Sunday, February 19, 2012

bertaqwa kepada Allah semampu kalian


bismillahirramanirrahim

ringkas sahaja hari ini. satu firman Allah, wattaqullaha mastatho'tum.  bertaqwa kepada allah semampu kalian. Jangan pernah kita salah dalam menanggapi ayat ini. Semampu kalian bukanlah bermaksud menurut hawa nafsu kalian. Berbuat di jalan Allah seminimum mungkin atas alasan bertaqwa menurut kemampuan. Sedangkan pada hakikatnya jika dipaksa dan dididik diri, pasti kita boleh berbuat lebih daripada apa yang kita lakukan sekarang. Percayalah! Kalau dulu saya sendiri tidak pernah terfikir boleh melakukan apa yang sedang saya lakukan sekarang. saya memang tak pernah terlintas memikirkannya.

Beberapa minggu yang lepas saya ada menyentuh tentang komitmen pada Allah. Memandangkan adik2 saya ini bekerja ketika cuti SPM ini, maka perkara ini sangat crucial untuk ditekankan. Bagaimana yang di katakan hidup, mati dan bekerja kerana Allah. kalau ketika sekolah dahulu, belajar kerana Allah. sekarang bekerja pula kerana Allah. Ramai yang tewas bila bekerjaya. Halaqoh entah kemana, solat tak tentu hala. suka2 dia je nak solat pukul berapa. Mutabaah pula tak yah cerita... Iman di hati terus menerus meronta. eceh macam pantun pulak.

Ada seorang adik ni berkongsi bagaimana dia berusaha untuk solat awal waktu. Dia seorang cashier di sebuah pasaraya yang saya sangat suka pergi! Murah dan dekat dengan rumah saya. Majikannya cina, dan dia menceritakan bahawa tempat solat yang disediakan di tempat kerja sangat sempit dan hanya boleh memuatkan seorang sahaja dalam satu masa. Tempoh 15minit rehat untuk solat asar tidak memungkinkan utk dia menyempatkan diri solat awal di tempat solat berkenaan. mungkin dia terpaksa mengambil waktu rehat yang lain lebih kurang jam 6.30 ptg utk solat asar. Jadi, dia terus mengambil keputusan utk solat di satu ruangan dalam pasaraya tersebut berhampiran dgn surau dan kawasan yang jarang di lalui oleh customers yang dtg. Dia bentang kain dan terus solat! Saya sendiri yang dengar pun macam tak percaya. Kalau saya ketika seusia dengannya (18tahun) takdenyelah berani nak buat macam tu..malu kalau org nampak. Tapi subhanallah adik tersebut tidak merasa aneh berbuat demikian semata2 utk membuktikan ketaatannya pada Allah. Allah memanggil hambaNya utk menyembahNya dalam seruan azan, lalu dia datang dgn penuh kehinaan menghadap Allah Rabb sekalian alam.
tengok akhwat ni, kat atas tar pun solat jugak..berapa ramai yang sanggup?


saya sangat tercabar.. Jeles..Mesti Allah cinta adik tu lebih dari saya..Jadi, anda pun merasalah jeles! Baru 18tahun kot! lepasan SPM.

3 comments:

cahayaperjuangan said...

huu subhanallah... hebat si pecinta Allah.mengutamakan pandangan Allah dri pandangan manusia.sgguh tcabar!

adeq said...

salam siapa tu, hehe bisa berkenalan? hehe.

GMS said...

cahaya perjuangan:haah..sangat tercabar~! btw, kenapa nya profile awk x mbantu saya utk knl sape awak?

adeq: w.slm...ant da knal da dia..dia yg berdiri masa muhasabah KRS aritu..

Followers