bismillahirramanirrahim
Jujur, sudah 2 minggu praktikal, hati saya tak rasa tenang. Mungkin hidup tak berkat bak kata ustaz pahrol. Rasa jauh dari Allah. Ketenangan itu satu kembara bukan destinasi. Jadi jika masih tak mendapatkannya, teruskan mengembara mencari hingga akhirnya kita bertemu dengannya. Allah redho tak pada aku kalau aku buat macam ni? Membelakangkan hal ehwal dakwah. Sakit jiwa rasanya macam ni. Saya nak halaqah. Nak menghalaqahkan orang lain. Saya tak suka hidup yang jauh dari pengarahan dakwah macam ni, Baru saya rasa macam mana yang di alami kebanyakan akhwat yang mendapat tentangan sedikit daripada ibubapa utk ke program2 tarbiyyah. Selama ni saya duduk dengan parents saya, mereka ok je. Jarang bahkan mungkin tak pernah sama sekali mereka melarang saya dari berdaurah sekalipun sampai ke penang dan bawa adik sekali! Mereka memang sangat terbaik in the whole universe!
Rasulullah saat di datangi oleh orang badwi , orang pedalaman lalu ditanyakan oleh badwi tersebut kepada baginda Rasulullah tentang kewajiban yang perlu dilaksanakan apabila dia memeluk islam, Lantas Rasulullah yang mulia menjawab, Jangan menipu. simple. Tapi bila bersama dengan saidina umar dan para sahabat lainnya, Rasulullah menyatakan bahawa kewajiban mereka adalah untuk memenangkan agama ini walau hingga ke titisan darah terakhir atau hidup mulia. Nah! Ini buka double standard, tapi ini namanya seni dalam berdakwah. Seni dalam memberi taklifan. Kepakaran dalam menganalisa mad'u. Sebab tu, nasihat untuk diri saya dan pembaca sekalian, bersyukurlah bila menerima pengarahan dakwah kerana itu tandanya kita sedang menuju menjadi seperti Umar. Anda pilihlah nak jadi orang badwi (nak bersenang2 dlm dakwah) atau nak jadi Umar ( menjadi pembela agama yang tega!) kalau dah 3tahun ditarbiyah tapi masih tak mahu menghalaqahkan, tak mahu turun daurah, tak mahu menghandle program tak mahu buat itu buat ini utk dakwah, meh la kita isolate diri sehari, one to one dengan hati kita, muhasabah apa yang kita nak achieve dalam kehidupan ni. Apa agaknya amal kita yang mampu kita baggakan kelak di hadapan Allah pada yaumul hisab? Sampai bila nak jadi badwi je? Tak nak ke jadi seperti Umar? Agak kalau ada anak, anda suka tak anak anda berperangai seperti yang anda lakukan sekarang? Anda suka mereka membelakangkan Allah?
Perlu bertegas, Jangan manjakan diri. JANGAN JADI MUNAFIK YG SUKA BERALASAN. Cipta la 1001 jalan untuk setiap masalah! Saya nak berdaurah hujung minggu ni. Jom!
3 comments:
i miss my halaqah-mates. my murobbiyah..my halaqah.. duduk kat rumah lama-lama pun tak best la.. T.T
me too.. rindu halaqah. liqo' pun xdak. mntag2 antuna cuti.. nsib bek sy bijak pergi berdaurah sne sni (wlupun rse tseksa mcm xdpeduli)
syu: miss u too.. Malam ni kita bercakap ngan bulan pukul 10 k
iza: apesal ayat macam tu? Terseksa untuk benda yg berbaloi takpe... Takde org peduli lagi la takpe! Sebab kita buat bukan nak minta org peduli tapi nak jadi hamba Allah. chill ya!
Post a Comment