Wednesday, July 18, 2012

Wonderpets pon banyak jugak pengajarannya

bismillahirramanirrahim

Hari ni saya nak kongsi satu cerita yang diceritakan oleh murobiyah saya setelah dia sendiri diceritakan oleh bosnya di tempat dia bekerja. Tapi saya nak modified sedikit cerita ini. Walaubagaimanapun, mutu pengajarannya saya kekalkan. Hee..

Ian: Siti, ini ada file baru untuk you tolong uruskan macam biasa. Buat quotation request ok.

Siti: Ok. Ini je?

Ian: satu lagi, ada dua equipment dekat bawah yang sedang dalam fabrication. SE 404 dan SE 403-A. Dua-dua tu you tolong check progress and run ok? Saya ada projek yg besar nak focus.

Siti: ok. Ni untuk file project SE665 dengan SE 222 sumenya da setel. Tinggal tunggu PO je.

Ian: ok takpe tu. Yang penting semua dah order.

Siti: kak hana, ni PO request.

Kak hana: banyaknya siti.

Siti: 2 projek punya order kak

Ian: Siti, kenapa banyak sangat accessories you beli?

Siti: I ikut je apa yang ada dalam PO lepas.

Ian: banyak aksesori ni kita dah ada dalam stok. Supplier yang you cari ni pun mahal. You tengok kita dah banyak rugi la siti..

Siti: siapa suruh you tak check dulu sebelum sign PO

Ian: keje I sign PO je. Kenapa you tak Tanya I dulu sebelum raise PO?

Siti: I buat keje I je. Dapatkan quotation, raised PO.

Heee.. pengajarannya: dalam satu team, kita perlu ada yang namanya teamwork. Semangat berkumpulan. Harus ambil tahu urusan satu sama lain. Jangan ikut hadis melayu, -jangan jaga tepi kain orang- hakikatnya kita memang kena jaga tepi kain saudara kita sendiri. Apatah lagi saudara seakidah. Ibarat satu tubuh. Tak boleh nak makan nasi kalau takde tangan, atau takde mata, atau takde lidah. Semua anggota badan kita saling bekrja dan merespon antara satu sama lain dalam menjalankan satu aktiviti. Contohnya makan nasi tadi. Ambil tahu atau bertanyalah kepada teammates anda sejauh mana progress dan permasalahannya sepertimana yang patut dilakukan oleh Ian terhadap Siti. Siti juga haruslah proaktif bertanya kepada Ian setiap lanjutan prosedur yang akan diambilnya. Akibatnya jika tiada kerjasama dan jaga tepi kain orang ini adalah, KERUGIAN yang maha tak best! Rugi masa, rugi duet rugi tenaga. So, do care about your neighbour. Tutupkan kain dia kalau terselak. Beritahu dia jika kainnya koyak. Hadiahkan kain baru jika kainnya da lusuh. 

No comments:

Followers