Nukilan ramadhan yang pertama untuk kali ini. Saya tulis di
bengkel tempat praktikal 3hari lepas. Sementara takde keje lagi bosan tahap
tenggiling nak tergolek.. buat2 la macam busy giler menulis kat depan
equipment. terimalah nukilan hati utk ramadhan kali ini.
MONTH OF MAGHFIRAH, TARBIYYAH, TADHIYYAH
Imanan wahtisaban – dengan sepenuh keimanan dan mengharapkan pahala
daripada Allah
Mencari pasangan hidup yang dapat memimpin kita ke syurga?
(permulaan kata ini dicetus oleh seorang sahabat saya yang bakal
dipinang oleh senior saya)
Sudahkah kita mengenali syurga? Mencintai syurga?
Masih tak layak,
masih tak mampu untuk mencintai..
Nak cintakan
Allah, cintakan syurga, sikit punya payah!
Sangat perlu
mujahadah!
Cintai dia
kerana cintakan Dia.
Macam mana
hati kita mahu mencintai dia kalau Dia pun kita tak kenal?
Masih kita
terbata-bata menyusun nota cinta buat diriNya.
Banyak lagi
kena belajar. Banyak lagi kena lawan.
Bicaralah dengan
hatimu saat ia benar2 bersedia…
Apa dah jadi
dengan diri ini??!!
Hilang himmah.
Hilang ghairah.
Pada dakwah,
pada tarbiyyah, pada halaqah…
Apa dah jadi
dengan panji dakwah yang kau bermatian pertahankan selama ini?
Akukah
murabbiyah sukses? Ataukah…
Akukah golongan
yang tercicir?? T___T
Hulurkan aku simpulan mati itu.
Jangan leraikan simpulannya
Rentap tangan ini
Jangan biarkan aku menjunam ke lurang debu
Tarik diriku agarku dapat berdiri kembali bersama sama dengan
kamu-kamu.
Tak kuat bersendirian
Jenuh. Tafakur. Tajarrud.
No comments:
Post a Comment