Thursday, December 22, 2011

prodigi cinta

bismillahirramanirrahim

alhamdulillah setinggi syukur sama2 kita rafa'kan kepada Allah SWT dan sedalam-dalam cinta buatNYA atas segala nikmat yang telah dikurnia.

Kadang saya terfikir, kenapa saya di sini? berada dalam lingkungan manusia2 bertudung labuh, berada dalam bulatan ilmu yang fokus dn komited melahirkan daie2 yang sejatinya siap untuk menghadapi  gelombang "transformasi" manusia yang semakin jauh daripada nilai2 moral apatah lagi akhlaq islami yang digariskan islam. Sering saya terfikir, bagaimana ia boleh bermula?

"Allah memberi hidayah kepada siapa yang dikehendaki. Kita diberi peluang untuk berada di jalan tarbiyyah ini, ia merupakan satu anugerah terbesar daripada Allah.  Merasa untuk berbuat kebaikan. Itu merupakan sebuah hidayah. Tarbiyyah ini adalah hadiah. Jika kita tidak berada disini,tidak dipertemukan dengan tarbiyyah, agak2 dimana kita sekarang? Apa yang akan kita lakukan sekarang? Dalam pada kita ini yang byk berdosa, bermacam2 keingkaran yang kita lakukan, namun tetap sahaja Allah berkehendak  memilih kita utk dihadiahkan hidayah tarbiyyah ini."

sebuah taujih ringkas yang sangat membekas dijiwa. dari seorang al akh yang sangat terkenal dengan cerpen2  islami. tanpa sedar air jernih tumpah diatas buku catatan gadis permata itu. Tak semena-mena kenangan silam menerpa. Teringat kenakalan dan kedegilannya ketika berada di menengah atas. Fasa transisi seorang remaja, mencari identiti diri, mencari erti sebuah kehidupan. Hanyut dengan dunia yang direkanya. Tak sering dikongsi sejarah hitam hidupnya. Menyakitkan untuk dikenang kembali. Dia memang dahulunya seorang remaja yang nekad. Pantang di larang, pasti akan melakukan pemberontakan hingga akhirnya langkah diatur  keluar dari tempat kelahirannya. NEKAD. itulah gadis itu. Seawal usia 16tahun sudah diberi kebebasan sepenuhnya. Travel ke sana ke mari seorang diri. Rumit merungkai segala kekalutan jiwanya tika itu. Gadis itu bebas melakukan segalanya. tiada lagi ibu bapa untuk menghalang kehendaknya. Kakak pula sibuk dengan kerjanya, cukup baginya jika gadis itu tidak membuat sebarang masalah di sekolah dan skor dalam setiap mata pelajaran. SKOR. itu sahaja syaratnya,. MUDAH! gadis itu sering mendapat kedudukan yang baik dlm tingkatan. KEJAYAAN ITU SATU UJIAN.

"...dan kami menguji mereka dgn (nikmat) yg baik2 dan (bencana) yg buruk2 agar mereka kembali (kepada kebenaran)" [7:168]

tak pernah terlintas dibenaknya akan kejayaan itu merupakan satu ujian baginya. Dengan kejayaan yang diraih, hampir sahaja dia melanjutkan pelajaran ke luar negara. Namun, aturan Allah mendahului. Ternyata cintaNya tak bertepi. Manusia merancang, dan Dia juga merancang, dan perancaganNya lah yg terbaik. Takdir Allah menempatkannya di sebuah institusi pendidikan di kedah. Di situlah segalanya bermula. Berkenalan kembali dengan Allah. Menyulam kasih dan cinta pada yang halal. Bermujahadah meninggalkan segala kebiasaannya yang bukan mudah untuk di lakukan. Namun, demi pembuktian terhadap sebuah cinta, segalanya ditempuh.

sehingga saat ini, sering hati berbisik, apa yang melayakkan aku untuk mendapat semua ini? bukan soal KELAYAKAN yang harus dirunsingkan. Anugerah ini daripadaNya dan tindakan yang harus dilakukan adalah mensyukurinya dan menebarkan cintaNya di bumi bukan sibuk memikirkan ketidaklayakan diri. Setelah kekufuran dan kemaksiatan demi kemaksiatan kita lakukan, namun Allah tetap menghadiahkan tarbiyyah ini pada kita. Tidakkah kita mahu bersyukur? Berbuat semaksimanya utk agama Allah. Kemenangan buat agama ini  PASTI terjadi.persoalannya, adakah kita menjadi rantai2 penyambung perjuangan?

