Wednesday, November 13, 2013

S.A.L.J.U part 2

Nora menggosok2 matanya. Selang beberapa saat tangan kanannya beralih ke mulut menutup kuaknya yg entah kali ke berapa.

“Mengantuknyaaaaa!!!!” dia menjerit sendirian didalam  Honda-nya. Pedal minyak ditekan hingga mencecah lantai. Bertungkus lumus nora cuba menghilangkan ngantuknya. Tindakannya menambah kelajuan difikirkan tidak begitu selamat dan kurang membantu menghilangkan mengantuknya. Nora fed-up dengan siaran radio ikim-fm pada petang itu. Dia tidak berminat dengan bual bicara yg sedang berputar di stesen radio tersebut.

Jam menunjukkan pukul 3petang. Destinasi yang perlu dituju berbaki 70km lagi. Akhirnya, dia pun menukar stesen radio. Dia menekan2 butang next pada radionya. Mencari mana2 siaran radio yg lebih menarik perhatian. Tangannya terhenti menukar siaran apabila terdengar intro guitar lagu kegemarannya. Sudah lama dia meninggalkan lagu tersebut. Sejak dia melangkah ke UKM, hanya ikim-fm yg menjadi halwa telinganya. Dia pun sudah lupa apa frekuensi fly dan hitz.fm. Volume di naikkan sehingga 22. Maka penuhlah keretanya dgn nyanyian green day. Berselang2 suara Nora dengan suara radio.

Like my father come to pass
Seven years has gone so fast


Wake me up when September ends




Here comes the rain again

Falling from the stars

Drenched in my pain again
Becoming who we are


Tiba2 rasa nak cari code guitar lagu ni la.. nanti dah sampai rumah angah, mintak suami dia try main lagu ni sekali!

As my memory rests


But never forgets what I lost

Wake me up when September ends




Summer has come and passed

The innocent can never last

Wake me up when September ends


Bibirnya menguntum senyuman. Jalan lurus di plus highway yang tadi membuatnya mengantuk dan bosan kini sudah berjaya diatasi dengan Wake me up when September ends. Ingatannya terus tertumpu kepada Onry. Nama manjanya yang diambil sempena nama striker arsenal, Thierry Henry. Perkenalan mereka bermula pada tahun awal tahun 2006 ketika itu onry masih dalam pengajiannya di Kuktem pada tahun akhir. Nora pula baru sahaja usai PMR dan baru memulakan hidup sebagai pelajar tingkatan 4. 

Bulan januari sangat sukar bagi nora ketika itu kerana dia sudah tebal muka dengan guru disiplin yang telah mengenalinya kerana tertangkap di mall ketika waktu persekolahan. Gara2 bosan dengan aktiviti yang dikendalikan guru2 kepada pelajar tingkatan 3 yang sudah mengambil peperiksaan dan menghitung hari untuk cuti sekolah yang panjang, maka dia nekad mengikuti rakan2nya untuk fly dari sekolah ketika waktu rehat. K-box adalah tempat kegemaran mereka selain bowling alley yang mana banyak duit telah dilaburkan disitu. Sedang asyik mereka beraktiviti, datanglah Kaunselor sekolah, Cikgu azizul rahman yang dapat menghidu kegiatan ponteng pelajar tingkatan 3 sejak 3 hari sebelumnya. Semua pelajar yang ditangkap dibawa ke bilik disiplin utk mendapat kata dua daripada Cikgu Salihun, guru disiplin yg sgt digeruni. Rotan sudah tersedia diatas meja. Nora dan 2 rakan yg lain kini memasuki ruangan detention. Puas digertak, dimarah, dan akhirnya dirampas telefon bimbit masing2, cikgu salihun mengakhiri sesinya bersama mereka bertiga dengan satu ayat yang sangat menyentap tangkai hati, “tahun depan saya dah taknak tengok muka kamu dekat sekolah ini lagi.”

Kerana itu, januari 2006 adalah bulan yang sukar bagi nora. Dia masih berada di sekolah yang sama. Dia berusaha untuk tidak terserempak dengan guru disiplin. Sebagai persediaan dia telah memohon SBP dan sekolah teknik, tetapi keputusan 7A 2B dalam PMR yg diraihnya masih belum merezekikannya ke mana2 sekolah yang dipohon. Sehingglah awal February, dia menyemak status permohonannya di laman web jabatan pendidkan teknikal. Yes!! Nora di terima di SM Teknik Kuala Selangor dalam bidang kejurteraan Elektrik.

