Saturday, June 16, 2012

belajar BERCINTA

bismillahirramanirrahim

Waktu on the way balik UTM haritu dengar slot motivasi pagi di radio IKIM. Saya sangat touched dengan pengisian ustaz Ebit Lew. Adik saya pernah berjumpa beliau ketika menghadiri program motivasi Excel Q minds di Marsah, JB. Saya membaca catatan2 adik saya selama berada di program itu. Saya menambah ilmu lagi mengenai mencintai rasulullah. Allahuakbar, benda yg paling byk masa saya spent untuknya tapi yang ruginya sikit pun tak ikut sunnah. Study. Bro Ebit Lew share tentang study ikut gaya rasulullah.

hari ni saya nak share satu slot motivasi pagi, kuunuu mithlana:

http://www.youtube.com/watch?v=AVk9R44DOuE

ini link nya. Sangat terharu dengar. Kalau seorang ayah sanggup membanting tulang, keluar pagi balik malam demi memastikan anak2 terjamin kehidupannya, sanggup berlapar asalkan anak2nya cukup makan. seorang ibu sanggup berjaga malam untuk memastikan anaknya tidur dengan selesa, sanggup keluar bekerja demi menjamin pendidikan anak2. Ketahuilah, rasulullah buat lebih daripada tu. Kalau cinta dan kasih seorang ayah atau ibu, sebesar itu pengorbanannnya, maka ketahuilah, kerana cinta dan kasih rasulullah kepada kitalah, bumi thaif menyaksikan tumpahnya darah baginda, medan uhud menjadi saksi rebahnya tubuh baginda ke bumi dek hempapan batu, mengalir lagi darah baginda yg suci ke bumi dek kerana tercucuk baju besi di pipinya. Allah... Kalau ibu tak tidur kerana nak buatkan susu utk kita, tapi rasulullah tak tidur bahkan tapak tangannya penuh dengan air mata, hanya kerana memikirkan nasib kita. syurga atau neraka. Baginda rela dicaci, disakiti asal saja umatnya takkan menderita kelak dia akhirat nanti. Sekarang saya faham dan sangat bersetuju dengan hadith ni:

tidak beriman seseorang dari kamu hingga aku dicintai melebihi dirinya sendiri, ibu dan ayahnya serta anak2ny.

patutla rasulullah cakap macam tu. Cinta yang rasulullah tuntut tu pun akhirnya akan menguntungkan kita semula. Dan wajar untuk baginda meminta dirinya dicintai lebih dari ibu dan ayah kerana pengorbanan baginda lebih daripada apa yg ibu dan ayah kita buat.

"shinju, esok tolong ayah jet kereta. ayah nak tuka bla bla bla"


"sorry ayah, esok ada hal (halaqah) tengahari. boleh tak kalau ayah buat petang?"


Saya sayang ayah! Tapi, saya tak boleh sayang ayah lebih dari saya sayang dakwah, sunnah terbesar rasulullah. Prioritinya begitu.

No comments:

Followers