Wednesday, August 10, 2011

cerkon ramadhan-2

bismillahirramanirrahim

di surau muttaqin,

Izham, boleh tolong pak cik?

tolong apa cik saad?

Tu, anak pak cik tengah moreh dengan imam. Boleh kamu tolong ajar dia mengaji quran?

Eh, bukan ke safwan pandai baca quran?

Memanglah, tapi dia dah lama x baca. fahmi nanti tolong tengok2 kan dia di sekolah ya. kamu tahu kan apa dia buat kat sekolah. Pak cik tak setuju dia berkawan dengan azira, ank pak hamdan tu.

Fahmi pun tak tahu nak cakap macam mana. Dia kata kawan biasa je cik

Mula2 kawan, lepas tu? Paham2 je la budak-budak sekarang ni. Izham, kamu nanti tadarus dengan safwan, lepas tu kamu nasihtalah dia sikit. Kamu budak U, masih kategori remaja lagi, pak cik rasa kamu org yang paling sesuai. Dia lebih hormat dan mudah rapat.

InshaAllah pak saad

sesi tadarus





Safwan, ra tu perlu ditebalkan  sedikit.

&&&&&&&&&&&&&&&(tengah tadarus)&&&&&&&

"alhamdulillah. Malam ni habis satu juzuk." izham memulakan perbicaraan

"alhamdulillah. nasib baik abg am ada. Kalau nak harap saya sendiri baca kat rumah.huurrrmm lingkup la.."

"safwan, lepas ni kamu kena juga baca quran di rumah. sekarang balik sekolah awal kan? Guna masa tu utk baca quran. Berganda2 pahala buat ibadah sunnah dlm ramdhan ni"

"inshaAllah bang. hmm, fahmi ko dah apply matrix?"

"dah. am yang buatkan. ko apply x?"

"aku sebenarnya tak konfiden la boleh bawak matrix. Aku ni belajar lambat dapat sikit. Tak boleh rushing2. Kat matrix semua nak cepat. aku cuak la nak mohon. Aku punya fizik ni pun tak naik2 lagi. kenapa la susah sangat aku nak faham apa yang puan rohani ajar."

"Aku rasa faham je apa yang dia ajar. Rasanya semua orang pun faham."

"ko sains 1 bole la cite."

"bukan masalah intelligentsia sebenarnya. Tapi masalah usaha tu. Org yang berjaya adalah org yang kuat berusaha." Izham mula memasuk jarum.

"Tapi bang, saya datang kelas tambahan dan buat semua homework. Saya buat study grup lagi. Saya.."

"Study grup? grup yang terdiri oleh 2 org ahli sahaja? Kat situ silapnya wan."

"kenapa? saya ikhlas berkawan dengan azira. Saya nak tolong dia subjek EST, dia pula superb fizik. Kami memanfaatkan kelebihan yang Allah beri."

"Abg tak meragukan keikhlasan kamu. Alhamdulillah, kamu tak kedekut dengan ilmu yang Allah pinjamkan. Cuma, yang abg kurang jelas adalah, kitab mana yang membenarkan perhubungan antara lelaki dan perempuan seperti yang kamu lakukan ini?"

"Bang, kami tahu menjaga batas. Saya tak pernah hantar dia balik lewat malam. Kami belajar pun di tempat umum." suasana mula tegang

"fahmi, tolong ambil kan air" izham mahu berprivasi dengan safwan.

"wan" izham mengusap belakang safwan. " Kamu memang anak yang baik. Berbanding kawan2 yang seusia dengan kamu, kamu lebih soleh, hormat orang tua. Abg nampak potensi kamu untuk cemerlang. Sekarang abg minta kamu jujur. boleh?"

"inshaAllah bang" safwan membuang pandangan ke tempat meletak kereta

"kamu ada berbalas mesej dgn azira"

"ada"

"kerap?"

"boleh dikatakan"

"apa pendapat kamu tentang dia?"

"dia baik. Pandai jaga hati"

"lagi?"

"bijak tapi tak berlagak. rendah hati."

