Saturday, August 13, 2011

cerkon ramadhan-3

bismillahirramanirrahim


“Mi bangun.. bangun weh!” izham bangkit untuk tahajjud
“Alaaa..awal lagi la..” fahmi menarik bantal peluknya.
“Nanti terlepas tahajjud mi.”
“ko gerak dulu nanti aku follow.” Fahmi mengeluarkan pernyataan rasmi untuk tidak diganggu.
“fine!” Izham bangkit mengambil wudhuk.


“Mi bila nak beritahu umi plan ko tu?”
“lepas sahur ni la. InshaAllah kalau line clear.”
“kalau tak clear betolkan tune arial.hehe”
“beres!”

“Umi, Along baik tak sekarang?” Fahmi menolong mengelap pinggan.
“Along jahat ke dengan fahmi?” kerut seribu di wajah umi.
“Tak la kot..fahmi tanya je.. Umi suka tak dengan awek along?”
“Umi jeles la jugak. Marah pun ada kadang2. Along tu sejak ada fida dah jarang spent weekend dengan umi, abah.. kalau tak dulu, masa dia single selalu teman umi pergi beli barang, teman ayah makan roti canai tengah2 malam kat Zamzam tu. Nak kata suka, umi tak pasti. Umi mungkin belum berkenan lagi dengan dia. Mungkin nanti kalau along dah berani jumpakan dia dengan umi, umi akan terus berkenan dengan dia.” Umi menukar posisi duduknya
“ Tapi tengok umi ok je.”
“Sebab izham ada kat rumah ni. Dapatlah dia temankan umi abah.”
“umi, fahmi nak minta tolong.”
“Kenapa pelik sangat bunyinya?”
“Macam ni umi, fahmi dengan am sumpah tak suka along kapel dengan  fida. Dah berbulan diorang kenal, ke sana kemari dah along usung si fida tu. Umi tau kan kapel tu haram. Fahmi nak SPM tahun ni. Fahmi takut dek kerana dosa yang along buat tu, akan effect pada SPM fahmi.”
“Yang buat dosa tu along, kenapa pulak mi yang dapat kesannya?”
“sebab dia ahli keluarga kita. Nak jadi baik tak boleh sorang2. Azab Allah tu pun turun secara umum. Along punya dosa, fahmi yang turut tanggung akibatnya. Macam penagih dadah la umi, si suami yang menagih dadah, tapi isteri dan anak2 yang menjadi mangsa atas sebab ketagihan tu.”
“oh macam tu. Dah besar anak umi ni. Jadi, apa yang fahmi nak umi tolong?”
“Umi tolong slow talk dgn along tentang ni. Suruh dia pilih antara putus atau nikah. Weekend ni umi keluar la dengan along. Tapi umi kena beritahu dia awal. Takut dia buat date pulak wiken ni.”
“ok. Inshaallah umi cuba yang terbaik ya.”
“terima kasih umi! Along sayang sangat2 kat umi. Apa yg umi cakap dia mesti terima punya!”
________________________________________________________

“along! Cepatlah, umi dah siap lama dah ni.”
“Jap umi! On the way!” along tergesa-gesa menuruni anak tangga sambil matanya tertumpu pada telefon bimbitnya. Membalas sms.
“Ralit sungguh kamu ni dengan henfon tu.”
“sori la umi. Mesej urgent.”
“Panggilan umi ni tak urgent ke? SMS kamu tu lebih urgent? Haish! Along2..dah jom cepat.”
“kan along dah say sorry. Ok let’s go”



“Along, bila nak bawa fida jumpa umi?”
“Apa ni umi. Kami awal lagi ni. Kenal pun baru dua bulan.”
“abes nak tunggu berapa bulan? Ke nak tunggu dia ber”bulan” long?” umi mengisyaratkan gaya mengandung.
“Umi… along inshaAllah tahu jaga diri. Jaga maruah keluarga.”
“Fida macam mana? Along rasa?”
“maksud umi apa?”
“Along lelaki, kalau keluar malam orang mungkin tak kisah. Tapi fida perempuan. Dia hidup berjiran. Bukan sorang2 dalam hutan. Kalau dah along selalu ke rumah dia dating kat luar rumah, hujung minggu pulak tak kerja, jalan2 dengan fida keluar dari pagi sampai malam. Dia ada mak bapak long. Jiran2 mesti ada tanggapan buruk pada fida. Sekali lagi umi tegaskan, dia perempuan. Ke mana ditaruh maruahnya kalau dah asyik ke sana ke mari dengan lelaki yang tak jelas ikatannya.”
“umi.” Along mula menekan pedal minyak lebih kuat. “ Kenapa umi sibuk nak risaukan benda yang remeh? Along dah besar umi. Fida pun dah dewasa. Pandailah kami jaga diri. Kata-kata busuk org sekeliling tu tak payah lah dengar. Umi lebih percaya cakap orang lain daripada anak sendiri?”
“org sekeliling tu ada mata, ada mulut, ada perasaan long. Dah kalau mereka merasakan sesuatu yang tak kena, mestilah diorang menyuarakan keprihatinan. Tindakan tu wajar! Supaya orang lain mengambil langkah berjaga-jaga dan pencegahan. Bukan masalah tak percaya cakap anak sendiri ke  apa, tapi kalau dah ramai orang yang cakap dan lihat perkara yang sama, takkan umi abah dan adik2 kamu ni kurang cerdik nak menilainya?” umi meluahkan gelisah hatinya. Sementara along semakin menambah kelajuan sedangkan simpang menuju ke mydin hanya 300meter dihadapan.
“suka hati umi lah!” ttteeeeeeeeeeeeeeeeennnnnnnn!! Along menekan hon panjang kepada Toyota vios merah yang tiba-tiba sahaja memotong keretanya dari sebelah kiri. “gila!! jalan sempit macam ni pun nak potong!” along melempiaskan kemarahannya. Pantas sahaja along mengejar kereta tadi untuk me”nyekolah”kan pemandunya.
“long, tak payah. Laju sangat ni long. Biarlah dia.”
“kena ajar dia umi!”
“long!! Slow long!! Slow!! Along!” along memekakkan telinga.
Tidak semena-mena sebuah lori pasir berkelajuan tinggi keluar dari lorong tanpa berhenti dan..
Pprraangggggggggggggggggg!!!



