menaiki cruise terlalu ramai. Maka, ada yang akan rasa terpencil. Mungkin dia ada melakukan satu kesilapan di dalam cruise. Lalu, dengan kesilapan tu dia malu dengan penumpang dan kakitangan crusie lainnya. Apa yang dilakukan adalah memencilkan diri kerana malu. Akibat terlalu lama memencilkan diri, tambahan pula dapat melihat keseronokan manusia bermain banana boat di tepian pantai, maka apabila cruise berhenti di persisiran pantai tersebut, dia memilih untuk meninggalkan cruise kerana sudah tidak lagi dipedulikan dan malu ...((baca sambungannya)"
bila baca ni.. teringat kisah seorang sahabat agung.. seorang ahli badar yang telah di iqab oleh Allah dan rasul serta seluruh orang mukmin.. Ka'ab bin Malik atas kesilapan dia u berlengah2 menyertai perang tabuk. Yang tersentap dengan kisah ini adalah bagaimana kekuatan iman ka'ab bin malik dlm menghadapai tempoh pemboikotan yang tidak di ketahui penghujungnya..dari seluruh kaum mukmin, sehingga salamnya sahaja tidak boleh dijawab. tapi kaab tetap juga bersabar dan menerima iqab tersebut dengan penuh keinsafan.. sedang ada sahaja antara mereka yang tidak pergi berperang terlepas dari iqab. dlam tempoh pemulauan tu juga..Ka'ab menerima surat jemputan khas dari Raja Ghassan (kerajaan kafir yang kuat di semenanjung arab) untuk menyertai mereka dan dijanjikan pelbagai habuan. Pihak musuh Islam cuba memecahkan saf muslimin dengan menghasut mereka yang dalam keadaan tersepit seperti Ka'ab supaya membelot. Mereka yang lemah iman atau gopoh sudah tentu mudah terpengaruh. tapi kekuatan iman dan ukhuwah.. kaab masih tetap bersangka baik terhadap seluruh kaum muslimin.. boleh kaji lagi sirah ini..
subhanallah.. kadangkala kita memandang di sebelah pihak je..melhat dr segi buruknya ahli kapal memperlakukan kita.. sedang kita jrg menerima burukknya tingkah kita memperlakukan semua ahli kapal tu..
teguran, iqab, pemulauan itu merupakan lambang cinta.. bukan kebencian.. kalu dlm sirah kaab tadi..dia memilih tawaran raja Ghasan.. maka itu pilihan dia kerana dia berputus asa dengan rahmat Allah dan mencari kesenangan dan kepuasan lain..
dalam pelayaran yang penuh dengan badai ini.. Hendaklah cuba sedayanya ujian Allah dengan redha dan jauhi pengaruh emosi yang berlebihan kerana selalunya pertimbangan kita cenderung untuk salah ketika dikuasai perasaan. Dan jangan terlalu tenggelam melayan perasaan sedih dalam tempoh itu. Ka'ab contoh keteguhan peribadi ketika menjalani hukuman walaupun cubaannya begitu berat seperti tidak dijawab salamnya oleh para mukminin termasuk sahabat paling rapat dengannya. Pemulauan mutlak oleh Nabi saw dan para sahabat, tapi tidak bertindak menyalahkan y lain..
setiap kapal ada cara, ada systemnya sendiri.. tak salah menunjuk arah.. tapi tak semua nakhoda suka bila ada nakhoda lain masuk campur urusan kapal dia. maka..mengelak pemasalahan atau perselisihan faham..maka bertindak menghormati sytem dan cara dia adalah lebih baik..bagi ahli kapal, yakinlah dengan nakhoda kita. kita telah memilih dia menjadi ketua..jgn ragui apa y dia lakukan. kerana kita memilih atas dasar keimanan.salinglah berlapang dada..jika mmg sudah tidak yakin,, tidak bermakna dia salah dan tidak bermakna kita salah.. tapi cara fikir y berbeza.. sekali lagi. perbezaan itu satu rahmat. no body is perfect. saling memaafkan adalah lebih baik dari menyebarkan keburukan mana-mana kapal.
selalu dari kehidupan kita.. bila kita dari kapal lain.. pindah ke kapal lain.. kita selalu menceritakan keburukan kapal lain.. natijahnya.. antara kapal sebelumnya tak bermasalah..timbul masalah.
renung-renungkan...
first time masuk blog santapansentap yang memang sentap.
enonimus: Alhamdulillah penjelasan yang panjang lebar. Jika saya hanya mengupas dari perspektif ahli cruise yang ditinggalkan, anda telah memberi pencerahan dari perspektif nakhoda kapal pula. Alhamdulillah, satu ilmu untu diaplikasi kelak bagi kita semua. sebab itu saya ingin menegaskan faksafah disebalik ANA UHIBBUKIFILLAH/UHIBBUKAFILLAH adalah, FIKIRKAN SYURGA UNTUK DIA. sayang dia, fikirkan bagaimana nak masuk syurga sama2 ngan dia. ok,
akutaukosapewahaienonimus.
sama2 sebab saya dah bc.. post ni sumpah cool. (nak share)
panjang guler anon komen. leh wat post baru. hehe. sapa3 anon ni.
Post a Comment