"menawan hati?"

safwan hanya tersenyum. lalu menundukkan kepalanya.

"nampaknya azira dah ada tawanan."

senyuman safwan semakin melebar. wajah putih langsatnya memerah

"kamu suka dia?"

angguk

giliran izham pula tersenyum. "pernah beritahu dia?"

"tak pernah  bang. Tapi saya selalu bagi hint kat dia. Cuma, dia buat-buat tak faham. biasa la perempuan. Ego."

'hint?"

"kdg2 saya bagi msg bunga2 kat dia. Jarang dia reply. Saya care pasal diri dia." safwan mengangkat wajahnya. memandang izham.

"kamu nak nikah dengan dia?"

"haish abg ni?!! Tak pernah saya terfikir ke situ! saya nak jadi engineer dulu."

"kalau macam tu lupakan dia." izham mula bertegas.

"maksud abang?"

"fahmi, adik abg tu super hebat fizik dia. Kamu sendiri tahukan. Dia dapat lencana pengetua utk subjek fizik. Kamu kena berhenti sms dgn azira. Jangan jumpa dia lagi. jangan berhubung langsung dengan dia. Kecuali kalau hal penting. Apa-apa tentang diri dia, inshaAllah dia ada kakak2 yang sangat prihatin dengan dia, mak ayah yg sangat sayangkan dia."

"tapi kenapa bang?"

"Dia tak halal untuk kamu ingati apalagi khayalkan. itu zina hati namanya."

"zina hati?"

"ya. kamu selalu teringat, merindui.. bahaya zina hati ni. walaupun nampak kecik, hanya sekadar teringat. tapi, ia mampu menghantar pelakunya utk melakukan perbuatan zina yang sebenar."

"eh abg! takkan saya nak berzina dengan dia pula!"

"sekarang ni mungkin x. Tapi kalau kamu terus berhubung, meluah rasa, besar keberangkaliannya utk berlaku zina. Syaitan ni tipu daya dia banyak. Hidupnya dari nabi adam lagi. Pengalamannya banyak dlm menyesatkan manusia dari nabi adam sampai ke generasi kita ni. Iman kita yang tak seberapa ni belum tentu dan kita sendiri pun tahu tak cukup kuat utk melawan tipu daya syaitan ni. wan, cuba baca ayat ni,"

dan setan berkata ketika perkara (hisab) telah diselesaikan, "sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar. Dan aku pun telah menjanjikan kepadmu tetapi aku menyalahinya.tidak ada kekuasaan aku terhadapmu melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku . Oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, tapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu dan kamu pun tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu (mempersekutukan aku dengan Allah) sejak dahulu" sesungguhnya org yg zalim akan mendapat siksan yg pedih.


"bang, maknanya kejahatan yang kita buat tu atas kesalahan kita la?"

"ya. Syaitan tak mampu pun nak memerintah kita utk buat itu ini. Dia cuma menyeru je. Dan kemudian kita patuh dgn seruan dia. Kita la yang rugi."

"kuangaja la syaitan ni!! Jadi, apa yang saya perlu buat bang? Saya taknak termakan dgn pujuk rayu syaitan"

"sebab tu langkah pencegahan adalah, kita tutup semua pintu2 maksiat. Sebab once ada jalan menuju kebatilan, syaitan akan terus goda kita sampai kita terjerumus kedalamnya."

"saya tak faham. Jadi apa kena mengena dgn saya"

"Agaknya, apa maksiat yang high tendency untuk kamu lakukan kalau kamu couple dengan azira?"

"Pegang2, hurrrmmm...zina kot"

"itu la dia! Kita sama2 laki yang Allah kurniakan keinginan. Jadi, kamu dah jelas di sini maksiat yang belum kamu buat tapi besar kemungkinan kamu akan buat kalau terus berhubung dengan azira."

"hahaha..abg ni. ok2 saya faham, tapi saya perlu masa la nak hentikan."

