Friday, February 24, 2012

pilihan

bismillahirramanirrahim

Dalam sebuah kelas yang hingar dengan berbagai ceritera manusia, tiba2 senyap dengan langkahan kaki pensyarah yang baru saja sampai.

"aik? ye ke dia ajar kelas ni? x salah ke?"

"patutnya dia ajar kelas mana weh? sape lecturer kita patutnya?"

"hmm...tgk buku yg dia bwk..nmpak perkataan economy."

"eh btol la dia ajar kelas kita! Dr agus ajar project management"

"apa kabar semua? oh semua melayu dalam kelas ni. eh seorang india."

"ok, kita jumpa lagi kan sem ni.. ok saya nak tanya, what come across your mind bila pertama kali nampak nama subjek ni, Engineering economy?"

"byk calculation"

"duit"

"ha duit!" bederai gelak memenuhi ruangan tersebut.

"sebenarnya subjek ni bukan ajar pasal nak buat duit sangat.. subjek ni banyak kepada mengajar kamu membuat pilihan. Nak terima atau tolak projek. nak sain atau tak. Nak pilih CIMB konvensional interest 10% annually atau nak pilih islamic banking yang tade unsur riba? ha pilih la! nak cepat kaya, melabur la kat CIMB 10% bila 10 tahun awak dapat berapa? banyakkan? cepat sikit kaya..cepat sikit masuk neraka kan? ha pilihlah!" sarkastik bunyinya.

tapi sebenarnya, sebagai seorang engineer atau siapa pun kita, tetap saja hidup ini adalah pilihan. apa sahaja yang kita tempuhi sekarang, adalah juga pilihan yang telah kita putuskan utk kita lalui. jadi pilih jangan tak pilih! Sebenarnya saya sangat eksaited nak belajar subjek ni. Tambah pula yang ajar subjek ni adalah pensyarah fluid mechanic saya dulu. Belajar dengan dia mmg sempoi. Tak banyak rules. Tapi strict nak bagi markah. Strict dia pun bersebab! saya suka style dia mengajar. Dan sangat mengejutkan saya apa yang telah diperkatakan dalam kelas semalam. Dr dah berubah.. getus hati saya. banyak sebenarnya perubahan dia.. Dr mmg suka bercerita dalam kelas. Dulu mase kelas Fluid pun dia suka cerita pengalaman dia sebagai pelajar yang sukses, dan agak keduniaan juga, dan satu lagi dia suka cakap perkara2 yang salah (mungkin menurut dia x salah) tentang cinta la biasanya. (haaargghh.. mcm2 cite dia dulu..sakit hati pun ada..tapi maniskan muka je..adab sebagai pelajar kan..) tapi apa yang berlaku semalam agak mengejutkan. saya agak terkesima dengan "ceramah" dia dalam kelas semalam. Alhamdulillah, ada benarnya kata2 beliau semalam, semakin kita berusia, kita akan semakin cenderung pada kebaikan. (walaupun ayt dia bukan camni tapi lebih kurang la)

MENERIMA HIDAYAH ITU SATU PILIHAN


Hidup ini adalah pilihan. Sebenarnya kita terima atau tolak hidayah itu adalah pilihan kita. Dan pilihan kita jugak lah nanti akan menentukan ke syurga atau neraka akhirnya kita. Dengan erti kata yang lain, ke syurga atau neraka kita yang pilih sebenarnya. Allah dah beri peringatan dan pelbagai anologi dalam al-quran untuk kita manusia yang berakal ini berfikir. anataranya;

"...dan Kami telah menetapkan akan kami isi neraka itu dengan jin dan manusia" [32:13]

Allah dah beritahu kan, neraka itu akan dipenuhi dengan jin dan manusia, jadi, kita pilihlah nak jadi mereka yang diisi kedalam neraka itu atau tidak. Allah kurniakan akal untuk kita berfikir dengan rasional, jadi tolonglah gunakan.

"..mereka mempunyai mata, tapi tidak di gunakannya, merka mempunyai telinga tapi tidak digunakannya, mereka mempunyai hati nurani tapi tak di gunakannya. mereka ini seperti haiwan ternak bahkan lebih sesat lagi" [7:179]

saya rasa anda dah familiar dengan ayat ini. Jadi, tolonglah jangan merendahkan diri anda sevel dengan lembu, kerbau, kambing yang tak berakal. Yang tahunya makan tidur dan menyusahkan orang. (lembukan suka duduk tengah jalan pastu mengahalang lalu lintas. kan menyusahkan namanya tu)

HIPROKRIT DALAM BERUBAH


"Akak, saya nak tanya, macam mana saya ni ea? saya rasa nak berubah. rasa nak pakai stokin, handsock, labuhkan tudung, tapi saya takut berat sangat.'

"berat maksudnya?susah nak istiqomah."

"haah."

"ubahlah perlahan2. Pakai tshirt muslimah dulu, then pakai stokin, pastu handsock, dalam masa yang sama perlahan2 tukar style tudung."

"pernah kak saya buat macam tu tapi terhenti tengah jalan sebab saya rasa saya tak ikhlas. Kadang2 rasa hipokrit. Kawan2 pun kadang2 kalau nampak kita berubah sikit, diorang mula la usik2..jadi saya pun tak teruskan."