“umi…..”
__________________________________________________________________

“Long, jenazah umi nak kebumikan sekejap lagi. Ko tak yah ikut la long. Doktor tak bagi ko banyak bergerak sangat. Sepatutnya sekarang ko dekat wad lagi kan?”
“ye. Tapi aku nak tengok umi kali terakhir.” Along berbicara sarat dengan kesebakkan.
“maafkan along umi. Along tak sangka jadi macam ni.” Lirihnya didalam hati. Air mata terus deras mengalir.“along akan tunaikan harapan umi.” Tekadnya bulat!

“Alhamdulillah dah selesai semuanya long. Malam ni aku hantar ko balik ke hospital semula.” Izham menolak abangnya yang duduk diatas kerusi roda ke ruang tamu.
“Fahmi , jangan sedih lagi. Allah lebih sayangkan umi.” Along memujuk adiknya yang sedang sugul di pintu rumah.
“memanglah.. Allah sayang umi. Aku, abah, am kitorang semua pun sayang umi. Kau je yang tak sayang umi. Entah setan apa yang rasuk kepala otak kau tu sampai kau tak boleh terima nasihta umi. Memang aku yang suruh umi tegur kau pasal fida sebab aku rasa umi yang paling paham kau. Kau tak pernah bantah apa yang umi cakap. Tapi aku tak tau sejak bila kau ni jadi derhaka sangat! Apesal? kau tak boleh terima apa umi cakap? Kenapa la kau tak mati sekali? Aku benci kau! Kau bunuh umi! Aku benci kau sampai mati!!” Fahmi menghamburkan kemarahannya. Emosinya mengatasi rasionalnya. Pantas dia menghidupkan Honda lagenda 2 dan terus memecut laju meninggalkan rumah.

Tamat!



15 comments:

D'Fadzr said...

lorrrr naper ending tragis sgt? ending kliche larrr

Unknown said...

inilah realiti bahawa hidup tak selalunya indah spt yg kita impikan. terimalah kenyataan ini.. Sebelum perkara buruk berlaku, ambillah langkah pencegahan.. Hargai org disekeliling anda.-ayt pn cliche-

adeq said...

pergh mati terus ke mak dia?buat koma la dulu.huhu.

apa yang bakal along buat?putus / nikah.huhu.fahmi macam mana, selamanya ke BENCI atau bila along da wat keputusan dia kembali rapat.hehe.

Unknown said...

apa kata ant yg smbung cite ni..hehehhe..ni ending org frust..huhuhu

adeq said...

budget ana x FRUST menonggeng la?kalau ana buat citer habis semua mati kunk, dari fahmi, along am.lagi tragis dan sadis.

Unknown said...

adeq: uhuk3..turut sama menanggung kepedihan.. T_T

alhanun nur said...

mengapa kalian ni? dari cerita ke reality ke?

Unknown said...

jangan main2 dgn cerkon ana tau! ada daulat...hehehehe

adeq said...

wow shinju memang berdaulat.jangan main-main.setiap katanya adalah titah, andai siapa yang menghalang atau membantah maka akan terkena ..... badi. (apa istilah kalau derhaka kepada raja tu)

Unknown said...

terkena tulah la..badi tu utk org mati kan?

mufidah islami said...

salam.. haha.. lawak la kritikan2 mmbina antunna nih... wuh, realitinya dalam kisah kak shinju nih adlah anak mudah berang ngan mak ayah atau sesiapa bilamana privasinya diganggu... tp, agak sadis la cite nih... hoho

Nurul said...

salam,
bukan badi la. Tulah. sejarah form 1 kott

Unknown said...

mufidah islami:ehem..komen2 "pembina" semangat. huh..sadis ea?ekceli ada smbungan tgu ramdhan akn dtg...

nurul: tulah kan..hoho..apala sayang awak tu...

adeq said...

hahaha shinjusan, sensitif kot ayat dalam "" tu.jangan cari gadoh bhai, hehe.

nurul - (muka blushing) hehe.

GMS - ehem.

alhanun said...

ha................ ape ni....................

Followers