Friday, October 5, 2012

No offences please!

bismillahirramanirrahim



Saya baru sahaja menghabiskan bacaan post yg panjang lebar di suatu site yg popular. Penggemar blog ini pasti telah mengkhatamkannya lebih awal daripada saya. Di sini saya nak lontarkan pandangan saya sahaja. Saya sumpah tak pro kerajaan seperti mana sangkaan ramai orang. Saya tak cenderung kepada mana2 parti. Saya cenderung kepada kebenaran sahaja. Siapa yang bawa alquran dan sunnah sebagai priority dalam pemerintahannya, itu yg saya support 200%.

 Sekali lagi saya nak emphasis, ini adalah pandangan peribadi saya. Manusia biasa yang tak suka politik yg macam *&%^%  kat Malaysia ni, but I do update dengan perkembangan politik bukan sahaja kat Malaysia tapi kat Negara lain juga inshaAllah. Saya BUKAN BENCI POLITIK. Saya benci kekotoron yang dipalitkan pada politik. Padahal politik itu suatu yg suci kerana ia adalah content dalam islam. Saya hanya budak chemical engineering yang tak sehebat budak LONDON SCHOOL OF ECONOMY  atau pakar penganalisa politik mahupun ekononomi untuk bicara soal ekonomi ni. Tapi I have my own perspective di atas apa yg sedang atau akan berlaku pada 2013 nanti.

Saya setuju sangat dengan statement pembentangan bajet oleh DS Najib kali ini sangat gila. Memang macam nak lingkupkan Negara in 20 years time. Cuma, saya sebenarnya melihat pada ketika ini, betapa para daie harus lebih berusaha keras lagi untuk menggencarkan dakwah mereka kepada masayarakat. Daie harus jadi penyuluh, kaunselor, motivator, bahkan doctor kepada ummah. Saya sangat berharap agar segala insentif, rebat, baucer dan segala mak alah kesenangan yg diberikan kerajaan dapat menjadi sesuatu yg boleh memperbaiki sosio kehidupan rakyat. Saya tak tahu macam mana, masih mencari idea. Tapi saya sangat yakin setiap satu perkara tu akan ada benefits kalau benar saluran dan haluannya.  Yang sempat saya fikir, nanti dapat baucer buku, saya nak beli buku banyak2, kemudian buat personal library kat rumah baru nanti. Buku memasak, total motivation, international jewish, fiqh, raudhatussolihin, dan macam2 lagi. Pastu nanti dah banyak general knowledge, boleh tulis buku sendiri.  Boleh beri kesedaran dan dalam masa yg sama, menjana pendapatan di dunia dan akhirat inshaAllah.Walaupun buat masa ni, saya tak layak lagi jadi penulis buku jauh sekali majalah. Takpe, kalau banyak membaca, usaha, doa, tawakal, mesti Berjaya!

Pada hemat saya, pencerahan tentang hidden agenda bajet 2013 tak perlu dihurai panjang lebar dalam site tersebut. Rasanya rakyat Malaysia ni dah sangat mudah nak dapat maklumat daripada blog2 politik yg bersepah2 kat alam maya ni. Saya sangat mengharapkan agar para daie blogger dapat menjadi penyuluh, kaunselor, motivator, bahkan doctor dalam menangani krisis ini menerusi approach tarbiyyah itu sendiri. Maksud saya, entri yg di pubish kalau boleh lebih banyak mengupas tindakan yang harus ummah lakukan untuk mengelak daripada perkara2 yg buruk daripada berlaku keatas Negara Malaysia yg tercinta ini daripada mengupas panjang lebar permasalahan yg dihadapi. Tulisan kita mampu mempengaruhi pembaca. Mampu mempengaruhi  cara berfikir dan kemudian tindakan mereka.  Memandangkan tuan rumah site tersebut sangat hebat penulisannya dan ramai pula follwers nya,  Jadi, saya sangat mengharap entri mengenai bajet 2013 ini harus lebih banyak menekankan tentang tindakan yang seharusnya dilakukan oleh kita sebagai rakyat. Instead of reveal ke“setan”an agenda mana2 pihak.

Apapun, sama2 banyakkan bersyukur atas nikmat keamanan dan subsidi2 lainnya yang akhirnya mampu membantu kita untuk lebih mendekat dengan Allah. (kalau xde system pengurusan air yg bersih, kita semua sakit, ada x daie yg berupaya nak berdakwah ke sana sini?) Anda nanti kalau dah dapat semua gula2 dari kerajaan tu, guna dengan baik. Guna untuk pancing redho Allah. Nak beli apa2, fikirkan kita akan mati esok, apa yang aku buat(gajet atau peralatan yg dibeli) mampu tak nak hantar aku ke syurga? Jadilah hamba Allah.

Bajet yg di bentangkan tu Cuma proposal atau sudah finalize ea? Kalau sekadar cadangan, boleh salurkan suara rakyat menerusi medium tertentu untuk menyatakan ketidaksetujuan kita. Tapi saya yakin yg di pertua kat parlimen tu pasti lebih bijak lagi tidak rabun dalam menentukan masa depan yg gemilang buat Malaysia! kalau memang dah diluluskan…daie kenalah jadi trouble shooter utk solve problem ni sekarang dan pada masa depan.