Kerana Allah, teruskanlah bersabar.

Sunday, December 4, 2011

emo

bismillahirramanirrahim

kembar solihin jadi mangsa keadaan..asif ya syu..

Friday, November 25, 2011

MAHAR

bismillahirramanirrahim

Topik yang sangat bagus telah dikupas oleh Dr Zaharuddin Abd Rahman rabu lalu. On the way saya pulang semula ke UTM 2hari lps, IKIM.fm menyiarkan satu program soal jawab bersama ilmuan yang sangat saya sanjungi ini. Mahar bagi seorang wanita itu bukan harga yang diletakkan pada dirinya. Masyarkat sering rigid mengenai perkara ini. Kalau anak perempuannya ada degree, maka mas kahwinnya mesti harga RM10k keatas. kalau ada master, RM20k ++ . Atau pun melihat pada kerjaya seorang anak. Jika gadis itu seorang arkitek, doktor, jurutera atau apa2 sahaja professionalisma yang boleh dibanggakan, maka sah2 mas kahwinnya menelan ratusan ribu ringgit.

sedangkan mulia atau hinanya wanita yang bakal dikahwini itu bukanlah berdasarkan nilaian mas kahwinnya. Tetapi ianya terletak pada taqwanya kepada Allah. "sesungguhnya org yg paling mulia diantara kamu adalah org yg paling bertaqwa" [49:13]

Jika seorang gadis, dinilai pada mas kahwinnya, apa ukuran anda terhadap Saidatina Fatimah bt Muhammad yang mana maharnya hanyalah sekadar baju besi saidina Ali? Sedangkan di akhir hayat Rasulullah, baginda berbisik kepada Fatimah bahawa, dia akan menjadi penghulu wanita di syurga. So, anda yang mas kahwinnya rm77777777, ada jaminan macam ini? Atas parameter apa kemuliaan itu anda tetapkan?

Dr Zaharuddin juga ada menyatakan fenomena kahwin cerai kahwin cerai terutama dikalangan selebriti yang mana mas kahwinnya sungguh diluar jangkaan. Bahkan majlis pernikahannya sangat hebat, sewa ballroom(jika di hotel) satu kepala rm60. kalau seribu tetamu? dan selebriti pulak...mana ada seribu je tetamu dia..beribu ribu woo... kan berlaku pembaziran di situ. Berpanjangannya sesebuah rumahtangga , sangat dipengaruhi oleh keberkahan  selain daripada dengan keizinan dan kehendak Allah.. Bagaimana ikatan ini akan barakah andai permualaannya sahaja sudah ada agenda maksiat. (pembaziran itu maksiat kan?) 

Jika anda meletakkan harga anda pada wang, ketahuilah wang akan habis, bahkan akan mengalami inflasi.. Jadi ketika itu, anda nak letak harga anda di mana?

Jadi, marilah kita fikirkan bersama. Mulia itu diukur atas dasar taqwa bukan material.

sekian terima kasih!

Friday, November 18, 2011

positif

bismillahirramanirrahim

4hari lepas, saya balik rumah. Lepas tu adik saya pulangkan majalah sinergi yang dia tak habis jual. Saya pun membelek...

"apa ni abid....tengok da buruk da majalah ni. Mana boleh nak jual lagi ni.. ko kena bayar ganti rugi ni." saya sekadar bergurau.

lantas, abid pun terus buka almari, amek duit dan

"bak sini.. nah amek" dia memberi rm3 kepada saya.

"tak yah la nak touching sangat. aku gurau je la." saya menolak duit tersebut dan memberi kembali majalah tadi.

tanpa sebarang kata, abid bangun dan terus naik atas. masuk bilik. saya pun malas nak layan orang merajuk. saya teruskan kerja saya. beberapa minit kemudian,

tara!!!! ini hasilnya!

abid kena marah. Tapi dia tak marah balik. Dia tukar channel. Dari rasa sakit hati, ke rasa senang hati. Dengan proaktif, dia gunting2 majalah anis dan buat poster ni. 

saya: wah abid! kreatifnya!!!
adik saya: smart kan KRS lelaki ni.  tapi KRS perempuan ni macam lack sikit la..


zoom untuk baca..

saya: okeh je.. meh sini aku promote kat blog
adik saya: tak yah la. ni saje2 je buat.. nak alihkan tumpuan

saya pun terkesima dan rasa "sesuatu". Tak sangka, adik saya sudah sematang ini. 