"tak ikhlas? rasa hipokrit ea? urmm.. berdosa tak kalau akak jaga mak akak yang tengah sakit dalam keadaan hipokrit?"

"tak dosa la! Mak sakit kot kak..akak kena la jaga..kan kita dituntut untuk berbuat baik pada ibu bapa macam yang dulu akak pernah cakap."

"kalau akak solat dalam keadaan terpaksa, dosa tak?"

"tak sebab solat tu wajib"

"menutup aurat?"

"wajib"

"menutup aurat dalam keadaan terpaksa?"

"wajib la maknanya kak?"

"ya, wajib tu maksudnya?"

"nak tak nak kena juga buat"

"jadi, rela ke, terpaksa ke hipokrit ke, tetap wajib tutup aurat. Tak berdosa pun kalau kita tutup aurat dalam keadaan terpaksa atau hipokrit sebab itu dah mmg tuntutan agama. Yang berdosa adalah bila antunna dah tahu pakaian antunna tak menutup aurat, kmudian sengaja tak nak perbaiki. Terus dengan pakaian kita yang ketat, jarang, singkat dan style2 lainnya. Tak berubah setelah sampai ilmu kepada kita, itu yang berdosa. "

"tapi kak, kalau kita buat sesuatu kan mesti kerana Allah. kena ikhlas baru amalan diterima"

" betul. macam dalam hadis pertama arbain nawawiyah. jadi, kalau kita terpaksa kita tak dapat apa2. pahala tak dapat, dosa pun tak dapat. yang dapat mungkin penat je. Jadi, janganlah kita sia2kan usaha kita. Once kita rasa terpaksa, kita perbaharui semula niat kita. ikhlaskan diri. Allah menilai niat kita yang paling latest."

"inshaAllah kak, doakan kita semua"

"inshaAllah sama2 kita perbaiki lagi cinta kita pada Dia. Kalau dah takde apa2 lagi, sekarang pun dah lewat, jadi kita tutup halaqoh kita. akak serah majlis kepada MC"

sekian...-kesejukan dalam library fakulti buat post ni-..

Sunday, February 19, 2012

bertaqwa kepada Allah semampu kalian


bismillahirramanirrahim

ringkas sahaja hari ini. satu firman Allah, wattaqullaha mastatho'tum.  bertaqwa kepada allah semampu kalian. Jangan pernah kita salah dalam menanggapi ayat ini. Semampu kalian bukanlah bermaksud menurut hawa nafsu kalian. Berbuat di jalan Allah seminimum mungkin atas alasan bertaqwa menurut kemampuan. Sedangkan pada hakikatnya jika dipaksa dan dididik diri, pasti kita boleh berbuat lebih daripada apa yang kita lakukan sekarang. Percayalah! Kalau dulu saya sendiri tidak pernah terfikir boleh melakukan apa yang sedang saya lakukan sekarang. saya memang tak pernah terlintas memikirkannya.

Beberapa minggu yang lepas saya ada menyentuh tentang komitmen pada Allah. Memandangkan adik2 saya ini bekerja ketika cuti SPM ini, maka perkara ini sangat crucial untuk ditekankan. Bagaimana yang di katakan hidup, mati dan bekerja kerana Allah. kalau ketika sekolah dahulu, belajar kerana Allah. sekarang bekerja pula kerana Allah. Ramai yang tewas bila bekerjaya. Halaqoh entah kemana, solat tak tentu hala. suka2 dia je nak solat pukul berapa. Mutabaah pula tak yah cerita... Iman di hati terus menerus meronta. eceh macam pantun pulak.

Ada seorang adik ni berkongsi bagaimana dia berusaha untuk solat awal waktu. Dia seorang cashier di sebuah pasaraya yang saya sangat suka pergi! Murah dan dekat dengan rumah saya. Majikannya cina, dan dia menceritakan bahawa tempat solat yang disediakan di tempat kerja sangat sempit dan hanya boleh memuatkan seorang sahaja dalam satu masa. Tempoh 15minit rehat untuk solat asar tidak memungkinkan utk dia menyempatkan diri solat awal di tempat solat berkenaan. mungkin dia terpaksa mengambil waktu rehat yang lain lebih kurang jam 6.30 ptg utk solat asar. Jadi, dia terus mengambil keputusan utk solat di satu ruangan dalam pasaraya tersebut berhampiran dgn surau dan kawasan yang jarang di lalui oleh customers yang dtg. Dia bentang kain dan terus solat! Saya sendiri yang dengar pun macam tak percaya. Kalau saya ketika seusia dengannya (18tahun) takdenyelah berani nak buat macam tu..malu kalau org nampak. Tapi subhanallah adik tersebut tidak merasa aneh berbuat demikian semata2 utk membuktikan ketaatannya pada Allah. Allah memanggil hambaNya utk menyembahNya dalam seruan azan, lalu dia datang dgn penuh kehinaan menghadap Allah Rabb sekalian alam.
tengok akhwat ni, kat atas tar pun solat jugak..berapa ramai yang sanggup?


saya sangat tercabar.. Jeles..Mesti Allah cinta adik tu lebih dari saya..Jadi, anda pun merasalah jeles! Baru 18tahun kot! lepasan SPM.

Followers