"jangan buang masa sangat. Ramadhan ni bulan keemasan utk kita ubah diri super baik. Kamu belum serius pun dgn dia, abg rasa malam ni pun dah boleh settle. Kamu cakap je nak belajar dengan fahmi dan minta jgn contact lagi. Takde masalah utk dia terima inshaAllah. Dia nak buat apa lepas ni terpulang. Apa yang penting kamu lakukan ni kerana Allah."

"InshaAllah. Kerana Allah. Saya gerun pula bila teringat tazkirah terawih tadi pasal neraka. Na'udzubillah. Malam ni juga saya beritahu azira. Abg ingatkan lah saya selalu."

"inshaAllah. kamu jangan nak harapkan org lain sangat utk ingatkan kamu. Motivasi terbaik dtg dari dlm diri sendiri. Atas kesedran diri sendiri. Time abg cuti sem lagi ni inshaAllah abg blh tgk2 kan kamu secara fokus. Lepas raya nanti abg dah masuk kampus balik, kamu perlu ada jati diri yang kuat. Bina dari sekarang."

"yeah! terima kasih bang. Fahmi!!" safwan memanggil fahmi yang sedang tekun menggulung tikar membantu ajk surau.

"oit! jap2." melangkah ke meja hidangan mengambil air.

"nah am!"

"mi, lepas ni aku nak study fizik dgn ko tau. Ko ajarlah aku. Aku pun nak kumpul jugak lencana pengetua."

"wah! berkesan ni am! inshaAllah wan. Asalkan ko nak. Aku sedia membantu"

dalam perjalanan pulang

"am, macam mana dgn along? ngn safwan ni nmpak positif hasilnya. ko tak nak try yang sama kat along?"

"tak sesuai kot mi. Along tu dah besar. tak reti aq nak threat dia macam mana. kalau budak2 baya ko ni senang la kot. Aku pelik sampai sekarang. Kenapa la ko kapel along?!"

"dia lupe agaknya am pasal ni. kena ingatkan balik."

"ada idea mi?"

"ada! Aku ingat, kita buat macam ni......."

*bersambung. nak pegi keje




10 comments:

~kueh~ said...

assalamualaikum..
salam ramadhan..
cerkon yang menarik~~
moga ada manfaatnya..
InsyaAllah^^,

selamat beribadah:)

Unknown said...

waalaikumussalam ukht kueh. salam ramdhan kembali..

cerkon percubaan..huhu..terpulanglah kepada pembaca.

selamat beribadah kembli...

Abu Faruq Al-Iskandari said...

isu couple islami, isu yang tak pernah selesai.

dan para pendakwah tak pernah selesai dalam mendakwahkan hal ini kepada masyarakat.

adeq said...

alamak abu faruq di sini, kena sopan sikit.

asek sambung je.sekali imbas macam gaya-gaya cerpen untukmu pom ada gak.ana dah konpius dah, am ngan fahmi adek beradik ea.safwan tu sama umo ngan fahmi.apsal beraku engkau pulak.

Unknown said...

abu faruq: hmm ya2 btol apa yg dikatakan tu. tapi x pula ana ketengahkan kapel islamik kat cerkon ni..huhu.. safwan tu x kapel lagi la.. kawan je.

adeq: gulp! tau xpe..sopan sket.

eh sori sket.. sama la sangat kan.. tang mana yg sama? ye. am ngn fahmi adik bradik. safwan tu budak satu skola ngn fahmi.sebaya fahmi. beraku kau pula sebab am n fahmi adik beradik..beza umo 4tahun je. aku ko ler..

Abu Faruq Al-Iskandari said...

to gms, isu dalam artikel saudari isu couple..jadi, sengaja ana nak tambah komen isu couple islami...

adeq said...

mana ada isu kapel, isu suka je, punya perasaan.hehe - nak jugak menang -

Unknown said...

ok. Pandangan encik abu faruq diterima ok adeq! -cuba mengalah sket-

adeq said...

o.k kasi la can kali nhe.hehe.jangan mara haa.

Unknown said...

alhamdulillah adeq da besa..

Followers