Jangan panjangkan isu dan permasalahan. Serabutkan fikiran dengan 1001 solusi. Letihkan badan dengan segala plan tindakan daripada solusi yg dikenalpasti efisien.

Wednesday, October 3, 2012

Truly Madly Deeply do


Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasihku zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

Rindu kat bonda. Ya allah rahmati kehidupan ibu, jadikan dia hamba yang kau sayangi. Selimuti tidur malamnya dengan belas kasihMu. Bonda, saya sayang bonda sangat2.!!


Tears rolling down..

Monday, October 1, 2012

Jatuh Cinta sekali lagi

bismillahirramanirrahim

Alhamdulillah jumaat baru ni sempat join mabit akhwat. Seronok dapat berprogram bersama. Terubat semua letih dan tertekan dengan cabaran yang kian membadai desawarsa ini. Biasalah, kebahagiaan dan kejayaan itu ada harga yang perlu dibayar. InsyaAllah semuanya akan berakhir dengan baik.! go go!!

Saya nak kongsi satu pengajaran yang saya dapat menerusi mabit kelmarin. Tak sempat share pada hari kjadian kerana masa yang terbatas. 

Untuk slot ini, kami diminta untuk berjalan berseorangan sambil mata ditutup di gelanggang netball dengan diiringi muzik dan puisi yang dibacakan oleh PIC aktiviti. Tengah-tengah saya berjalan, saya ditarik, ditolak sampai berkali-kali sehingglah saya ditarik dengan rakus sampai saya terjatuh. Duduk dan menangis. Saya tak tahu kenapa saya menangis. Mungkin sebab saya rasa hopeless dan tidak berguna. Saya bangun balik dan sambung berjalan. Saya terus melangkah dengan yakin. Terlanggar kerusi saya berundur, pusing ke arah lain, terlanggar orang, saya elak dan terus melangkah lagi. Dan kemuncaknya, saya masih merasa kehangatan dan kesuper"an" penangan cinta ketika saya berjalan dengan penuh pasti dan tak semena-semena kaki saya merasa terpijak rumput dan saya telah hampir dihujung jalan rata, sedikit lagi saya nak terjun dari bukit court tersebut. Serentak dengan itu juga saya disambut oleh seseorang (PIC slot mungkin). Kedua bahu saya dipegang kemas dan dia menarik saya untuk masuk kembali ke court. Ketika itu saya rasa malu yang bukan kepalangan. Rasa jatuh cinta kembali. Anda tahu apa yang saya fikirkan saat itu? 

PIC slot sangat menjaga keselamatan para peserta. Mereka sentiasa memerhatikan pergerakan setiap peserta. Mana-mana peserta yang melanggar sebarang halangan akan segera dibantu dan di alih arah ke tempat lain. Peserta yang hampir jatuh juga segera diselamatkan agar tidak jatuh dari tempat yang tinggi. Perasaan ingin menyelamatkan itu lahir kerana rasa sayang atau cinta. Kerana sayang dan cintanya PIC kepada akhwat, mereka akan sentiasa bersedia dengan metod pencegahan kemalangan. Akhwat takkan dibiarkan terluka atau tercedera. Allah..

Saya nak tanya, dari mana sumber sayang dan cinta yang lahir dalam hati sanubari akhwat tu? Jawapannya, dari Allah btol? Anda dapat lihat tak, jika manusia mampu mencintai sesama manusia dengan sebegitu hebat, pastinya cinta Allah kepada manusia jauuuhhhh lebih hebat lagi! Logik kan? sebab Allah yang cipta rasa cinta tu. Allah salur rasa cintaNya kepada kita menerusi kawan kita. Rasa cinta atau kasih sayang yang kita nikmati itu hakikatnya adalah sebuah kasih sayang daripada Allah . Manusia hanya perantara untuk kita menikmati kelembutan cinta dan kasih sayang Allah itu. Alhamdulillah Alhamdulillah... Allah masih sayang, saya dan kita semua pun pasti takkan berputus asa untuk mencintai Allah kan? hoyeah!

Satu lagi, anda lihat bagaimana telitinya para PIC slot. Tiada seorang pun peserta yang cedera walaupun berjalan dalam keadaan mata tertutup. PIC benar-benar memerhatikan gerak geri peserta. Nah! Pengawasan manusia sahaja sudah setelus dan seteliti itu, maka agaknya pengawasan Allah bagaimana? Pasti lebih dahsyat lagikan? Kalau PIC bertindak selepas berlaku pelanggaran, Allah jauh lebih hebat lagi, belum sempat belanggar, Allah dah tahu kemana kita akan tuju dan apa yang akan berlaku kepada kita selepas itu. Dari situ, saya mendapat ibrah (pengajaran) yang sangat besar. Please, please know that Allah always watching over you and He is nearer than the nerve. Apa sahaja yang kita lintaskan dalam hati dan minda, apa sahaja yang kita lakukan bersendirian, berduaan atau berkumpulan, semuanya Allah saksikan! Siap pasang cctv lagi untuk tujuan dokumentasi agar di yaumul hisab kelak dapat di "play"kan semula dihadapan lautan manusia!

Saya rasa setakat ini sahaja dahulu. Ada orang berbuat hasad dengan kain baju saya di dalam washing machine. Moga Allah ampuni saya dan anda.

Wallahu'alam

Followers