Tuesday, January 31, 2012

UKHWAH YG OSEM

bismillahirramanirrahim

"sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara..." (49:10) mukmin-persaudaraan. Maka keimanan itu seringkali dikaitkan dengan persaudaraan atau ukhwahfillah atau ukhwwah imaniyah. Ukhwah imaniyah yang takkan terputus walau apa jua yg merintangi kehidupan anda. Ukhwah yang dapat menyelamatkan anda pada hari yang tiada perlindungan selain perlindungan Allah, inshaAllah.

"dan pada hari itu para sahabat satu dengan yang lain saling bermusuhan kecuali orang2 yang bertaqwa" (43:67)

Ukhwah teras kegemilangan (credit to sis noora)

Kejayaan sesebuah dakwah sangat berkait rapat dengan ukhwah para jundi yang berada di dalamnya. Masalah ukhwah boleh mengganggu gugat kelajuan dan kelancaran dakwah. budaya "ada ana kesah" terkadang perlu dalam sesetengah keadaan. Contohnya bila ada ikhwah atau akhwat yang tak sependapat dengan anda dan perkara yang anda perselisihkan adalah perkara yang furu' jadi, tak perlu nak sentap sangat, buat tak kesah sudah. Jangan cepat terasa hati dan apa yang paling penting adalah bersangka baik dan berlapang dada. 

kungfu panda 2 mengajar berukhwah
anda da tonton movie ni? saya baru sahaja tonton minggu lepas. Siri motivasi yang sangat bagus. Daripada tonton ombak rindu lebih baik tonton kungfu panda! Kungfu panda 2 ni lebih banyak bermain dengan emosi. Po mengalami konflik masa silamnya. Dia ingin mencari identiti sebenar dirinya yang sudah jelas bukan anak seekor angsa penjual mi sup terkenal di China. Shen merupakan watak antagonis dalam filem ini yang mana dialah yang bertanggungjawab membunuh hampir semua populasi panda di China kerana khuatir dirinya akan ditewaskan oleh seekor panda sepertimana yang telah ditakwilkan oleh pembantunya yang saya lupa namanya. Ketika berhadapan dengan shen, hampir sahaja po (dragon warrior) dapat membunuhnya, namun tiba2 dia terimbas wajah ibunya secara tiba2 ketika melihat satu tanda pada badan shen. The furious five, sangat kesal dengan tindakan po yang akhirnya menyebabkan mereka semua dimasukkan ke tempat tahanan. Di tempat tahanan tersebut tigress meminta po memberitahu apa alasannya membiarkan shen melarikan diri sedangkan dia punya kesemapatan untuk menghapuskan shen. Po cuba mengelak dengan alasan2 lain. Dia tidak mahu memberitahu kisah sebenar. Sesuatu perkara yang sangat merunsingkan dirinya. Hingga menyebabkan tigress bergaduh dgn po dan tidak dpt dikawal oleh monkey, mantis dan ular (xingat apa nama dia).. Tidak lama selepas itu barulah po jujur menceritakan. Alasan po untuk tidak menceritakan pada awalnya adalah kerana seorang pahlawan tidak boleh lemah dan ada masalah.. mesti heart core .. Tapi sangat mengejutkan bila sebaik sahaja po menceritakan hal itu, tigress terus memeluknya tanda simpati dan prihatin.
master xifu dpt utusan ttg shen
jadi, antara perkara terpenting dalam berukhwah adalah ketelusan. Jangan menyembunyikan masalah, luahkan agar ukhwah seasama tidak membarah. Dan dalam masa yang sama, kita juga harus menjadi seperti tigress yang sangat peka pada perubahan po. Beri ruang dan peluang untuk sahabat anda meluahkan masalahnya. Sesuatu kerja berpasukan bakalan gagal jika masalah ukhwah spt ini tidak dapat diatasi. Jangan menunggu org yg bermaslah untuk luahkan masalahnya, bahkan kita selaku ikhwah atau akhwat yang prihatin, tanyakanlah dan pujuk individu yg bermasalah tersebut untuk berkongsi masalahnya. Mungkin dia tidak mahu meluahkan kerana menganggap masalahnya akan diremehkan oleh org lain. kerana itu dia memilih untuk merahsiakannya dan menghadapinya seorang diri. seperti mana yang po lakukan pada awalnya.

sangat banyak pengajaran yang anda boleh garap menerusi filem kongfu panda ini. satu siri motivasi yang sangat bermanfaat. dan saya rasa akan ada pula lepas ni kongfu panda 3 kerana sebenarnya ibu dan ayah po masih hidup!!!

5 comments:

sahabatmu said...

salam..
OSEM r po.. comel habis

mufidah islami said...

salam.. yep. PERLU telus dalam berukhuwah. baik atau buruk. apatah lagi jika bekerja bersama dalam satu kata kerja ISLAM....

adeq said...

pedulik apa aku dengan posting nhe. haha. sentap mak ~~

GMS said...

sahabatmu: waalaikumussalam.. sumpah comel n osem! po masa kecik2 comel sangat3! makan lengkuas dalam bakul..alolo tomeynya!

MUFIDAH ISLAMI: ya.. TELUS. tapi harus telus bertempat dan berhikmah. kalau tersilap kena org melankolik macam ana, terus x betegur 3hari..huh.

adeq: ada aku kesah? no heart feeling~

Anonymous said...

again..nice entry by sis halaqah :)

Followers