Nora menggosok2 matanya. Selang beberapa saat tangan
kanannya beralih ke mulut menutup kuaknya yg entah kali ke berapa.
“Mengantuknyaaaaa!!!!” dia menjerit sendirian
didalam Honda-nya. Pedal minyak ditekan
hingga mencecah lantai. Bertungkus lumus nora cuba menghilangkan ngantuknya. Tindakannya
menambah kelajuan difikirkan tidak begitu selamat dan kurang membantu
menghilangkan mengantuknya. Nora fed-up dengan siaran radio ikim-fm pada petang
itu. Dia tidak berminat dengan bual bicara yg sedang berputar di stesen radio
tersebut.
Jam menunjukkan pukul 3petang. Destinasi yang perlu
dituju berbaki 70km lagi. Akhirnya, dia pun menukar stesen radio. Dia menekan2
butang next pada radionya. Mencari mana2 siaran radio yg lebih menarik
perhatian. Tangannya terhenti menukar siaran apabila terdengar intro guitar
lagu kegemarannya. Sudah lama dia meninggalkan lagu tersebut. Sejak dia
melangkah ke UKM, hanya ikim-fm yg menjadi halwa telinganya. Dia pun sudah lupa
apa frekuensi fly dan hitz.fm. Volume di naikkan sehingga 22. Maka penuhlah keretanya
dgn nyanyian green day. Berselang2 suara Nora dengan suara radio.
Like my father come to
pass
Seven
years has gone so fast
Wake
me up when September ends
Here
comes the rain again
Falling
from the stars
Drenched
in my pain again
Becoming
who we are
Tiba2 rasa nak cari
code guitar lagu ni la.. nanti dah sampai rumah angah, mintak suami dia try
main lagu ni sekali!
As my
memory rests
But
never forgets what I lost
Wake
me up when September ends
Summer
has come and passed
The
innocent can never last
Wake
me up when September ends
Bibirnya menguntum
senyuman. Jalan lurus di plus highway yang tadi membuatnya mengantuk dan bosan
kini sudah berjaya diatasi dengan Wake me up when September ends. Ingatannya terus
tertumpu kepada Onry. Nama manjanya yang diambil sempena nama striker arsenal,
Thierry Henry. Perkenalan mereka bermula pada tahun awal tahun 2006 ketika itu
onry masih dalam pengajiannya di Kuktem pada tahun akhir. Nora pula baru sahaja
usai PMR dan baru memulakan hidup sebagai pelajar tingkatan 4.
Bulan januari
sangat sukar bagi nora ketika itu kerana dia sudah tebal muka dengan guru
disiplin yang telah mengenalinya kerana tertangkap di mall ketika waktu
persekolahan. Gara2 bosan dengan aktiviti yang dikendalikan guru2 kepada
pelajar tingkatan 3 yang sudah mengambil peperiksaan dan menghitung hari untuk
cuti sekolah yang panjang, maka dia nekad mengikuti rakan2nya untuk fly dari
sekolah ketika waktu rehat. K-box adalah tempat kegemaran mereka selain bowling
alley yang mana banyak duit telah dilaburkan disitu. Sedang asyik mereka
beraktiviti, datanglah Kaunselor sekolah, Cikgu azizul rahman yang dapat
menghidu kegiatan ponteng pelajar tingkatan 3 sejak 3 hari sebelumnya. Semua pelajar
yang ditangkap dibawa ke bilik disiplin utk mendapat kata dua daripada Cikgu
Salihun, guru disiplin yg sgt digeruni. Rotan sudah tersedia diatas meja. Nora
dan 2 rakan yg lain kini memasuki ruangan detention. Puas digertak, dimarah,
dan akhirnya dirampas telefon bimbit masing2, cikgu salihun mengakhiri sesinya
bersama mereka bertiga dengan satu ayat yang sangat menyentap tangkai hati, “tahun
depan saya dah taknak tengok muka kamu dekat sekolah ini lagi.”
Kerana itu, januari
2006 adalah bulan yang sukar bagi nora. Dia masih berada di sekolah yang sama. Dia
berusaha untuk tidak terserempak dengan guru disiplin. Sebagai persediaan dia
telah memohon SBP dan sekolah teknik, tetapi keputusan 7A 2B dalam PMR yg
diraihnya masih belum merezekikannya ke mana2 sekolah yang dipohon. Sehingglah awal
February, dia menyemak status permohonannya di laman web jabatan pendidkan
teknikal. Yes!! Nora di terima di SM Teknik Kuala Selangor dalam bidang
kejurteraan Elektrik.
Nora langsung tidak
pernah terfikir untuk menjadi seorang jurutera kerana sejak dari kecil dia
hanya bercita2 untuk menjadi seorang peguam atau ustazah. Tapi kegagalannya
untuk mendapat tempat di SBP telah menyebabkannya menukar cita2nya kepada
menjadi seorang jurutera. Nora tidak tahu apa yang bakal di alaminya nanti. Dia
tidak tahu latar belakang bidang kejuruteraan. Dan pada waktu itulah munculnya
onry yang banyak memberi motivasi dan menyokongnya. Onry merupakan pelajar
bidang kejuruteraan automotif di Kuktem ketika itu. Dahulunya dia bersekolah di
Sambest. Ilmu kejuruteraan yg ada dikongsi sedikit sebanyak kepada Nora. Dia
sering memberi motivasi kepada nora untuk memastikan Nora sentiasa cemerlang
dalam akademiknya. Mereka sering belajar bersama walaupun medium perhubungan
mereka hanyalah melaui SMS.