Nora langsung tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang jurutera kerana sejak dari kecil dia hanya bercita2 untuk menjadi seorang peguam atau ustazah. Tapi kegagalannya untuk mendapat tempat di SBP telah menyebabkannya menukar cita2nya kepada menjadi seorang jurutera. Nora tidak tahu apa yang bakal di alaminya nanti. Dia tidak tahu latar belakang bidang kejuruteraan. Dan pada waktu itulah munculnya onry yang banyak memberi motivasi dan menyokongnya. Onry merupakan pelajar bidang kejuruteraan automotif di Kuktem ketika itu. Dahulunya dia bersekolah di Sambest. Ilmu kejuruteraan yg ada dikongsi sedikit sebanyak kepada Nora. Dia sering memberi motivasi kepada nora untuk memastikan Nora sentiasa cemerlang dalam akademiknya. Mereka sering belajar bersama walaupun medium perhubungan mereka hanyalah melaui SMS. 

Mereka tidak kenal 1 sama lain kerana Nora yang tersalah menelefon onry ketika dia perlu menelefon rakan perempuannya. Beberapa kali dia call dan SMS, tapi SMS tak berjawab. Call pula, pelik aja bunyinya setiap kali onry menjawab panggilan. Rupa2nya, apabila dia bertanya kepada rakannya itu, ternyata Nora telah tersalah dail. No 5 dan 8 tertukar. Sejak itu persahabatan mereka mula terjalin tanpa bertemu empat mata.

salam, onry kau tolong jawabkan soalan ni bole? Aku da try banyak kali, jawapan aku dapat tak sama dengan skema jawapan. Ni ha,
int (2 to 5) (3x^5 + 3)/2x
sent 12.30am

930.2 aku dapat. Jawapan belakang berapa?
Sent, 12.35am

Pergh laju gile ko kira onry! Sama jawapan ko dgn aku. Jawapan belakang 420.3. nak nanges ah camni!
Sent, 12.37am

Ala soalan budak SPM celah gigi je la. Aku budak Sambest kot, malulah kalau x boleh beat budak sekolah teknik.. jawapan belakang tu salah kot nora. Ko tak payah ikut, x yah nak nanges ke stress bagai. Ko move next question je. Lagi berapa soalan ni?
Sent 12.41am

Ko ni x abes2 riak takbur ujub dgn sambest ko tu! Ko tgk la result spm aku nnt.! Ok. Aku move ke soalan lain. Aq tgh buat paper 2 add math ni. Ada 3 soalan lagi. Kena buat graf 2, pastu soalan proba. Nnt kalau aq x blh jawab aku sms lagi. Ko jgn tido dulu!! Aku lempang ko kalau ko tido!
Sent 12.43am

Hahaha.. x la. Aku x tido. Aku temankan ko study la ni! Aku pun final year ni ko ingat bole suka ria nak tido awal ke? Tengah siapkan projek aku ni. 2 sem lagi nak habes. Ko minggu ni da berapa kali buat revision add math? LK da buat latihan?
Sent 12.45am

Malas la buat LK. X best. Lusa je la aku buat. Da, ko jgn kacau aku buat kerja.
Sent 12.46 am

Ko kacau aku bole pulak ea. K la jom buat kerja!
Sent 12.47am


****** 2 am.
Onry, aku dah siap, score paper tadi 48/50. Aku nak tido dah ni. Thanks temankan aku.
Sent, 2am

Eh, da pukul 2 pg, solat sunat sunat la dulu. Baru tido.dah alang2 2/3 malam ni. Berkat sikit belajar kau.
Sent 2.01,am

Oh, okey thanks.
Sent, 2.01 am

******2.30 am.
Usai solat sunat dan mengemas buku2, Nora menerima panggilan daripada onry. Pelik. Onry tak pernah menelefonnya. Selama ini mereka hanya berSMS sahaja.

“hello..” x sempat menghabiskan kata2, operator maxis bersuara:
Voice SMS, u have received this voice SMS from 01278**** (voice sms rupenya.. hailaa)
lagu green day itu pun berkumandang. Tapi tak habis, di hujung rakaman, onry memberi pesan: khas untuk ko, belajar sungguh2.


Sejak daripada itu, lagu wake me up when September ends tersebut menjadi ingatannya kepada onry. Nora bukan seorang yang puitis. Sementelah pula dia seorang remaja dan masih muda, jarang ada dalam kalangan dia dan rakan2 yang memahami lagu yang mereka dendangkan. Pada usia sebegitu, makna lagu bukan perkara yg penting untuk sesuatu lagu itu mendapat tempat di hati pendengarnya, tetapi susunan music dan vocal penyanyinyalah yang menjadi penentu. Ketika itu, simple plan, MCR, green day, raihanna, fergi antara nama2 yg mendapat tempat di hati remaja seusianya ketika itu.

