Monday, October 1, 2012

Jatuh Cinta sekali lagi

bismillahirramanirrahim

Alhamdulillah jumaat baru ni sempat join mabit akhwat. Seronok dapat berprogram bersama. Terubat semua letih dan tertekan dengan cabaran yang kian membadai desawarsa ini. Biasalah, kebahagiaan dan kejayaan itu ada harga yang perlu dibayar. InsyaAllah semuanya akan berakhir dengan baik.! go go!!

Saya nak kongsi satu pengajaran yang saya dapat menerusi mabit kelmarin. Tak sempat share pada hari kjadian kerana masa yang terbatas. 

Untuk slot ini, kami diminta untuk berjalan berseorangan sambil mata ditutup di gelanggang netball dengan diiringi muzik dan puisi yang dibacakan oleh PIC aktiviti. Tengah-tengah saya berjalan, saya ditarik, ditolak sampai berkali-kali sehingglah saya ditarik dengan rakus sampai saya terjatuh. Duduk dan menangis. Saya tak tahu kenapa saya menangis. Mungkin sebab saya rasa hopeless dan tidak berguna. Saya bangun balik dan sambung berjalan. Saya terus melangkah dengan yakin. Terlanggar kerusi saya berundur, pusing ke arah lain, terlanggar orang, saya elak dan terus melangkah lagi. Dan kemuncaknya, saya masih merasa kehangatan dan kesuper"an" penangan cinta ketika saya berjalan dengan penuh pasti dan tak semena-semena kaki saya merasa terpijak rumput dan saya telah hampir dihujung jalan rata, sedikit lagi saya nak terjun dari bukit court tersebut. Serentak dengan itu juga saya disambut oleh seseorang (PIC slot mungkin). Kedua bahu saya dipegang kemas dan dia menarik saya untuk masuk kembali ke court. Ketika itu saya rasa malu yang bukan kepalangan. Rasa jatuh cinta kembali. Anda tahu apa yang saya fikirkan saat itu? 

PIC slot sangat menjaga keselamatan para peserta. Mereka sentiasa memerhatikan pergerakan setiap peserta. Mana-mana peserta yang melanggar sebarang halangan akan segera dibantu dan di alih arah ke tempat lain. Peserta yang hampir jatuh juga segera diselamatkan agar tidak jatuh dari tempat yang tinggi. Perasaan ingin menyelamatkan itu lahir kerana rasa sayang atau cinta. Kerana sayang dan cintanya PIC kepada akhwat, mereka akan sentiasa bersedia dengan metod pencegahan kemalangan. Akhwat takkan dibiarkan terluka atau tercedera. Allah..

Saya nak tanya, dari mana sumber sayang dan cinta yang lahir dalam hati sanubari akhwat tu? Jawapannya, dari Allah btol? Anda dapat lihat tak, jika manusia mampu mencintai sesama manusia dengan sebegitu hebat, pastinya cinta Allah kepada manusia jauuuhhhh lebih hebat lagi! Logik kan? sebab Allah yang cipta rasa cinta tu. Allah salur rasa cintaNya kepada kita menerusi kawan kita. Rasa cinta atau kasih sayang yang kita nikmati itu hakikatnya adalah sebuah kasih sayang daripada Allah . Manusia hanya perantara untuk kita menikmati kelembutan cinta dan kasih sayang Allah itu. Alhamdulillah Alhamdulillah... Allah masih sayang, saya dan kita semua pun pasti takkan berputus asa untuk mencintai Allah kan? hoyeah!

Satu lagi, anda lihat bagaimana telitinya para PIC slot. Tiada seorang pun peserta yang cedera walaupun berjalan dalam keadaan mata tertutup. PIC benar-benar memerhatikan gerak geri peserta. Nah! Pengawasan manusia sahaja sudah setelus dan seteliti itu, maka agaknya pengawasan Allah bagaimana? Pasti lebih dahsyat lagikan? Kalau PIC bertindak selepas berlaku pelanggaran, Allah jauh lebih hebat lagi, belum sempat belanggar, Allah dah tahu kemana kita akan tuju dan apa yang akan berlaku kepada kita selepas itu. Dari situ, saya mendapat ibrah (pengajaran) yang sangat besar. Please, please know that Allah always watching over you and He is nearer than the nerve. Apa sahaja yang kita lintaskan dalam hati dan minda, apa sahaja yang kita lakukan bersendirian, berduaan atau berkumpulan, semuanya Allah saksikan! Siap pasang cctv lagi untuk tujuan dokumentasi agar di yaumul hisab kelak dapat di "play"kan semula dihadapan lautan manusia!

Saya rasa setakat ini sahaja dahulu. Ada orang berbuat hasad dengan kain baju saya di dalam washing machine. Moga Allah ampuni saya dan anda.

Wallahu'alam

3 comments:

adeq said...

salam. haha (tetiba gelak). ant hempuk org dan berlaku kejam boleh lak. err, selalu bahagian hempuk menghentam tu ana. huhu.

Unknown said...

oh, itu atas tujuan yang jelas.. tiada internal nor external harassment ok!

Unknown said...
This comment has been removed by the author.

Followers