Ni entry pertama utk ramadhan. Agak lambat. Entri ini hanya sebagai catatan diari yg best utk dikenang
ramadhan kali ini
tingkatan 4 dan 5 80% puasa di sekolah. ketika di matrikulasi kedah yg osem 90% puasa di perantauan. masuk UTM skudai sebelah rumah, 50% puasa di kampus. tahun ini, dalam sejarah, 100% puasa di rumah!
seronok puasa kali ini sebab adik2 saya akan menduduki PMR dan SPM tahun ini. Jadi, ramadhan dimanfaatkan utk qiam. Lepas sahur, terus kitorang naik atas, qiam. Rasa kemeriahannya. Saya ingat lagi ada seorg kakak yg saya segani di matrikulasi dulu ada cerita bagaimana rasulullah memeriahkan pesta ibadah di bulan ramadhan. Rasulullah akan kejut seluruh ahli keluarganya untuk mendirikan malam dgn amal ibadah. Sahur itupun ibadah. Maka, marilah kita utk tidak gagal mendapatkan pahala bersahur. Balik sahaja dari matrik ketika cuti nak raya, saya cuba bangunkan adik2 dan kakak saya utk bangun sahur lebih awal. tujuannya, supaya sempat qiam. Nak buat macam rasulullah. Tapi, apakan daya kita hanya mampu mengajak Allah yang menentukan siapa yang di kehendakiNya utk mendapat hidayah. Stres betul ajakan kita ditolak dgn sangat menyakitkan hati. Takpe, ini menambah syahdu dan manisnya tahajjud saya. Terima kasih ya!
Tapi alhamdulillah tahun ini, sejak dikenalkan dengan mutabaah, adik2 saya begitu ghairah utk bangun tahajjud. Tak perlu dah nak susah payah kejutkan bagai nak putus nyawa. Semua dah tahu nak bangun. Tambah2 diorang kan nak exam. Semoga ini batu loncatan utk mereka terus istiqamah. Seronok tau qiam ramai2. Dulu buat sorang2 je. Alhamdulillah Allah bagi nikmat utk qiam dgn adik2.
Semarak Pesta Ibadah
Ramai yang klaim ramadhan adalah pesta ibadah. Tapi saya lihat dan meninjau pendapat masyarakat, ramadhan bukan pesta ibadah, tapi pesta makan. Itu lebih ketara. Ibadah tu sebab ada terawih sahaja. Kalau tengok berita, hampir setiap hari ada sahaja orang yang buat jamuan buka puasa, edar bubur lambuk secara percuma. Tidak saya kata ini salah. Sangatlah dianjurkan utk bersedekah dalam bulan puasa. Tapi, macam tak kena tempat. Bersedekah kepada org yg berkemamapuan. Kalau dengar kat radio IKIM, macam2 pertubuhan yang menganjurkan program sedekah dan infaq kepada golongan yang memerlukan. Contohnya projek aman palestin, pertubuhan IRM, dan saya percaya banyak lagi pertubuhan lain yang memperjuangkan nasib saudara kita di tempat lain yang lebih memerlukan. Dekat malaysia ini, makanan sampai tak termakan. Akhirnya jadi rezeki lalat. kan membazir tu. Dosa tau membazir.
kalau sekali pandang, semua nak beli.nafsu2!!
Anak2 kecil di Malaysia yang baru belajar berpuasa, bila di ambang nak berbuka puasa, sibuk tanya pada ibu atau ayah mereka, "bila nak boleh makan mama?" tapi pada masa yang sama, di tempat lain, di palestin umpamanya, bukan itu persoalan mereka kepada ibu ayah mereka. Tapi yg akn di tanya adalah, "apa kita nak makan hari ni mak?"
Bersalahnya kita pada mereka. Apa salahnya kemampuan kita tu disalurkan pada medium yang tepat? Sedekah kepada golongan yang lebih memerlukan.
ok itu sahaja. Semarakkan Ramadhan Anda!
2 comments:
memang best Ramadhan kali ini !
Ramadhan kali ini ana dirumah tapi tanpa adek di sisi.beliau sedang berusaha untuk PMR nya.doakan adek kita k ukht.rindu adek........my only sister.i miss u zulfa, muah !
hafazan dia lebeh dari ana, tergugat nhe.huhu.jom tingkatkan hafazan ukht,
best2! ala wekend effa kan balik uma..
doakan adik2 kita. dua2 PMR tahun ni.
jom ukht tambah hafazan!
Post a Comment