“onry” bibirnya mengucapkan nama itu. Setelah sekian lama. Entah mengapa hari ini dia memutar semula segala rakaman ingatannya bersama onry.

“ah sudahlah! Lagu tu pun memang dia nak suruh aku lupakan dia kot! Anggap dia dah mati.. Dia pun mesti da kawen, beranak pinak sekarang” Nora bercakap sendirian di dalam kereta. Suara radio mula di perlahankan ketika lagu tersebut habes. Nora tiba2 menjadi sebak. Selepas dari voice sms yg diterima daripada onry tersebut, tiada lagi sms yg dihantar onry. Hampir 2bulan tiada perhubungan, di tambah pula Nora yang menginap di asrama dan jarang dapat memegang hensetnya. Oleh kerana sibuk dengan persediaan SPM dan pembekuan henset yang dilakukan kakaknya selama 2 bulan sehingga kertas terakhir SPM, dia perlahan-lahan melupakan onry. Dan kini, dia ingat kembali.

Titot titot titot titot, smart phone nora berbunyi. Segera dia memakai hand’s free. Nombor yang tertera tidak dikenali. Di tekan juga butang hijau.

“assalamualaikum. Nora ya?”
“waalaikumussalam. Saya, encik ni siapa ya?”
“saya, ah..,, err, saya dapat ah,..”
“encik, saya tak dengar jelas la. Saya tengah drive ni. 3jam lagi saya call encik semula ya. Mintak maaf. Terima kasih.”

Siapa yang call nora? Nizam ke? Macam mana nizam tahu no telefon nora? Siapa pula onry?


C u in Next episodes

Sunday, November 10, 2013

S.A.L.J.U

bismillahirramanirrahim


“eh kuatnya bau nasi minyak!! Dari mana datangnya ni?” gurauan cikgu nazri disambut riuh oleh guru2 lain yg berada dalam ruang pengajar. Cikgu nizam hanya mampu tersenyum dan menggelengkan kepala. Muak dan jenuh dengan gurauan sedemikian rupa.

Ingatkan anak dara je kena usik macam ni bab2 kahwin.. hatinya mengomel

“saya nak tunggu ada tuan puteri yang minta rakyat jelata masuk meminang cikgu.” Bidas cikgu nizam, tak mahu kalah.

“sudahnya tak menikah lah cikgu, mana nak adanya zaman sekarang ni orang nak kahwin main pakai pengumuman bagai.. paling tak pun pakai website soul-maker” cikgu hazimah menambah.

“akak tolonglah buatkan 1 akaun utk saya kalau macam tu.! Saya pun takde masa nak google n fact find. Mana yang ok, akk roger saya je.” Cikgu nizam tanpa nada menuturkan. Tangannya ligat menekan calculator, menjawab soalan ujian 2 yg akan diadakan seminggu lagi.

"Ok la, nnt akk da buat akk inform kamu. Sibuk beno gayanya cikgu nizam ni. Saya ke depan dulu la ya, student saya dah sampai tu.” 2 batang marker dan pembaris besi dicapai sebelum cikgu hazimah menyarung kasutnya untuk masuk ke ruang bengkel.

 _____________________________________________________________


“Ya allah, lama sudah kutunggu dia. Aku sabarkan hatiku menantinya. Ya allah, kau gerakkanlah hatinya untuk bertemu denganku. Aku tak tahu ya allah, apakah dia jodoh yang Engkau takdirkan buatku. Ya allah sudah tiba masanya buatku memahami erti pernikahan untuk beribadah kepadaMu semata. Inilah masanya aku merasa aku ingin menikah kerana aku mahu beribadah kepadaMu. Aku ingin mengejar pahala yang berlipat kali ganda yang engkau janjikan kepada hambaMu. Aku tak mhu kerugian masa dan segala nikmat yang engkau berikan kepadaku atas perkara sia2. Terkadang aku terlupa menundukkan pandanganku pada wanita bukan muhrim, dan aku berdosa. Andai sahaja ada yang halal untuk aku renungi dan menyenangkan hatiku. Aku terlalu ingin untuk membina keluarga yang meninggikan syariatMu dalam isi kehidupannya. Dan aku tak temukan jalan lain untuk mencapai seglanya ini selain dari menikah. Ya allah, tapi kau maha tahu akan aku hambaMu yg sgt lemah ni. Apakah aku sudah mampu untuk berkomitmen, dan hingga saat ini, ya allah, engkau maha tahu betapa sakit dan peritnya aku menanggung perasaan rindu ini. Memendam perasaan ini sendirian. Hanya engkau dan aku ya Allah.! “ pecah suara tangis nizam. Sayu dan lirih pengakuannya. Kedua tangannya menutup wajahnya. Bahunya pula bergegar kuat kerana esakannya.

