Sunday, November 4, 2012

warkah zikrulmaut

bismillahirramanirrahim


Esok akan diadakan tahlil untuk almarhumah bonda saya yang tercinta, Halimah Bt Muhammad Soleh. Hari kelapan bonda dijaga allah. Kami adakan tahlil ini bukan kerana adat, tapi atas dasar pengetahuan kami yang masih baru ini. Semoga pahala dari sedekah menjamu tetamu yang kami, anak2 lakukan mengalir buat bonda. Menjadi peneman bonda di sana. Besar juga harapan kami agar tetamu yang hadir dapat mendoakan kami sekeluarga agar kuat menghadapi ujian ini dan paling utama, doakanlah kami menjaga anak2 yang soleh dan solehah, menjadi aset untuk bonda dan ayahanda kami ke syurga.

Pada anda yang merasakan tahlil ini bid’ah dll, takpela saya tak paksa anda utk dtg. Pada saya dan keluarga zikir yang di baca ketika tahlil tu adalah antara zikir2 yang afdhal. Segala manfaat itu akan berbalik pada si pembaca itu sendiri. Pada kami, kalau tak di buat tahlil begini, jarang orang yg nak berinisiatif utk membacanya sendiri. Ayah saya berkali-kali pesan, rajin2 membaca laa ilaha illallah ketika memandu dan pada bila2 masa, sebab kalimah laa ilaha illallah itu mampu memberatkan mizan yang tingginya antara langit dan bumi dan panjangnya dari ufuk timur hingga ufuk barat dunia. Betapa besarnya neraca (mizan) tu, tapi powerful nya kalimah tahlil itu, mampu memberatkan timbangan tu.

Saya nak ajak anda semua berzikir dan mengingat kematian. Kami meniatkan pahala sedekah dari jamuan senderhana selepas tahlil itu untuk al marhumah bonda. Kami sangat mengharapkan doa tetamu semua agar kami semua sekeluarga menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah. Semoga barokah yang di bawa tetamu menambah lagi rahmat dan ketenangan buat kami sekeluarga. Kepada sahabat2 saya, jemput datang Isnin, 5november2012 jam8.30PM ke rumah saya, no 30, Jalan Perwira, Taman Timur, 81000 kulaijaya Johor.

Untuk pengetahuan, bonda telah dijemput Allah menghadapNya pada 13 zulhijjah 1433H jam 3.40pm. bonda adalah ibu yang terbaik, isteri yang terbaik dan aku memohon kepada Allah agar tempatkan bonda di tempat istirehat yang terbaik pula.

Followers