Thursday, June 21, 2012

reflection..!

bismillahirramanirrahim

Dalam siri2 halaqah mingguan kita pelbagai nilai2 tarbiyyah disemai oleh murabbi/ah satu persatu, bertahap tahap. Ada sesetengah akhwat cakap, halaqah itu teori, manakala amalinya adalah semasa daurah dan program2 tarbiyyah lainnya yang kebiasaannya akan mencuri waktu leisure hujung minggu kita untuk struggle buat nota, assignments, tido, basuh baju, etc. Ayat tipikal yang digunakan oleh para murabbi/ah untuk 'ilaj atau menekankan tentang perkara ini;

bila datang arahan untuk berdaurah pada hujung minggu, kita akan pilih mana? daurah atau hal2 lain? semasa daurah ni la semua kefahaman yang kita dapatkan semasa halaqah mingguan kita akan diuji. 

serentak dengan itu, dalil tipikal yang disinonimkan dengan keadaan seperti ini adalah;

(29:2-3) - kalau kata nak jadi org yg beriman, siapkan diri untuk diuji sebab org beriman allah pasti akan uji keimanannya

(14:34) -  kita nak apa lagi? Allah da bagi semua yang kita mintak kat Dia. Kita ni apesal tetibe nak kedekut pulak dgn Allah?!

 (47:38) - Kalau kita kedekut, ekceli kita kedekut dengan diri kita sendiri. Apapun, kita kan DIAJAK untuk berinfaq. If x nak xpe. Allah sikit pun x rugi. Allah maha Kaya kot! so, Allah akan GANTIKAN kita dengan generasi lain yang lebih ikhlas dan lebih siap utk berkorban, dan pastinya takkan DERHAKA seperti kita yang kedekut ni. Yang perasan segala yg kita ada sekarang ni milik sendiri. BUKAN Allah yg rugi, tapi K.I.T.A. Rugi sebab syurga tu utk org beriman dan BERBUAT kebaikan. bukan sekadar beriman di atas SEJADAH dan dihujung ratiban TASBIH. Tak terhenti di situ.

Dan sebenarnya, menurut perspektif saya yang hina di sisi Allah ini, daurah itu pun merupakan teori juga. untuk mendapatkan kefahaman yang lebih jelas. Praktikal yang sebenar adalah apabila anda berada dalam masyarakat. Bukan masyarakat kampus, tapi masyarakat di luar kampus. Sepanjang baru 4hari membuat latihan industri, saya benar2 rasa betapa hebatnya ujian berdepan dengan masyarakat umum. Dari cleaner ke engineer sampai lah ke directors. sangat menguji. saat berdepan dengan situasi ni, mula la terngiang2 taujih akhwat, taujih ustaz2. Taujih yang perlu diimplement dari naik kereta kat rumah sampai turun kereta kat ofis. 

1. Sabar
*antunna tau tak, sabar ni ganjarannya besar. Dalam buku Bila Allah Menguji kita ni, dia cakap kalau solat, puasa, sedekah, ganjarannya dilipat ganda ke beberapa gandaan yang ditetapkan. 27 kali ganda, 7kali ganda, 100kali ganda, tapi kalau sabar, ganjarannya tak terbatas. Infinity. besar sangat. tak bertepian.

terngiang bedahbuku halaqahmate ketika liqo halaqah semasa final exam. Bila terperangkap dalam kesesakan trafik untuk ke tempat kerja atau balik dari kerja, kesabaran memang betul2 diuji. Dengan saya yang tak berapa mahir jalan dari puncak alam ke puchong, memang tensi kadang2. Rasa nak marah dengan sikap BERANI pemandu2 dan penunggang di selangor ni. Dan paling bengkek sekali dengan lambakan tol di kawasan shah alam dan jalan2 lain di sekitar selangor. Tapi so far shah alam la yg paling menyakitkan hati jika saya tersesat di sana. Aduh sana sini tol dia! Macam ape! Macam air kad touch n go saya berkurang! Baru 4hari da tinggal rm30++ je.. Apapun, ha! inilah nama dia praktikal! amali terhadap teori2 dlm halaqah. Kata nak masuk syurga, nak jumpa rasulullah, agak2 kalau jadi org yg baran, suka marah2, layak tak nak berdiri bersama-sama rasulullah yang penyabar, santun, lembut hati..kat syurga nanti? Helo! Rasulullah lagi byk masalah ok! bukan sekadar masalah traffic jammed je, masalah negara, masalah akidah umatnya. Lagi kritikal masalah baginda daripada sekadar nak design reactor, fix kan apparatus, ke ape ke yg kita buat kat ofis tu. Tapi rasulullah adalah org yg paling tak boleh sahabat tandingi kekerapan senyumannya. Sebab rasulullah adalah yg pertama tersenyum apabila bertemu dgn sahabat sebelum sempat sahabat tersenyum. stres pun relax je.chill je. Kalau cintakan Allah, jom ikut rasulullah! Senyum sokmo!

