Sunday, August 21, 2011

perkongsian #1

bismillahirramanirrahim

Alhamdulillah masuk sudah kita ke fasa yang sangat dinantikan, fasa ketiga. iaitu terselamat daripada api neraka. Di sini saya ingin berkongsi emel yang sangat bermanfaat yang saya subscribe daripada saudara ikhwan fahmi. Sukacita terimalah,

Bagi kebanyakan individu, pada bulan inilah mereka
berusaha bersungguh-sungguh untuk menghabiskan
bacaan 30 juzuk Al-Qur’an sebagai satu kelaziman.


Al-Qur’an adalah petunjuk (huda) dan pembeza (furqan).
Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah, ayat 185 :

"(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan
Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan
(permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi
manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai
petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan
yang bathil). Kerana itu, barangsiapa di antara
kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan
itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu,
dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan
(lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa),
sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada
hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan
bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.
Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya
dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas
petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya
kamu bersyukur".



Kesilapan kita dengan Al-Qur'an

1. Kebanyakan kita berusaha menjaga fizik Al-Qur’an.
Kita tidak akan meletakkan Al-Qur’an di lantai
atau di kerusi atau lain-lain tempat yang kita
rasakan tidak sesuai. Kita akan marah jika
mendapati sesiapa saja yang tidak menjaga
Al-Qur’an.


2. Kita turut sensitif dan merasa amat marah
apabila mendengar dan melihat Al-Qur’an
dipijak, dibakar atau dibuang di dalam tandas.
Kita juga tidak akan berdiam diri jika Al-Qur’an
dihina, diremeh atau dipermainkan di dalam
apa bentuk sekalipun.


3. Umat Islam berusaha untuk menjaga fizik
Al-Qur’an, tetapi tidak berusaha untuk
memahami isi-isinya dan menerapkan hukum-
hakamnya.


4. Umat Islam marah apabila Al-Qur’an dihina,
tetapi mereka sendiri menghina Al-Qur’an
dengan tidak mengamalkan hukum-hukum
yang terdapat di dalamnya.


5. Umat Islam sakit hati bila Al-Qur’an dikatakan
telah ketinggalan zaman, tetapi mereka sendiri
telah berzaman meninggalkan ajaran Al-Qur’an.


6. Di antara salah faham yang ketara tentang
Al-Qur’an oleh umat Islam adalah mereka
hanya mengambilnya sebagai bahan bacaan
semata-mata tanpa difahami dan diamalkan
isi kandungannya.


7. Al-Quran bukan kitab untuk mendapat ilmu
pengetahuan semata, ia mengandungi
hukum-hakam yang wajib diamalkan oleh
manusia.


shinju,

Apakah sesuatu itu boleh dikatakan sebagai
petunjuk jika kita tidak memahaminya, apatah
lagi tidak mengamalkannya? Petunjuk adalah
lawan dari kesesatan, maksudnya jika seseorang
itu tidak memahami petunjuk, maka ia termasuk
di dalam golongan yang sesat.


Mari kita jadikan Ramadan dan Nuzul Qur’an ini
sebagai momentum untuk kembali kepada
fahaman yang benar terhadap Al-Qur’an.

Mari kita jadikan Ramadan ini sebagai momentum
untuk meneguhkan tekad kita untuk senantiasa
muhasabah diri kita dengan Al-Qur’an; membaca,
memahami dan menghayati maknanya; mengamalkan
isi kandungannya; serta menjadikannya sebagai
sumber hukum untuk mengatur segala urusan
kehidupan kita dan sumber penyelesaian atas
seluruh masalah kita



jadi, kita rebut peluang utk perbaiki semula amalan kita. Memuliakan al quran bukan pada fiziknya, tetapi pada kandungannya. Tilawah dan tadabburilah al-quran...selamat memburu lailatul qadr!

8 comments:

Abu Faruq Al-Iskandari said...

memuliakan alquran harus pada fizik dan kandungannya. dan fitnah yang sering terjadi kpd ikhwah akhwat yang masuk berdakwah ke sekolah adalah kerana fahaman tidak perlu meletakkan alquran di tempat yang sesuai dengan kalamullah.

dan ini terjadinya fitnah sehingga sikap sesetengah ikhwah akhwat kita yang meletakkan alquran di lantai, menjadi hujah kpd pihak sekolah dan mad'u mad'u baru utk tidak menerima dakwah.

maka, muliakanlah alquran pada fiziknya juga dan hindarilah fitnah dengan memuliakan fizik dan kandungannya.

wallahua'lam.

FRESHIE said...

hm ada benarnya juga. lebih manis juga menjaga kedua-dua fizik dan kandungannya. kesopanan. adab. agak subjektif tafsirannya. seperti hukum membaca al-quran tanpa memakai tudung atau tanpa wudhuk. boleh baca quran tanpa wudhuk, namun adabnya adalah dengan berwudhuk.

kalau dalam soal letak quran di lantai, ana setuju dgn akhi zikri. elakkan kemudaratan yang lebih besar dengan menghormati fizik al-quran itu sama. yelah, masyarakat kita ini suka benar membesarkan fizik berbanding kandungannya.

adeq said...

ooo.

adik said...

benar2

Unknown said...

bersetuju dengan semua. tapi perlu sentiasa diingatkan agar menjaga kandungan itu lebih utama daripada fiziknya. Saya tak bermaksud utk bersikap tidak bersopan terhadap alquran. sibuk sangat nak jaga kesucian quran tu dgn letak kat tmpat tinggi, nak kena berwudhuk hingga akhirnya kita sendiri melupakannya. dulu masa zaman muda2, mmg alasan ni paling femes, susah nak baca quran sbb kna amek wudhuk, pakai tudung baru blh baca. leceh la..kang berdosa plak baca quran takde wudhuk. padahal x baca quran langsung lagi berdosa.

fitnah spt saudara abu faruq cakap tu saya rasa boleh dielakkan kalau kita beri penjelasan yang mudah nak diterima dan perjelas lebih awal. alhamdulillah pengisaian Dr Abu muhammad tempoh hari sangat membantu. Bahkan bila ada org tegur kami letak alquran di peha ketika sdg berkonferens, mereka yang back up balik. x perlu kita susah payah nak back up diri sendiri. alhamdulillah. mungkin lain medah lain tribulasinya.

terima kasih atas pendapat semua.

adeq said...

hidup shinju, hehe.

to me, dua-dua perlu dititik beratkan.ada org terlalu menjaga fizik perlu belajar untuk menjaga kandungan.dan orang yang sudah menjaga kandungan perlu belajar untuk belajar menjaga fizik a.k.a berADAB.itukan SUNNAH.hehe hidupkan sunnah geng !

- dah macam salafi lak rasa, hehe.ops - salafi yang tidak extreme.

Unknown said...

alhamdulillah jawapan yg dewasa. [adeq da dewasa] jom hidupkan sunnah! kekadang kita pun terlalu meringankan2 yg sunnah..

adeq said...

=]

dan elakkan buat perkara yang 'it's not a sunnah' ea..hehe.

comel ~

Followers