Mereka tidak kenal 1 sama lain kerana Nora yang
tersalah menelefon onry ketika dia perlu menelefon rakan perempuannya. Beberapa
kali dia call dan SMS, tapi SMS tak berjawab. Call pula, pelik aja bunyinya
setiap kali onry menjawab panggilan. Rupa2nya, apabila dia bertanya kepada
rakannya itu, ternyata Nora telah tersalah dail. No 5 dan 8 tertukar. Sejak itu
persahabatan mereka mula terjalin tanpa bertemu empat mata.
salam, onry kau tolong
jawabkan soalan ni bole? Aku da try banyak kali, jawapan aku dapat tak sama
dengan skema jawapan. Ni ha,
int (2 to 5) (3x^5 +
3)/2x
sent 12.30am
930.2 aku dapat. Jawapan
belakang berapa?
Sent, 12.35am
Pergh laju gile ko kira
onry! Sama jawapan ko dgn aku. Jawapan belakang 420.3. nak nanges ah camni!
Sent, 12.37am
Ala soalan budak SPM
celah gigi je la. Aku budak Sambest kot, malulah kalau x boleh beat budak
sekolah teknik.. jawapan belakang tu salah kot nora. Ko tak payah ikut, x yah
nak nanges ke stress bagai. Ko move next question je. Lagi berapa soalan ni?
Sent 12.41am
Ko ni x abes2 riak
takbur ujub dgn sambest ko tu! Ko tgk la result spm aku nnt.! Ok. Aku move ke
soalan lain. Aq tgh buat paper 2 add math ni. Ada 3 soalan lagi. Kena buat graf
2, pastu soalan proba. Nnt kalau aq x blh jawab aku sms lagi. Ko jgn tido
dulu!! Aku lempang ko kalau ko tido!
Sent 12.43am
Hahaha.. x la. Aku x
tido. Aku temankan ko study la ni! Aku pun final year ni ko ingat bole suka ria
nak tido awal ke? Tengah siapkan projek aku ni. 2 sem lagi nak habes. Ko minggu
ni da berapa kali buat revision add math? LK da buat latihan?
Sent 12.45am
Malas la buat LK. X best.
Lusa je la aku buat. Da, ko jgn kacau aku buat kerja.
Sent 12.46 am
Ko kacau aku bole pulak
ea. K la jom buat kerja!
Sent 12.47am
****** 2 am.
Onry, aku dah siap,
score paper tadi 48/50. Aku nak tido dah ni. Thanks temankan aku.
Sent, 2am
Eh, da pukul 2 pg,
solat sunat sunat la dulu. Baru tido.dah alang2 2/3 malam ni. Berkat sikit
belajar kau.
Sent 2.01,am
Oh, okey thanks.
Sent, 2.01 am
******2.30 am.
Usai solat sunat dan
mengemas buku2, Nora menerima panggilan daripada onry. Pelik. Onry tak pernah menelefonnya. Selama ini mereka hanya berSMS sahaja.
“hello..” x sempat menghabiskan
kata2, operator maxis bersuara:
Voice SMS, u have
received this voice SMS from 01278**** (voice sms rupenya.. hailaa)
lagu green day itu pun
berkumandang. Tapi tak habis, di hujung rakaman, onry memberi pesan: khas untuk
ko, belajar sungguh2.
Sejak daripada itu,
lagu wake me up when September ends tersebut menjadi ingatannya kepada onry. Nora
bukan seorang yang puitis. Sementelah pula dia seorang remaja dan masih muda,
jarang ada dalam kalangan dia dan rakan2 yang memahami lagu yang mereka
dendangkan. Pada usia sebegitu, makna lagu bukan perkara yg penting untuk
sesuatu lagu itu mendapat tempat di hati pendengarnya, tetapi susunan music dan
vocal penyanyinyalah yang menjadi penentu. Ketika itu, simple plan, MCR, green
day, raihanna, fergi antara nama2 yg mendapat tempat di hati remaja seusianya
ketika itu.
“onry” bibirnya
mengucapkan nama itu. Setelah sekian lama. Entah mengapa hari ini dia memutar
semula segala rakaman ingatannya bersama onry.
“ah sudahlah! Lagu tu
pun memang dia nak suruh aku lupakan dia kot! Anggap dia dah mati.. Dia pun
mesti da kawen, beranak pinak sekarang” Nora bercakap sendirian di dalam
kereta. Suara radio mula di perlahankan ketika lagu tersebut habes. Nora tiba2
menjadi sebak. Selepas dari voice sms yg diterima daripada onry tersebut, tiada
lagi sms yg dihantar onry. Hampir 2bulan tiada perhubungan, di tambah pula Nora
yang menginap di asrama dan jarang dapat memegang hensetnya. Oleh kerana sibuk
dengan persediaan SPM dan pembekuan henset yang dilakukan kakaknya selama 2
bulan sehingga kertas terakhir SPM, dia perlahan-lahan melupakan onry. Dan kini,
dia ingat kembali.
Titot titot titot
titot, smart phone nora berbunyi. Segera dia memakai hand’s free. Nombor yang
tertera tidak dikenali. Di tekan juga butang hijau.
“assalamualaikum. Nora
ya?”
“waalaikumussalam. Saya,
encik ni siapa ya?”
“saya, ah..,, err, saya
dapat ah,..”
“encik, saya tak dengar
jelas la. Saya tengah drive ni. 3jam lagi saya call encik semula ya. Mintak maaf.
Terima kasih.”
Siapa yang call nora? Nizam
ke? Macam mana nizam tahu no telefon nora? Siapa pula onry?
C u in Next episodes