Sudah 6 tahun dia menunggu sesorang yang dia tak pasti statusnya. 6tahun dia bersabar menunggu tanpa pengetahuan si dia. Masa yang panjang. Kesabaran yang luar biasa. Hampir sahaja dia dijodohkan dengan zawiyyah. Oh, tepatnya sekarang ini Dr Zawiyyah. Anak kepada rakan karib merangkap business partner syarikat papanya, Serumpun Holdings. Tahun lepas, ketika papa dan mamanya begitu mendesak nizam untuk segera menikah dan meyakinkannya untuk menerima zawiyyah yang saat itu masih dalam pengajian. Ketika itu zawiyyah sedang Clinical years di HUKM. Seorang gadis yg bijak, santun, sejuk mata memandang, bicaranya sopan sekali, auratnya Alhamdulillah tiada yang akan menjadi beban buat nizam. Setelah mereka dipertemukan dalam satu jemputan makan malam di rumah zawiyyah, nizam menyatakan persetujuannya kepada mama untuk menikah dengan zawiyyah.

Keputusan nizam diterima dgn sangat gembira oleh mama dan papanya. Segera papanya menghubungi Dato’ Azman untuk bertanya bagaimana jawapan puterinya. Namun, zawiyyah masih belum ada keputusan dan meminta sedikit masa.

Hari berganti hari. Minggu berganti minggu akhirnya satu pesanan masuk ke facebook nizam ketika dia sedang online tengahari itu.

Haura’ jannah is now online
assalamualaikum. Cikgu nizam, saya zawiyyah. Ada 1 hal yang saya ingin tanyakan untuk mendapatkan kepastian. Iaitu, adakah cikgu mempunyai perancangan untk menyambung oengajian ke peringkat lebih tinggi iaitu master dan PhD? Itu sahaja, syukran.

Mohd Shahrul Nizam bin Badri
Waalaikumussalam. Oh, patutlah saya cari zawiyyah punya akaun facebook tak jumpa. Rupanya pakai nama lain. Ok, ttg soalan zawiyyah tu, to be honest sekarang ni saya takde sebarang perancangan pun utk  continue master or PhD sebab saya nak fokus pada career guru ni. Saya sekarang dah diamanahkan untuk jadi guru disiplin sekolah, jadi terlalu banyak perancangan yg saya perlu fikir dan atur. Jadi at this moment saya takde cita2 lagi la nk further study.

Haura’ Jannah is now online
Okey, dalam 2 atau 3 tahun lagi mungkin akan sambung?

Mohd Shahrul Nizam bin Badri
Mungkin tidak juga kot. Setakat ni saya memang tak nak sambung belajar. Pada saya, tak kiralah apa pun kelulusan yang kita ada, pokok pangkalnya adalah how can us contribute back to the society? If sambung blaja hanya for the sake of dapat title Dr atau to be employed by company yg well known and established, nak femes, nak kaya or apa2 la, itu semua spm leaver pun bole buat. Nak penuhkan poket sendiri, nak kenyangkan perut sendiri, nak puaskan nafsu sendiri. Tapi, yes! Tak sume orang yg ada higher edu. than dengree bersikap camtu. Still ada yang fikir tentang society, but sorry to said, most of them is not. Saya sendiri pun  masih tak clear lagi niat, mission n vision why do I need to pursue master. Tak kuat lagi alasan dan urgency of that.

Haura’ Jannah is now online
Oh macam tu. Okey, terima kasih atas keterangan cikgu yg sangat jelas. Cikgu ada nak tanya apa2 dekat saya?

Mohd Shahrul Nizam bin Badri
J okey, no worries. Uhm, nak tanya, zawiyyah akan habis belajar berapa lama lagi?

Haura’ Jannah is now online
In sha allah 2 tahun setengah lagi. Okey, itu sahaja nak tanya? Saya da takde apa2 soalan lagi assalamualaikum

Mohd Shahrul Nizam bin Badri
Okey, terima kasih. Waalaikumussalam.

Itulah kali pertama dan terakhir nizam berbalas mesej dengan zawiyyah. Pada malamnya, usai nizam sekeluarga makan malam, papa dan mamanya masuk ke bilik nizam. Ketika itu dia sedang menyiapkan persediaan untuk kelas keesokan harinya.