**org yg paling kuat adalah org yg mampu menahan amarahnya.

Sketsa2 manusia lepas test

bismillahirramanirrahim


“Shinju, kita nak tumpang shinju boleh x? “
“Kita sekali shinju! Kita pun nak tumpang…”

Aik? Tadi pergi dengan siapa? (sekadar monolog prihatin)

“Jom 2 ^_^ dengan senang hati! Soleh sudi menerima.. tadi masa datang kereta penuh tapi yang lain2 ada hal masing2 sekarang dah tak penuh. Naiklah.”

“Shinju!! Dah 1-0! Match paling penting sekali ni! “
“Sapa lawan sape?” Saya yang semestinya bukan pecinta bola sejak dulu hingga kini dah pasti la tak tahu apa2 game.
“Malaysia lawan Indonesia! Indon dah 1. Ni tangah minit2 genting ni shinju!”
“Ha! Artika, awak sokong siapa? Malaysia ke indon?” Kebetulan teman antarabangsa ini menumpang sama.
“Malaysia la shinju. Confirm! Saya suka penjaga gol. (sape nama dia x ingat. Ada khairul kalau x silap) memang hebat la dia jaga gol.”

“Okeh  shinju, stop kat sini. Kitorang nak tengok tv kat blok ni.”
Bergegas mereka turun dan berlari memasuki M22..

Manusia gusar dgn dunia. Takut rugi kalau tak dapat kesenangan dunia. Apa tugas kita yang sedar? Apakah sekadar melihat dan komplen? Menyalahkan orang lain dan lupa menunding pada diri sendiri?

“salam…jangan lupa solat isyak.. 2 saat tiada jaminan kehidupan. Salam sayang.. “
Message sent

Sketsa 2:
“Ukhti, macam mana test energy balance tadi?” saya bertanya kepada junior saya.
“urmm.. cuba dengar suara ni. Mesti dah dapat jawapan.” Juniorku bernada sendu
“saya rasa, saya dah usaha dah..tapi…” dia menyambung
“ukhti, ukhti…jangan macam tu. Sekalipun anti boleh jawab soalan tadi tu, tidak sewajarnya anti merasakan kerana usaha anti lah, anti dapat jawab. Jangan ukhti.. jangan jadi qorun alaf 21 (28:78). Qorun dia claim bahawa kekayaan yang dia miliki tu adalah atas asbab kepandaian dia. Padahal, itu semua kan dengan seizin Allah. Anti makan, pun bukan sebab makanan tu yang buat anti kenyang, tapi dengan rahmat dan izin Allah anti kenyang.. kelak, syurga yang kita rindukan tu pun, andai layak kita melangkah kedalamnya, ketahuilah bukan kerana amal kita yang buat kita dapat masuk syurga. Tapi kerana rahmat dan izin Allah. Kalau Allah x izinkan sesuatu tu untuk berlaku pada kita, ia tetap takkan berlaku. Anti tak boleh jawab, sebab dah memang Allah takdirkan begitu. Dah pasti berusaha tu wajib! Tapi untuk menentukan berjaya atau tak, itu bukan hak kita. Allah takdirkan sesuatu buat kita, inshaAllah itu yang terbaik. Allah nak tegur kita. Mungkin ada dosa2 kita yang kita lupa minta ampun dengan bersungguh2. Anggap itu kifarah dosa. Redhalah dengan takdir Allah. Inikan juga satu ujian. Dan Allah menguji manusia tu dengan nikmat yang baik2 dan bencana yang buruk2 agar manusia itu kembali. (7:168)  Allah rindu tangisan kita. Mungkin Allah suka mendengar rintihan kita. Dah lama tak merintih kot ukht…
Bersyukur dengan semua ketentuan Allah. inshaAllah syukurmu itu akan terbalas. (14:7)..ok ukhti?”
“inshaAllah.. ukht, ana tak solat isyak lagi ni..baru sampai bilik”
“oh ye ke? Ok g solat dulu. Nanti call semula..”

Followers