Friday, June 15, 2012

tak READY lagi ah..

bismillahirramanirrahim

cerkon lagi. Sejak dua menjak ni terbakar-bakar nk buat cerkon

 fatin: dapat mesej kak mimi?

sailah: mesej yg mana? seingat aku hari ni 5kali aku dapat mesej kak mimi

fatin: hyper la tu!

sailah: btol ape..dia manje2 ngan aku tadi.. tu yg reply2 mesej sampai 5 mesej. 5 je pun

fatin: perrrghhh! tak aci seh!

sailah: tu la ko militan sgt..ko kan tak suke reply2 mesej org.

fatin: fine! cheesedale punye member.

sailah: sedap sekali!

fatin: ko nak pegi tak?

sailah: mestila pegi! kan nak jadi mutarabbi yang disayangi.

fatin: ha! tak ikhlas la tu. nak perhatian manusia. bukan nak redho Allah.

sailah: ketahuilah ukhti, ikhlas itu urusan Allah. Tanggungjawab kita adalah beramal sebanyaknya dan berusaha untuk ikhlas. Ikhlas atau x serah kat Allah.

fatin: ok. ukhtifillah. jazakillah khayron atas teguran. Moh le kite gerak. Da pkul 5.30 ni.

-di bilik fairuz dan sumayyah-

sailah: Assalamualaikum. Perhatian kepada penghuni M25 303 anda dipanggill oleh SBK sekarang!

pintu diketuk dengan kuat tiga kali. inilah keganjilan mereka dalam berukhwah.. Namun tetap osem!

Fairuz: kalau ana tak nak bukak pintu utk tetamu kat luar ni boleh x?

fatin: Astaghfirullah! Nabi ajar kita agar menghormati tetamu. Cintakah kita pada baginda andai sunnahnya kita tak cuba utk aplikasi?

fatin memasang nada koleriknya ketika pintu dikuak sedikit oleh fairuz.

Sumayyah: haish! antunna ni, tolong la hentikan puisidra ni. fatin, sailah, akhwat yang disayangi, jemput masuk. Jazakillah khayron sudi mencemar duli ke teratak kami.

sailah: eh kang kalau sultan johor dengar ayat mencemar duli tu nanti baginda murka kang. jangan suka2 nak salah guna bahasa2 istana ni.

Fatin: johorean tegar in her talking.

sailah: Antunna apa kaba? iman ok?

sumayyah: Alhamdulilah bil khoir. Iman fluctuates. biasa kalau da 3-4hari habis halaqah.. Ekceli en, ana terharu menerima kunjungan ziarah antunna. kami ni tak sampai lagi blok antunna.

sailah: nama pun halaqahmate, kena la saling take care, bersilaturrahim, takpe kitorang start dulu. nanti korang pulak. So, kak mimi cakap sape yang initiate kebaikan, dia dapat pahala lebih. Eheh, dengan erti kata lain, kitorang akan berada di syurga yg lebih tinggi lagi inshaAllah kalau Allah sudi beri.

fairuz: eleh! takpe sumayyah, nanti kita datang ziarah bilik dorang kita bawak goreng pisang ke domino's ke, biar lagi extravaganza daripada dorang! ceit, datang tangan kosong je!

fatin: wah, kita kena bersaing ni sailah! sesedap oren je dorang nak potong kita!

sailah: takpe, bab ziarah biar dorang menang, kita score bab dakwah fardhiah plak. Korang bile lagi nak start handle almulk ni? kat blok ni xde almulk lagi en? bila korang nak start? dah macam kak mimi da aku ni. hehh

sumayyah: kitorang tak ready lagi la.

fairuz: rasa macam x layak lagi nak jadi murobiyah. tunggu kitorang ready dulu ah

sumayyah: betul weh. kitorang ni karat jahiliyah banyak lagi. dosa banyak, nanti pengisian tak sampai ke hati audiens kalau pengisi sendiri yang bermaksiat. kitorang try utk jadi orang yang beriman dengan sebenarnya dulu.

fatin: org beriman yang sebenarnya adalah mereka yg berjihad dengan harta dan jiwanya dijalan Allah dan kemudian  mereka tak ragu. surah 49 ayat 15. tak sama orang yg beriman dan berbuat kebaikan dengan orang yg buat keburukan. semua manusia ni rugi, hampagas cap ayam kecuali org2 beriman dan beramal soleh dan berpesan2.

sailah: kalau tengok ayat yg fatin cakap tu, menunjukkan org yg beriman adalah org yg do something. put any efforts for the reconstruction of the ummah. org beriman mesti kena beramal. bukan jadi baik sorang2. Kalau beriman, kena buat sesuatu utk buktikan keimanan. iman tanpa amal soleh tu tak bermanfaat ok.

fairuz: kenapa tak bermanfaat? by the way, kitorang beramal ok. mutabaah tu kira pembuktian iman apa..

fatin: tak salah lagi! sangat bersetuju. tapi dengan kita baca quran sorang2, dhuha sorang2, istighfar sorang2 agaknya, mampu tak nak ubah jiran bilik depan selang dua bilik tu? mampu tak bagi impak pada kehidupan kawan2 kita yg mmg terang2 tak ikut syariat?

sailah: cube tanya, kalau kak mimi tak datang ketuk bilik2 kita dulu, datang solat jemaah then bagi tazkirah, agaknya kita jadi tak macam kita yang sekarang ni?, yang mahu memperdalam islam, yang mula berjinak2 buat mutabaah, amalkan sunnah. jadi x? Kalau kak mimi tu kejenya baca quran dlm bilik, tadabbur quran dlm bilik, bagi tazkirah kat dinding bilik dia, tak nak keluar cari kita, agaknya kita buang x jeans2 kita yg ketat dulu, kita remove tak gamba2 hot kite kat fb? kita ada kesedaran tak nak solat awal waktu? boleh ke kite jadi macam sekarang ni kalau kak mimi tu jadi baik sorang2 dalam bilik dia?

sumayyah: emm.. of coz la x. btol jugak tu. kita kena do something la fai. tapi macam mana kalau kitorang terbuat maksiat?

fatin: taubat.

fairuz: as simple as that?

sailah: bunuh diri.

sumayyah: baik bunuh kau!

fatin: tak apa. kita manusia biasa, bukan malaikat yg takde nafsu. bukan nabi yg ma'sum. wajar je dlm kita ghairah memburu syurga Allah kadang2 kita tergelincir. Cepat2 sedar dan mohon ampun pada Allah. So, tak bole jadikan alasan diri tak lari dari maksiat la.. Yang penting iman kita tu jadi bermanfaat jika kita memberi manfaat pula pada org lain.

sailah: amal pula yang tanpa iman, ibarat debu2 yg berterbangan lagi rugi! Rupert Murdoch tu kalau seluruh keuntungan astro dia infaqkan utk palestine sekalipun kalau dia tak beriman, tetap takde pahala sesen pun.

fatin: org yg berdakwah ni, bukan malaikat. Bukan budak baik pun. Tapi, budak yg sedang membaiki diri. Dia tau dia jahat, banyak dosa, sebab tu dia berdakwah kat orang, utk ingatkan diri sendiri.

-the end

No comments:

Followers