Sunday, September 9, 2012

Ohsem tu subjektif!

bismillahirramanirrahim

"comel la kakak ni.. kemas je. Manja pulak tu.. Nak lempang je!"

Komen beberapa orang kawan saya ketika berada di kampus dahulu. Pujian tersebut ditujukan kepada seorang kakak yang volunteer masuk bilik kami dan ajak dengar tazkirah di surau aras kami. Walaupun pada mulanya kami datang halaqah atas dasar nak jumpe kakak comel dan tak sampai hati nak kecewakan dia, tapi bila lama kelamaan, kitorang faham kenapa kena datang halaqah. Cuma apa yang saya nak ketengahkan di sini adalah kecantikan atau kehenseman merupakan aset dakwah. (oh harap saya tak begitu ghuluw memperkatakan ini!) Manusia memang cenderung untuk melihat benda2 yang cantik.. yang sedap mata memandang. 

Cuba kalau yang ketuk bilik tu pakai tudung tak iron, busuk, tudung serabut, jalan macam ribut, muke penuh minyak dan jerawat.. (err,...=_=)  mesti kita pun rasa menyampah kan? Jangan cakap nak turuti ajakan, nak jemput masuk dalam bilik pun tak lalu. Tapi kalau dah memang kulit bermasalah, minimum jagalah ketrampilan diri yang lainnya, kekemasan pakaian, rambut, nafas, atau lain2nya. 

Tapi, saya cakap betul ni, kecantikan tu memang aset pun untuk dakwah. Saya masih ingat satu ketika dulu sewaktu isu wahabi hangat diperkatakan, saya juga turut hangat juga mencari maklumat tentangnya. Kemudian seorang sahabat memberikan satu link blog untuk saya mendapat penjelasan tentang perkara itu. Pada masa yang sama saya juga membuat carian di you tube, dan pada ketika itu saya terjumpe dengan video ustaz azhar idrus. Tapi oleh kerana beliau jika dibandingkan dengan Dr Asri, pastilah Dr asri jauh lebih kehadapan dalam masalah paras rupe (=_=). Maka saya terus menukar ceramah UAI kepada ceramah Dr MAZA. Rasanya baru tahun lepas kot saya nak dengar ceramah UAI. Bukan apa, saya cuma nak cakap ketrampilan diri bagi seorang daie tu pun penting. Sekarang ini saya sedang begitu addicted dengan  Kuliah Ustaz Imam Hassan yang suka cakap "ya ikhwatul iman.." ustaz ni tak hensem pun tapi melalui ceramah onekuliah Dr MAZA yg ohsem ni, saya terjumpa ceramah beliau dan saya amat respek pada ustaz ni yg sangat best kisah2 yang diambil daripada asbabul nuzul sesuatu ayat atau asababul wurut sesuatu hadith. Bagi saya, cuba buat pillow talk skit dengan teman seperjuangan, tanyakan pendapat mereka tentang diri anda. Kadang2 mereka nak tegur tapi mencari masa yang sesuai, tak nak tegur depan orang ramai. Jadi, proaktiflah kita untuk tanyakan tentang hal ini pada teman kita. 

Anda tak payah la nak cakap dengan saya yang paras rupa tak penting la.. bukan keutamaan ke ape ke.. tak perlu nak bahas isu ikhlas. Saya tengah cakap pasal ketrampilan. Kecenderungan manusia. Kalau tak, takkan la rasulullah bersabda begini:

dinikahi seorang wanita itu kerana 4 perkara. Pertama kerana kecantikannya, kedua kerana kecantikannya, hartanya, keturunannya dan agamanya. Maka nikahilah wanita itu kerana agamanya nescaya kamu akan bahagia. HR Bukhari dan Muslim

Rasulullah pun cakap pasal kecantikan lahiriah. Maknanya Rasulullah pun meraikani kecenderungan manusia yang suka kepada benda yang cantik.. Walaupun cantik tu subjektif kan. Tapi di akhir hadis ni rasulullah tetap tekankan kecantikan agama tu yang lebih penting. Apapun, pada saya orang yang beriman pasti akan jaga ketrampilan sebab ketrampilan tu pun antara cabang iman juga kan..

ok itu je. 



6 comments:

Anonymous said...

comel sgt sampai nk lempang? er. dasat.

adeq said...

haha sama la. den join ta'lim time memula sebab k.husna tu comel sangat. kiut, mata boolat. tapi tade la sampai nak lempang, tinggi betul kecomelan tu. haha.

ana cuma mampu gunakan kecomelan ana je tajmi' org. huhu.

talkinGmusiC said...

enonimus:kuceng kalau comel pun mmg rasa nak lempang kan? nak cubit3 je..

adeq:haah.. mmg comel gilew! jaga la aset tajmi' ant tu k.

sahabatmu said...

kucing comel rasa nk cium n peluk r. kontrol siket ke"excitedan".

konklusi : jg kcomelan anda~

sahabatmu said...

kucing comel rasa nk cium n peluk r. kontrol siket ke"excitedan".

konklusi : jg kcomelan anda~

Anonymous said...

setuju sgt2 dgn anda: kebersihan, kecantikan, kewangian adalah sebahagian dari iman dan aset utk bdakwah kan3 ;)

Followers