Monday, July 23, 2012

Persiapan Bakal Perdana Menteri!

bismillahirramanirrahim

"kita nak siapkan bile projek ni?" mimi membelek-belek nota kuliah Project Management nya.


“Aduh serabut betul la. Dari awal sem sampai sekarang tak tenang2 hidup aku. Busy semedang!” Shila mengomel

“2 Minggu lagi da final exam. Nak kena hantar final proposal PSM jugak. So, kena siapkan minggu ni jugak.” Syahidah mengusul.

“setuju.! Kita siapkan minggu ni. Kalau boleh kita start la hari ni. Ni baru hari selasa. Ada 3 hari lagi.” Mimi melipat sila diatas katil shila.
“tak boleh mimi. Leceh la macam tu. Kalau boleh kita siapkan benda ni sehari je. Kita spent sehari suntuk utk siapkan.” Fatimah menghulur cloud 9
“mimi takut tak sempat la emma..” Cloud9 bertukar tangan.

“boleh mimi. Kitorang dah penah buat. Tapi memang perlu kerjasama semua orangla. Semua org kena free kan diri satu hari utk projek ni.” Syahidah menokok.

“siapa lagi se grup ngan kita ni?” shila mengeluarkan kertas A4

“jun dengan una.” Fatimah menyahut

“ok, kita mula buat sekarang.” Shila terus menuliskan sesuatu pada kertas A4

“What? Eh, buku mimi ada kat kolej la. Datang sini sehelai sepinggang je.”

“kita try la buat petang ni. Sape tau bole habes..”

Bertungkus lumusla mereka menyiapkan projek green global imaginasi dengan dana sebanyak RM 50,000. Gantt Chart, AON, budgeting, declaration, dan semua element dalam report disiapkan dengan begitu tekun. Hanya beberapa kali terdengar suara mereka berlima berselisih pendapat dan bergelak ketawa. Tepat jam 7.30pm semuanya selesai! Sungguh mengagumkan! Hanya lebih kurang 3jam mereka menyiapkan repot itu. Usai menyiapkan report:

“eh korang nanti tolong transfer part korang dalam laptop aku. Nanti aku compile dan print.” Terkocoh kocoh shila menyarung stoking.

“ko ni kabut ayam nak ke mana?” Fatimah separuh menjerit

“ada meeting PC ni. Kena buat correction utk case study yg lepas.” Shila mencapai beg sandangnya dan terus menyarung sandal.

“ok take care.” Serentak mereka berempat.

“pergh busy she.. aku pun ada meeting PC jugak pasni. Tapi lepas isyak la..” Fatimah menyoroti langkah shila.

“malam ni lepas isyak jadi ke emma? Aduh la….” Syahidah mengeluh

“eh, lupe pulak ko satu grup ngan aku. Ye la ngek. Malam ni lepas isyak. Sape pulak kate cancel? Pukl 10 jangan lupe. Jangan eksaited  sangat nak turun awal.” Fatimah meluku kepala syahidah. Begitulah mereka. Agak kasar gurauannya.

Mimi mencari kunci keretanya seusai solat maghrib dan tilawah al quran. Puas digeledah seisi bilik shila. “Tanya syidah la. Mesti dia sorokkan” mimi bermonolog sendiri.

Tok tok tok

“syidah nampak t…” tak sempat mimi mengahbiskan ayatnya kaku tiba2 bibirnya tatkala melihat Fatimah dan syahidah yang sedang melepak diatas katil yang sama.
*********************************************




“mimi, ko dah siap ke assignment separation?”


“dah. Lepas balik discussion PM kita semalam la mimi buat. Syidah tak siap ke?”

“tak. Baru buat satu soalan je.”

“hahah..tu la tgk top roof lagi!”

3 malam seblumnya:

“weh korang…!”

“eh mimi. Tak balik lagi rupanya?”

“mimi cari kunci kete. Korang tgk cite ape ni?”

“The top roof. Bagus ni mimi. Cite motivasi”

"motivasi macam mana?" mimi melabuhkan punggung disebelah mereka

"motivasi supaya kita kena sentiasa tabah mengharungi ujian dalam life sebagai student. Jangan cepat mengalah. Dan adatla dalam kehidupan tu pasti ada manusia yang iri dengan kejayaan kita. so, kita kena sentiasa berbaik dengan orang. Kongsi kegembiraan dan kesenangan dengan orang. " Lancar syahidah menuturkan.

"oh ye ea? Uhm baguslah.. Tak sangka dalam sibuk2 kita pun sempat juga nak laungkan masa tgk movie..heeee.. nampak kunci kete mimi tak?"

"ala mimi pandai2 la ... Janji semua keje siap. Kunci mimi dalam pencil box emma.. tadi masukkan kat dalam tu..saje..." tak semena mena satu cubitan hinggap ke peha syahidah.

"ko ni syidah suka pedajal aku kan.. mim aku rasa aku ni jahat gile la skang... Mi, sebenarnya boleh tak tengok movie ni?" fatimah menghulurkan kunci dari kotak penselnya,.

"la tadi kate cerita motivasi.. Apapun pada mimi, Allah lebih mengetahui setiap isi hati. Allah lagi dekat dgn hati kita daripada urat leher kita. Apa yg kita lintaskan, secepat kilat Allah mengetahuinya. Tengok cite tu sebab elemen motivasi atau nak tengok hero dia yang cute? Mimi x nak jawapan. Korang jawab sendiri dalam hati. OK la mimi nak balik. Pinjam quran emma jap." Quran hijau dicapai lalu bertukar tangan.

"nah. Hadiah untuk korang. Allah sayang korang. Assalamualaikum" kaki dihayun keluar dari ruang itu.

 Sesungguhnya pada hari itu, penglihatan, pendengaran dan hati nurani akan diminta pertanggujawaban atas apa yang ia kerjakan.

"Syidah, ko takut tak?" fatimah menutup al quran

"Takut! tutup la weh.." tetikus di larikan diatas tetingkap

"da habes pon." Mereka bingkas dan bersiap untuk ke discussion




No comments:

Followers