Monday, March 3, 2014

SALJU PART #3

bismillahirramanirrahim


“Wahh!! Red velvet!! Terharunya aku…!”
“Apesal pula nak terharu?”
“Aku rasa, ko sangat mengalu-alukan kedatangan aku ke rumah ko ni ngah!”
“Hari ni aku ada mood nak buat kek. Kebetulan je ko datang time aku ada mood.”
“Egomaniac. Mana Nawwar?”
“Pergi kelas lukisan. Sedap x?”
“Uhmmm! Gila x sedap?! Mestilah sedap! Lagilah la kalau dapat free.. hahaha”
“haik dah sudah ke? Kata sedap, Xkan makan sikit je?”
“kenyanglah ngah! Kau simpan la dlm fridge. Nanti if aku nak aku amekla. Aku naik dulu ea. Nak rest. Ngantuk gila wehh!”
“Okeh. Aku simpan dlm peti sejuk. Ko jangan nak segan2 pula turun amek. Pergilah naik berehat dulu. Nanti nawwar balik, letih pula ko nak melayan dia. Dia tu dari siang tadi asyik tanya je bila maksu dia nak sampai. Dah tak sabar sangat nak jumpa ko.”
“ Ai ai captain!”

**********

Nora menghempas badannya ke katil. Lega sangat dapat berehat, setelah badan da dibersihkan, perut pun dah diisi. Handbag di atas meja lampu ditarik. Tangannya meraba-raba isi handbag. Mencari smart-phonenya. Found.

Dia menyemak akaun Whatsapp dan fb. Seharian tidak sempat online. Satu persatu whatsapp dibalas. Kemudian akaun fb dibuka, dia membalas semua mesej-mesej dan notifikasi yang penting. Selesai. Butang power off ditekan. Matanya memandang siling, tangannya menarik bantal golek. Dipeluknya bantal itu untuk membantunya melelapkan mata. Baru sahaja nak belayar,
“Astaghfirullahal ‘adzim!” Dia kembali mengambil smart-phone dan membuka call-log. Baru teringat ada orang menelefonnya ketika memandu tadi.
“Hadoi janji 3 jam, ni dah berejam-jam aku delay! Aiseh!!” tangannya menepuk-nepuk dahinya. Kesal dengan kenyanyukan sementara yang dialami. Segera dia menelefon kembali nombor yang tertera.

 “Assalamualaikum. Maaf menganggu. Are you convenient to talk now?”
“Waalaikumussalam. Well, ya sure.!”
“Encik, saya Nora, Encik ada call saya dalam pukul 2 tadi. Maaflah, saya tengah memandu, jadi saya tak selesa nak jawab any calls. Minta maaf sangat ya encik.”
“Tak apa, saya okey je. Saya khairil. Sebenarnya saya perlu call cik guna telefon ofis tadi. Tapi sebab saya terlupa dan kebetulan ada hal yang panjang kat luar ofis, jadi saya call jugalah cik guna personal fon saya. Saya dari syarikat Trane Malaysia. Cik ada memohon jawatan Engineering sales assistant kan? Saya dari purchasing department, dan ditugaskan untuk interview cik.”
“Okey, maaf boleh ulang semula tak nama company tadi? Saya x clear.”
“Trane malaysia. T.R.A.N.E. By the way, cik masih perlukan kerja ni?”
“oh trane Malaysia. Ya, masih. Kalau boleh tahu, main HQ company dekat mana? Saya perlu datang interview di mana?”
“Main office di Subang Jaya, tapi saya akan arrange satu working trip ke johor la untuk conduct interview ni.”
“Actually sekarang ni saya stay dengan kakak saya di saujana putra. So, if need me to come to subang jaya, wouldn’t be a problem I guess.”
“Great! Awak datang hari isnin nanti ke office di subang jaya, and terus call saya as soon you reach there.”
“sure! What time is that?”
“9.30 am?”
“sounds great! So, see you later then?”
“Alright! Terima kasih cik Nora. Assalamualaikum”
“Sama2, waalaikumussalam.”
Teruja bukan kepalang lagi Nora! Dia membuka aplikasi note di smartphone-nya

29 november 2013
My first call for job interview. Dah lama jadi job seeker kat jobstreet. Banyak dah company aq apply. So this gonna be my first time job- interview experience. Eksaited gileee! Tak kisah camane resultnya, yang penting pengalaman.  2 disember 2013, tarikh penting!
Saved!