“nizam, papa dgn mama ada nak bagitahu perkara penting ni.”
“apa dia pa? ma? Kenapa tak cakap masa dinner tadi?”
“sebab benda ni private, kalau x private tak perlulah mama dgn papa kamu ni masuk ke bilik kamu. Depan along dgn shah tadi pon mama da boleh bagitau kalau x rahsia.”
“wah, serius betul ni ma? Apa halnya ni?”
“petang tadi, dalam pukul 6, datin wana call mama. Dia cakap zawiyyah tak dapat terima kamu.”
“lah, ye ke? Sebab apa dia reject ma? Baru je tengah hari tadi dia message nizam kat fb. “
“sebab dah message dgn nizam la dia reject nizam. Dia sebenarnya nak kalau boleh bakal suami dia tu mesti sama level atau lebih tinggi la education-nya.”
“oh patutlah dia tanya nizam nak further master ke x. takpelah ma, nizam rasa pun she deserve someone better, or actually, I, deserve someone better.”
“nizam, kamu sambunglah study, apa yang susahnya? Bukan senang tau nak jumpa org mcm zawiyyah tu. Sempurna segala benda kat dia. Sambung belajar nnt pun menguntungkan kamu juga. Kan pa?”
“betul tu ma. Papa pun fikir mcm tu. Tapi. Yelah kan,  kita ni tak bolehlah nak paksa anak kita ma. Nnt bila da tak bahagia, kita pula yg dipersalahkannya.”
“thanks pa. takpelah mama, nizam okey je. Mama yakinlah, Allah sedang mempersiapkan sesorang yg lebih baik dari zawiyyah untuk nizam, untuk mama dgn papa jugak.”

 ********************************************

Tapi itu dulu. 3tahun dulu. Kini usianya sudah mencecah 28 tahun. 2 tahun lagi jika dia masih mengekalkan statusnya, maka dengan segala hormatnya akan mendapatlah gelaran bujang terlajak. Hingga ke saat ini nizam masih menanti si dia yg dikenalinya 6tahun lalu. Meskipun dia pernah membuka hatinya utk zawiyyah dahulu, namun dia menyedari bahawa keputusan itu tidak berjaya memadam ingatan dan pengharapannya terhadap Nora. Si dia yang ditunggu selama 6tahun. Perasaan dan perhubungan ini aneh. Tapi kewujudan dan kehangatan yg masih serupa walaupun setelah 6tahun tidak berhubung, ini jauh lebih aneh!

Ya rabbul izzati, tolonglah bisikkan pada hatinya kenangan terhadapku. Terbangkan pada kotak fikirannya ingatan kepadaku.. Aku mohon ya Allah…. Hadirkan dia ke sekolah tempat aku menabur bakti ini.
Mengikut perhitungan, Nora sepatutnya akan menamatkan pengajian ijazah sarjana mudanya pada tahun ini. Tahun 2013. Jadi, mungkin sekarang ini masa yg sesuai untuk aku menyuntingnya menjadi permaisuri hati aku. Ahahaha… dah berapa kali aku berangan camni.. entah bile la Nora akan kembali ke sekolah ni. Puas aku cari dia kat facebook tak jumpe. Ni mesti kes guna nickname. Tu yg x jumpa tu. Ke dia takde fb..? Nora, lama mana lagi saya kena tunggu awak? Tahun ni adalah tahun terakhir saya tunggu awak. Kalau awak tak datang juga, saya terima je calon yg kak Hazimah nak adjust-kan tu. Haish, desperado la pulak aku ni!

_______________________________________________________

Kini November sudah menjengah dan tirai oktober tak lama lagi akan diturunkan. Bermakna, ada 2bulan lagi tempoh untuk nizam menunggu kehadiran Nora. Nizam tidak tahu bagaimana untuk mencari nora. Ketika berkenalan 6 tahun lalu nizam tidak pernah bertanya alamat Nora. Hanya ada no telefon sahaja. Itu pun sejak Nora masuk ke matrikulasi dia sudah tidak dapat menghubunginya lagi. Mungkin Nora sudah menukar no telefonnya. huh, 2 bulan lagi. Masa yang suntuk.

Akankah hadir Nora sebelum berakhir tahun 2013? Bagaimana perjalanan menuju ibadah pernikahan yg akn dijalan nizam? Nantikan episode seterusnya! Bersama Nora atau calon kak Hazimah yang tak dikenalinya?


Followers