2. Banyakkan istighfar
* hari tu ana tengok video Dr asri. Tapi ni sanadnya macam lemah la, tapi ada ibroh yg sgt osem utk kita garap. ada seorang tua pembuat roti ni sedang khusyuk uli tepung sambil bibirnya tak lekang kalimah istighfar. sambil uli, tarik, penyek tepung tu dia terus beristighfAr. Imam hanbali yang kebetulan sedang mencari tempat utk istirahat di situ mendekati beliau dan bertanya, sejak bila anda mula melakukan hal ini(istighfar)? lalu dijawab, sejak beberapa tahun yg lalu. Lalu imam bertanya, apa yg membuatkan anda kekal melakukannya. lalu dijawab, sebab setiap kali aku membacanya hati aku terasa lapang dan ajaibnya istighfar ini, walaupun aku tak berdoa utk mendapatkan sesuatu yang terdetik dihatiku, Allah terus memakbulkannya. 

Tersentak jiwa saya! ada dikongsikan juga sebuah hadis dimana istighfar mampu menukar kesusahan menjadi kesenangan. Allahu Robbi... Kita kalau kat kampus memang rajin la istighfar sebab banyak masa free. Sambil drive pergi fakulti pun boleh istighfar. Bila tersesat atau tersangkut dalam trafik jem, istighfar byk2. Sebab mulut ni kalau da start istighfar inshaAllah hati pun akn ikut istighfar juga. mulut ni kalau kita tak sibukkan dia dengan menyebut atau mmbaca perkara2 yg baik, konfem dia akan cakap benda2 buruk. Lagi2 kalau tersesat. Kalau tak byk istighfar, akan jadi celupar. Keluar semua tok nenek carutan jahiliah. Tiba2 jadi kita yg jahiliah waktu drive sorg2. So, kena selalu lawan pemberontakan di hati. Sebabnya, pada saya, waktu macam ni la(drive sorg2) kita betul2 jujur dgn siapa diri sebenar kita. Kadang2 tu istighfar sampai menangis. Sebab kita menahan perasaan marah. Rasa sakit sgt hati bila asek keluar masuk tol. Tapi baiknya Allah, tangisan tu buat kita rasa relieve. Buat kita introspeksi dosa2 kita. Bila kita ditimpa musibah, sebenarnya itu isyarat Allah nak hapuskan dosa2 kita kata ustaz Ebit lew. Dan ini bermakna musibah tu adalah punishment terhadap kelalaian kita terhadap Allah. Oleh kerana malam tadi kita tinggal tahajjud, sebelum tido tak habiskan satu juzuk, maka esoknya Allah hukum kita dengan benda yg paling kita tak suka. Rasa sakit hati kan? Ha, yang pergi tinggalkan mutabaah tu ingat Allah tak sakit hati ke? kata nak tagih cinta Allah. konon2 tengah in love dengan Allah, tapi we failed to please Allah. Kalau bercinta dengan manusia kemain lagi dia! janji ditepati. Coklat berbakul2, bear berkotak2. belanja makan sampai habis duet JPA. tapi bila nak cinta Allah macam ni pengorbanan kita?Tangisilah dosa2 kita. Banyakkan istighfar.

3. Menundukkan pandangan
* akak, macam mana nak tundukkan pandangan kak ea? chinese course saya hensem2 belaka. Aduhai dengan korean look nya, stylo rambutnya.... selalu puji, hensemnya dia... salah tak kak?

cara saya menjawab soalan ni dahsyat sket. Tapi alhamdulillah saya dah temui jawapan yg sangat mendamaikan jiwa disini (klik ini) Penjelasannya sangat mudah dan memuaskan hati. Menahan pandangan. Ya dia hensem, tapi tidak halal anda nak pandangnya berkali2. Uhm, dekat tempat praktikal, superbaiser saya pun Allah takdirkan seperti musykilah mutarabbi saya tu. Chinese batch saya takde la yg good looking. so takde hati nk pandang byk2 kali. Tapi kali ni Allah uji apa yg kita perkatakan. Moga Allah kuatkan keazaman saya utk tidak menjadi hamba yg dimurkai (61:3-4) Tahan pandangan. Jgn pandang utk tujuan suka2. 

4. Persiapkan diri sebagai akhwat sejati sampai mati
*kak.... tak sabarnya nak menikah. Bertambah semangat lepas tengok ikhwah akhwat menikah kat tronoh hari tu.

komen saya, baguslah ada rasa nak menikah dengan ikhwah, tapi pada saya perlu lebih rasional lagi. perlu sabar sikit lagi. Menikah bukan sekadar berkisar perihal nak menjaga hati je, banyak benda lagi. Belum masuk alam bekerja lagi, belum berpijak di dunia realiti lagi. Secara peribadi saya menyatakan prinsip saya (ini pendapat peribadi) seorang akhwat tu perlu masuk ke alam bekerja dulu. Then tengok bagaimana ketaatannya pada perintah dakwah yg juga perintah Allah. Boleh commit dtg halaqah tiap2 minggu ke x, boleh turun follow up ke x, boleh pergi dauroh hujung minggu ke x, boleh turun berdauroh jauh2 ke x.. Mutabaah boleh jaga ke tidak sewaktu bekerja. Baju boleh basuh dan sidai sendiri atau tidak? Kalau tak settle benda ni, agaknya layak dah ke nak menikah? Jodoh yg dtg tu kan sesuai dgn iman di hati. Agak kalau fail semua benda ini, iman kita tip top ke? di tahap minimal atau kritikal? Kalau pasangan kita pun sebakul dengan kita juga imannya, so boleh pergi jauh x baitul du'at yg akan dibina tu? ke akan jadi baitul maksiat?

ok, byk lagi nk share, tapi dah pukul 10, jom tilawah n tido!

No comments:

Followers