“maksu, maksu… maksu cantik… maksu”
 tok tok tok.. daun pintu bilik nora diketuk si comel nawwar.
“dah balik puteri korea maksu! Meh sini, maksu ada hadiah bracelet untuk nawwar.”
“nak maksu… nak..nak!” nawwar menghulurkan tangan kanannya kepada nawwar.”
Nora memasang gelang tangan yang dibuatnya khusus untuk nawwar. Tertera pada gelang tersebut N.A.W.W.A.R
“CANTIK lah nawwar pakai! Ni atok dengan nenek bagi coklat dengan drawing book.” Nora menghulurkan paperbag kepada nawwar.
“yeayyy! Bestlah macam ni hari2, maksu datanglah selalu. Maksu, hari ni nawwar belajar color pantai.! Cantik tau…!”
“Iya ke cantik? Nawwar biasanya syok sendiri je, meh maksu judge.” Nawwar mengeluarkan lukisannya. Kertas lukisan bertukar tangan.

Nora memerhatikan lukisan ditangannya, memerhatikan setiap warna yang dieloskan pada setiap ruang pada lukisan tersebut. Warna-warna yang ceria, tapi suasana di pantai agak melodramatic. Tujuan angahnya memasukkan nawwar ke kelas lukisan adalah untuk membantu nawwar mengekspressikan perasaannya. Juga sebagai satu saluran untuk mengalihkan segala perasaan yang tidak seronok yang dialami nawwar. Sejak kecil nawwar suka melukis dan mewarna. Nora cuba menyelami nawwar.
“Cantik sangat nawwar! Nawwar pandai pilih warna. Pandai nawwar..,” tak sempat dia menghabiskan kata-kata.

“nawwar warnakan je lukisan ni. Sebab yang lukis bukan nawwar. Sir Shahrul yang lukiskan. Nawwar tengok sir punya drawing book, semua lukisan dia cantik2. Tapi ada juga yang tak cantik. Dia conteng je.”
Nora menarik nafas lega. Segala perkara yang dirisaukan tadi sudah terjawab. “Tak aci la nawwar minta Sir yang lukiskan. MEstilah cantik, sebab sir nawwar kan dah expert. Kalau dia tak expert, ummi mesti takkan hantar nawwar belajar dengan dia.”
“okey, now nawwar pergi mandi, tukar baju. Pastu makan. Ummi masak special tau!”
“Lepas makan buat apa maksu?”
“Maksu nak tidur.”
“Ala maksu ni boring la!!!”
“amboiii! Tak la, lepas makan kita main UNO. Ajak ummi sekali. Nak?”
“nak maksu!!! Janji tau maksu! Jangan tido tau.!”
Tak bosan jugak budak ni asek main uno je setiap kali aku datng sini. Nora mengeluh di dalam hati sambil tersenyum pada Nawwar.

**********

“So far, those are you job descriptions. And I think there’s no big differences compared to your internship. You dah ada pengalaman, and if you encountered any problems, you can ask all the seniors including me. Any questions?” Encik khairil sedang menamatkan sesi interview bersama Nora. Dua lagi staf yang turut sama dalam temuduga tersebut hanya senyum dan tiada lagi bicara yang keluar dari bibir mereka.
“ After 3 months, and performance saya okey, saya akan confirm dekat sini kan? Then, how about the salary?”
“okey, for this first 3months company will pay you one eight and if you confirmed with this company, we will raise your salary to two five. Any others?”
“No. thank you.”
“Alright, so we’ll see you next week?”
“yes, in sha Allah. Thank you for the chance given.”
Semuanya berdiri untuk meninggalkan bilik mesyuarat. Puan maya menghulur tangan. “ welcome to the community nora.!”
“thanks puan maya.” Dia menguntum senyum dan mengalih pandangan kepada encik khairil. Encik fidaus, seorang lagi staf yang turut sama dalam temuduga tersebut menghulur tangan kepada nora.
Nora menghadiahkan senyuman kepada encik firdaus dan membawa kedua tangannya ke dada. “Terima kasih encik firdaus. Sorry bukan muhrim.”

Meletus gelak tawa semua orang di dalam ruang mesyuarat tersebut. Encik firdaus, tersenyum dan memasukkan tangan kanannya ke poket seluar. “Nora, awak jangan ikutkan sangat perangai tak elok staf2 yang ada kat department kita ni. Lagi la kalau encik firdaus ni. Dia playboy. Buaya tembaga. Sebab tu tak boleh kawen lagi sampai sekarang.” Bertambah tawa.

“Nora, lepas ni panggil kak maya je, khairil dengan daus ni pun tak perlu ber-encik2. Khairil ni pun sama je. Dua2 bujang terlajak. Jangan masuk perangkap diorang.”

“ in sha allah kak maya, saya takkan masuk punya. Pakai baju besi siap2. Jumpa buaya tembaga ke, buaya darat ke, in sha Allah takde apa2 punya.” Nora membuang kekekokan yang dialami. Rasa macam plastic interview tadi. Macam ada split personality pulak diorang ni. Tadi bukan main ketat lagi muka. Sekarang bukan main sengal lagi perangai. Nora bermonolog.

**********

“hello, angah. Aku on the way balik ni.”
“how was the interview sis?”
“Alhamdulillah. Lancar. Aku start minggu depan. Kat subang jaya. Actually awal2 ni x berat sangat sebab aku kena ganti sorang staf ni, dia dah nak berhenti. So, sementara notis satu bulan dia ni, aku kena belajar la dengan dia jobscope dia.”
“Alhamdulillah. Sekejap je ko rehat. Sekarang dah kena kerja. Eh, aku sebenarnya nak jumpa kawan aq jap lagi. Sampai petang. Nak minta tolong ko boleh?”
“mesti pasal nawwar kan? Kalau nawwar takpe. Kalau tolong masakkan, aku tak nak. Nanti laki ko komplen je.”
“hahaha. Taklah, aku dah siap masak semuanya. Ada dessert sekali. 2jam lagi nawwar balik dari sekolah kebangsaan. Nanti pukul 3.30 ko bawak dia pergi drawing class. Pastu pukul 5 ko amek dia balik. Nanti dalam 6.30 aku balik rumah ya.?”
“baiklah. Aku gerak sekarang.”
“terima kasih adindaku.”
“Maksu, hari ni maksu boleh temankan nawwar sampai balik tak kat kelas drawing nanti?”
“Ala, kenapa? Nanti maksu takde kawan la kat sana.”
“Boleh la maksu.. kawan nawwar tu, mama dia selalu temankan dia sampai habis kelas drawing. Bolehlah maksu.Maksu tengok nawwar melukis…”
“Iyelah. Maksu temankan. Tapi tengoklah berapa lama maksu boleh tahan. Nanti kalau maksu bosan maksu jalan2 kawasan dekat2 situ.”
“yeayyy! Jom maksu! Bawak duit lebih sikit maksu. Nanti balik kita singgah beli ais krim”
“Maksu beli untuk maksu je. Dah cepat siap.”

**********

Oh, kat sini rupanya kelas drawing nawwar. Banyak juga option lain. Kenapa la angah x masukkan nawwar kelas music? Bukan ke angah suka dgn precussions semua ni? Kalau angah yang suka, baik angah je yang masuk kelas music tu, buat apa nk suruh nawwar kan? Haha. Apeke sengal la aku ni.
Nora berdiri di sebalah tingkap sliding kelas muzik. Dia berasa sangat kagum melihat kanak-kanak lelaki yang sedang bermain piano. Alunan muzik itu sangat menyentuh hatinya. Pada hematnya, kanak-kanak itu lingkungan 4 atau 5 tahun. Di tepi kelas disediakan tempat duduk bagi penjaga yang datang. Kelihatan 4 orang wanita sedang merakam segala aktiviti yang sedang berjalan di dalam kelas tersebut. Nora melangkah ke kelas melukis pula. Berbeza dengan kelas muzik, kelas lukisan hanya dikelilingi pagar kayu separas pinggang. Cantik dan sangat menarik perhatian hiasan yang dibubuhkan pada pagar tersebut.
Matanya menangkap satu objek hitam di atas kerusi sebelah luar kelas. Naluri inkuirinya semakin membuak. Segera dia mencapai beg tersebut. “beg lukisan. Siapa punya ni?” hatinya bermonolog. Dia mengeluarkan kertas-kertas lukisan di dalamnya. Membelek depan dan belakang kertas lukisan tersebut untuk mencari kalau-kalau ada nama yang tertera. Setiap karya seni yang ditatapnya membuatnya mahu melihat lagi dan lagi. Walaupun tidak berwarna, tapi cukup mempesonakan. Kini dia sedang memegang sebuah lukisan. Kali ini sudah siap berwarna. Sangat hebat! Seakan tiga dimensi. Dia melihat bangunan dan suasana yang terlakar pada lukisan itu. “eh, macam kenal la tempat ni. Kat mana ea? surau kat belakang ni macam familiar. Warna bangunan ni pun. Haaa!!!”
“Maaf puan.” Satu suara menyapa nora dari belakang.
Nak tercabut jantung aku! Baru dapat ilham tadi. Tuan punya beg da datang ke?. Perlahan-lahan dia memasukkan kembali lukisan-lukisan tersebut ke dalam beg sambil berpusing kebelakang menghadap pemilik suara.
“Ini encik punya ya? Sorry ya saya tengok tak mintak izin. Saya ingat nak cari siapa tuannya, tu yang saya tengok tu.” Nora tidak berani mengangkat muka. Malu.
Beg bertukar tangan. Nora beranikan diri bertentang mata dengan pemilik beg tersebut.
“Sorry again ya.” Nora memaksa senyum. Dia berasa pelik melihat orang di hadapannya dari tadi hanya tersenyum. “Saya tunggu anak sedara saya.” Sengaja berbahasa basi. Mengelak kekok.
“Noraisha kan?”
Kencang berdegup jantung nora. Dia cuba memerhatikan wajah di hadapannya dengan teliti. Matanya sesekali dikecil dan dibesarkan.
“Oh, saya kena pakai ni kot baru awak cam.” Cermin mata pada poket depan kemeja-T dicapai.
Nora tersenyum. Dia menggelengkan kepala. “Saya tak ingatlah. Encik tak salah orang ke?”
“Aina Noraisha Binti Imran. Best student SPM 2007 Teknik Kuala Selangor. Saya Cikgu Shahrul la. Yang interview awak dulu lepas ambil result SPM. Saya ada ambil gambar dengan awak berdua masa Hari Graduasi dulu. Ingat tak?” Dia mengambil tempat di kerusi sebelah Nora.
“Oh, cikgu Shahrul Nizam! Cikgu ingat saya lagi? Ya Allah, saya hampir tak cam cikgu.!” Nora separuh menjerit kerana berasa teruja.
“Biasalah, budak pandai memang segan nak tegur cikgu-cikgu diorang.”
“Apa pulak cikgu, saya memang tak cam cikgu. Lagipun cikgu masuk sekolah tu time saya dah grad dari situ kot. Jumpa sekali dua je lepas ambil results dulu. Cikgu pun makin putih, makin tough! Pandai wife cikgu jaga cikgu! Cikgu buat apa kat sini?”
“Memanglah makin putih sebab sekarang buat kerja dalam bengkel je. Sekolah kita kan dah naik taraf jadi kolej vokasional, so sekarang saya ajar electronic studies  je. Tu yang cerah sikit.”
“Eleh, cikgu malu la tu nak mengaku guna garnier ke nivea for men ke kan?” Tawanya masih tersisia
“Yang tu haruslah! For hygiene purpose.” Semakin gamat tawa mereka.
“ssshhh.. budak-budak tengah fokus la cikgu.. Cikgu buat apa kat sini? Cikgu tak beritahu lagi.”
“Drawing class ni, sayalah yang handle. Ni kelas saya. Jadikan hobi sebagai extra income. Saya target nak kahwin tahun ni.” Matanya tepat menatap anak mata nora.
“Lahhh… Sir Shahrul yang nawwar cakap tu, cikgu la! Cikgu belom kahwin lagi? Ke belom tambah satu lagi?”
Tiada jawapan. Nizam hanya menatap wajah nora. Nora yang kekok mengalih pandangan ke dalam ruangan kelas. Dia melambai kepada Nawwar. Nizam turut mengalih pandangannya kea rah Nawwar.
“In shaa Allah saya akan kahwin tak lama lagi. Nawwar tu anak sedara awak ya? Kreatif dia. Selalu happy datang class.”
“Nawwar memang talented dari kecik. Bakat mewarna dia ummi abah dia detect dari dia 3tahun. Sekarang tengah sharpen talent melukis.”
“Aisha, saya kena masuk sekarang, sebab 15minit lagi kelas nak habis. Kena check semua hasil pelajar-pelajar. Boleh exchange phone number?”
“Sure. Meh sini number cikgu saya call.”
“0187654321. Terima kasih. Saya ada satu lukisan nak bagi awak. Dekat dalam kereta. Nanti tunggu saya dekat car park bawah? Kereta saya neo hitam. WYK 21”






Followers